batang zakar, batang pelir, batang konek semua adalah benda yang sama. Kemaluan lelaki. Batang Zakar terdiri dari banyak jenis. Ada batang zakar panjang ada batang zakar pendek. Ada batang zakar lurus ada batang zakar bengkok.
Rahsia Batin | SPA untuk lelaki
FB/Wechat/Instagram/Link: abeurut | wasap: http://abeurut.wasap.my

Home Top Ad

SAYA berumur 20 tahun dan sering merasa sakit pada bahagian bawah tulang belakang. Kadangkala ketika ereksi, zakar saya bertahan berjam-jam,...

Sindrom Zakar Lebam

SAYA berumur 20 tahun dan sering merasa sakit pada bahagian bawah tulang belakang. Kadangkala ketika ereksi, zakar saya bertahan berjam-jam, namun selepas empat atau lima jam, bahagian belakang, kantung buah zakar dan pangkal zakar terasa ngilu.

Jika membuang air kecil, saya rasa sakit tersekat di salur air kencing. Namun jika berehat, baring dan tidur ia pulih serta-merta, tetapi bila zakar kembali tegang ia sakit semula.

Apakah masalah sebenarnya? Saya ingin melangsungkan perkahwinan tetapi masalah ini membuatkan saya risau.

MAT

Gombak, Selangor

 Anda menyatakan kerap mengalami ereksi untuk jangkamasa panjang ketika berasa ghairah dan lepas itu, ia masih dalam keadaan separa erek dan anda terasa sengal di bahagian bawah tulang belakang dan di keseluruhan anggota kelamin.

Perasaan itu hilang atau kurang apabila anda rehat atau tidur.

Anda tidak menyatakan sama ada sudah cuba melegakan tekanan di kawasan anggota kelamin dengan onani seperti biasa dilakukan sebilangan lelaki apabila teruja seksual dan mengalami ‘kongesion’ atau kekembangan bahagian anggota kelamin.

Bagaimanapun, jika onani kerap dilakukan, anda terasa letih, lesu, otot belakang kejang, mengantuk seperti tidak cukup tidur, kencing tidak lancar atau sakit dan pelbagai masalah lain.

Pendek kata, perubahan yang anda alami ialah akibat rangsangan seksual.

Teruja seks, maka ereksi berlaku. Ereksi kekal dengan takungan darah dalam otot zakar, maka otot zakar separa keras ketika anda tidak kemut.

Ketika mahu membuang air kecil, ereksi masih kekal sedikit, maka jalanan air kencing dalam salur sempit menyakitkan salur kencing seketika.

Semua tekanan ini hilang selepas tidur atau baring.

Sebenarnya fenomena yang anda alami jarang berlaku iaitu ‘blue balls’ atau ‘buah zakar lebam’.

Ini kerana takungan darah yang banyak dalam buah zakar, pundi prostat, otot zakar dan sakit buah zakar serta hujung tulang tungking/belakang akibat kemasukan darah banyak di kawasan anggota kelamin akibat rangsangan seksual.

0 comentários:

Kalau pagi, zakar anda bangun.  

Bagaimana anda tahu zakar anda sihat

Kalau pagi, zakar anda bangun.

 

0 comentários:

SAYA ingin tahu, jika satu daripada dua buah kerandut dibuang, bolehkah ia menghasilkan sperma dengan baik? INGIN TAHU Klang, Selangor Bua...

Buah Kerandut Satu

SAYA ingin tahu, jika satu daripada dua buah kerandut dibuang, bolehkah ia menghasilkan sperma dengan baik?
INGIN TAHU
Klang, Selangor

Buah kerandut atau testis memang berfungsi menghasilkan sperma atau benih lelaki. Lelaki normal pasti dianugerahkan sepasang buah kerandut.

Ketika masih di dalam perut ibunya, kedua-dua buah kerandut itu berada dalam perut dan berdekatan buah pinggang dan selepas masuk usia lima bulan baru kedua-duanya turun ke dalam kerandut.

Ada juga ketika, satu daripada buah kerandut tersangkut dan tidak masuk ke dalam kerandutnya. Jarang sekali kedua-dua buah kerandut tidak masuk ke dalam kerandutnya.

Selain itu ada situasi yang mana buah kerandut tidak menjadi dan lelaki itu tidak mempunyainya.

Oleh itu, jika lelaki itu mempunyai satu buah kerandut ketika menjalani tumbesaran yang normal, ia mampu menghasilkan sperma.

Untuk kepastian, tidak salah untuk lelaki yang mempunyai satu buah kerandut menjalani pemeriksaan (untuk menyukat jika saiznya normal) dan menjalani ujian air mani bagi mengetahui sama ada dia mampu menghasilkan sperma.

Anda juga perlu berbuat demikian jika was-was mengenai kesuburan. Anda perlu bertemu doktor untuk menyatakan masalah dan boleh lakukan ujian air mani di makmal.

0 comentários: