Kaitan kudis, kondom
SOALAN
ADAKAH penggunaan kondom boleh menyebabkan penyakit kudis pada alat kelamin?
SUAMI RESAH
Johor Bahru
JAWAPAN
Jarang kondom diperbuat daripada getah asli mengakibatkan alahan kulit kepada individu yang mengamalkan pemakaiannya.
Jika ia berlaku, ini mungkin akibat tindak balas kimia dalam getah yang diproses itu atau jarang kali akibat kandungan protein.
Jarang sekali alahan berlaku akibat bahan pelicin yang disalurkan kepada kondom. Jadi anda terpaksa mengelak menggunakan kondom diperbuat
daripada getah asli.
Anda boleh dapatkan kondom sintetik yang diperbuat daripada plastik lembut. Tidak semua kedai farmasi membekal kondom itu.
Anda boleh cuba masuk laman yang menjual kondom plastik dan buat tempahan melalui pos.
Anda boleh menggunakan jentera pencari di Internet seperti ‘Google’ atau ‘Yahoo’ dan mencari perkataan masukkan perkataan ‘plastic condom’ bagi
mendapatkan maklumat mengenai kondom plastik.
|