batang zakar, batang pelir, batang konek semua adalah benda yang sama. Kemaluan lelaki. Batang Zakar terdiri dari banyak jenis. Ada batang zakar panjang ada batang zakar pendek. Ada batang zakar lurus ada batang zakar bengkok.
Rahsia Batin | SPA untuk lelaki
FB/Wechat/Instagram/Link: abeurut | wasap: http://abeurut.wasap.my

Home Top Ad

Showing posts with label Lelaki. Show all posts

1. Fakta: 60% lelaki ASIA mengalami lemah tenaga batin 2. Fakta: Pada umur lebih 30 tahun, lebih 82% lelaki tidak dapat mengekalkan ereksi k...


1. Fakta: 60% lelaki ASIA mengalami lemah tenaga batin

2. Fakta: Pada umur lebih 30 tahun, lebih 82% lelaki tidak dapat mengekalkan ereksi ketegangan zakar seperti pada umur 20 tahun dahulu.

3. Fakta: 9% lelaki memiliki saiz zakar yang kecil daripada yang sepatutnya mereka miliki.

4. Fakta: Purata masa bertahan untuk lelaki dalam hubungan seksual hanya 5-8 minit.

5. Fakta: 75% wanita tidak pernah berasa puas ketika hubungan seks dengan pasangannya.

6. Fakta: 2/3 wanita di dunia tidak berpuas hati dengan saiz zakar pasangan mereka.

7. Fakta: Lebih daripada 75% wanita di dunia mahu zakar yang besar dan panjang

SAYA berusia 23 tahun dan menghadapi masalah kepala zakar tidak selesa. Apabila tersentuh seluar ia terasa ngilu, manakala kencing kadangkal...

SAYA berusia 23 tahun dan menghadapi masalah kepala zakar tidak selesa. Apabila tersentuh seluar ia terasa ngilu, manakala kencing kadangkala juga tidak selesa.

Sebelum ini zakar terasa sakit apabila ejakulasi dan selepas itu saya kencing terasa sakit mula-mula. Saya sudah berjumpa pakar dan daripada segi luaran zakar saya normal.


Testis, buah pinggang, prostat dan pundi kencing juga diperiksa dengan melakukan ultrasound dan semuanya normal. Jadi apa yang menyebabkan kepala zakar saya ngilu dan timbul masalah yang saya nyatakan?

AMAN

Klang

Sememangnya mukosa penghujung zakar atau kepala zakar terasa ngilu jika tersentuh. Ini kerana bahagian itu mengandungi banyak penghujung urat saraf seperti ‘Pacinian Corpuscles dan Messners Corpuscles’.

Lebih-lebih lagi jika bahagian itu mudah sangat tersentuh kain, tindak balas sentuhan itu ialah perasaan ngilu yang anda alami. Lebih-lebih lagi jika anda jenis yang mudah terangsang dan anda mencuba mengawal perasaan teruja.

Jika kepala zakar tersentuh, perasaan ngilu itu menjadi secara spontan. Jadi tidak hairan jika sesetengah lelaki yang berkhatan dan mengalami masalah seperti anda akan menggunakan pembalut (artificial foreskin) — tiada dalam pasaran di Malaysia — untuk melindungi penghujung zakar daripada tekanan dan kemungkinan bahagian menjadi ngilu.

Cara lain untuk melegakan perasaan ngilu itu adalah dengan menggentel hujung zakar dengan menggunakan krim supaya perasaan ngilu dapat dikawal atau tidak memberi tekanan.

Berkaitan ejakulasi yang menyakitkan salur kencing, sudah tentu bahagian yang sakit itu mengalami keradangan akibat tekanan.

Biasanya bahagian yang kerap terbabit ialah bahagian penghujung zakar, bahagian salur kencing bawah lekuk penghujung zakar. Jadi apabila air kencing keluar dan merentasi bahagian yang radang, sudah tentu terasa sakit.

Apabila keradangan lega, kesakitan itu juga lega. Ini pun biasa dan bukan masalah serius.

Mengenai alam berumah tangga, tentu banyak perkara baru dihadapi pasangan dan begitu juga dalam melakukan hubungan kelamin, mungkin kerana k...

Mengenai alam berumah tangga, tentu banyak perkara baru dihadapi pasangan dan begitu juga dalam melakukan hubungan kelamin, mungkin kerana kurangnya pengetahuan.

Bagaimanapun, saya pasti semua pasangan yang mahu mendirikan rumah tangga akan menjalani kursus praperkahwinan dan tentu perkara mengenai nafkah zahir dan batin, termasuk aspek hubungan kelamin, diterangkan secara ringkas.

Jadi tiada sebab mengapa pasangan buat tidak tahu mengenai keperluan nafkah batin yang anda perlukan dan sekurang-kurangnya dia perlu tunaikan tanggungjawabnya.

Namun saya pasti ada ramai lagi wanita yang dibelenggu dan menderita dalam diam kerana masih tidak mendapat belaian daripada suami seperti sepatutnya.

Bagi saya, lelaki yang tidak melayan isterinya hanya mahukan teman hidupnya sebagai bahan tayangan atau ‘showcase wife’. Jadi kebanyakan daripada mereka memang baik daripada segi perangai tapi tidak berhati perut.

Sebilangan mereka sihat belaka dan mereka hanya ikut angin mereka. Jika nak buat, baru buat dan jika tidak, dia buat tidak tahu walaupun pasangan begitu inginkan hubungan intim.

Sudahlah begitu, mereka tidak suka pula bermesra dan jarang peluk atau mencium pasangan mereka. Jika pasangan tidak meminta, mereka akan buat tidak tahu saja.

Ada juga yang tidak dapat ‘berfungsi’ tapi besar hati mahu kahwin. Yang menjadi mangsa adalah isteri apabila terperangkap tanpa belaian seksual suami.

Suami terbabit hanya mencurahkan kekayaan dan kemewahan kerana sebahagian besar daripada golongan itu adalah orang kaya dan ternama.

Dalam situasi ini, sukar untuk buat sesuatu kecuali diri sendiri yang membuat pilihan, sama ada mahu laporkan perkara itu kepada pihak berkaitan atau membiarkannya.

Mungkin sebelum ini tidak ramai wanita terpelajar dan mudah dikongkong suami. Kini ramai wanita bijak pandai dan tahu hak mereka serta pantas bertindak.

Ada juga sebilangan kecil lelaki yang mahu melindungi sifat songsangnya dengan berkahwin, tapi sebaliknya lebih gemar beronani, menonton video lucah atau melakukan hubungan sumbang dengan lelaki lain.

Mereka hanya melayan isteri jika terdesak, dan itu pun secara paksaan. Saya terpaksa mendedahkan semua telatah lelaki yang sumbang ini supaya perempuan tidak mudah ‘terjerumus’ kepada lelaki bergelar suami yang tidak bertanggungjawab terbabit.

Suami terbabit perlu sedar apa yang mereka lakukan adalah penganiayaan terhadap perempuan. Saya syorkan isteri yang menghadapi situasi seperti itu supaya berdepan suami.

Minta suami ubah sikap yang mementingkan dirinya dan lakukan perkara baik demi keharmonian rumah tangga. Jangan biarkan dia fikir kerana sudah dapat, seseorang wanita itu tidak akan buat apa-apa.

Kini ada banyak khidmat kaunseling yang diberi badan kerajaan dan bukan kerajaan yang membolehkan mangsa mendapat bimbingan dan bantuan.

Saya harap sesiapa yang menghadapi masalah seperti itu dapat menemui jalan penyelesaian dan berdoa si suami dapat buka pintu hatinya untuk memberi kepuasan hidup kepada isteri.

SETIAP orang dewasa ada keinginan dan nafsu. Apabila nafsu syahwat mula membuak, itu antara tanda sampai masanya untuk seseorang itu berkahw...

SETIAP orang dewasa ada keinginan dan nafsu. Apabila nafsu syahwat mula membuak, itu antara tanda sampai masanya untuk seseorang itu berkahwin. Keadaan itu normal bagi seseorang individu dan ia sebahagian putaran kehidupan.

Bagaimanapun, cuba bayangkan jika seseorang itu, terutama lelaki, dilahirkan sebagai seorang yang ‘istimewa’ seperti kekurangan dalam aspek intelektualnya. Lalu, dia diaturkan berkahwin oleh keluarganya.


Mungkin ramai akan tertanya-tanya mengenai keinginan syahwatnya dan timbul persoalan adakah dia mampu memberi nafkah batin kepada isteri secukupnya. Ini kerana, daripada segi pemikiran dia tidak dapat bertindak seperti orang normal.

Individu seperti itu juga mungkin tidak dapat membawa dirinya sebagai suami dalam erti kata sebenarnya, termasuk keperluan batin isteri.

Sebelum berkahwin, insan istimewa ini juga mungkin tidak pernah terfikir mengenai hubungan seks antara suami isteri dan kepentingannya. Ia mungkin berlanjutan selepas perkahwinan kerana tidak tahu mengenai tanggungjawabnya sebagai suami.

Kemungkinan suami tidak tahu melakukan hubungan seksual atau mengalami mati pucuk prima boleh menyebabkan si isteri kecewa dan perkahwinan itu berkemungkinan berakhir dengan perceraian.

Ini kerana sejak berkahwin suami tidak pernah melakukan persetubuhan, mungkin hanya sentuhan.

Bagaimanapun, insan istimewa itu tidak boleh dipersalahkan sepenuhnya kerana mungkin sepanjang hidupnya dia tidak pernah mencapai ereksi secara spontan atau tidak pernah mengenali apa itu ereksi.

Dia mungkin hanya tahu zakarnya kadangkala membesar, terutama waktu bangun tidur. Mungkin keluarganya dapat melihat ereksinya ketika dia nyenyak tidur dan menganggap perkara itu petanda dia sihat.

Namun, ereksi itu ialah ‘ereksi refleksi’ ketika lelaki tidur nyenyak yang menandakan fungsi zakar sihat. Untuk menggunakan zakar ketika bersetubuh, minda perlu terangsang dan mesej perlu sampai ke zakar supaya salur darah otot zakar mengembang.

Jadi macam mana hendak melakukan hubungan seks dengan pasangan, sedangkan dia tidak pernah mencapai ereksi. Jika ini berterusan dan tiada tindakan diambil, lambat laun hubungan suami isteri menjadi hambar.

Saya pernah memeriksa lelaki yang lembap mentalnya dan berkahwin atas pilihan keluarganya, tetapi pandai memainkan tanggungjawab sebagai suami penyayang.

Selepas berkahwin dua tahun, si isteri mengadu kepada ibu mentua yang suaminya tidak pernah melakukan persetubuhan, hanya pegang dan pelukan intim. Perkara itu dimaklumkan kepada bapa suami yang akhirnya membuat temujanji dengan saya kerana mengesyaki anaknya mati pucuk.

Mengikut isterinya, suaminya tidak pernah mencapai ereksi sewaktu bersentuhan badan, tetapi ketika tidur ereksi spontan kerap berlaku. Bagaimanapun, setiap kali suami tersedar ereksi terputus begitu saja.

Pemeriksaan awal menunjukkan dia gemar perempuan dan kasih kepada isterinya. Dia diberi tunjuk ajar cara menggunakan ereksi untuk bersetubuh. Akhirnya dia berjaya mengatasi masalah itu dan kini memperoleh anak.

Kesimpulannya, mungkin mereka sebenarnya mampu melaksanakan tanggungjawab sebagai suami kepada isteri, tetapi perlu diberikan bimbingan.

SAYA berusia awal 20-an dan sangat mudah terangsang apabila melihat kaki wanita, lebih-lebih lagi yang cantik dan gebu. Saya mengalami peras...

SAYA berusia awal 20-an dan sangat mudah terangsang apabila melihat kaki wanita, lebih-lebih lagi yang cantik dan gebu.


Saya mengalami perasaan ini sejak sebelum akil baligh lagi. Namun saya tetap terangsang dengan alat sulit wanita yang lain. Adakah ini perkara ganjil atau kelebihan buat saya?

WAN
Gombak, Selangor

JAWAPAN

Syukur, anda mempunyai minat kepada perempuan dan anda mudah terangsang dengan kaki perempuan. Jadi, daripada aspek tubuh badan wanita yang sangat mengghairahkan anda, anda memilih kaki wanita yang gebu dan cantik, maka anda dikategorikan sebagai ‘leg man’.

Untuk lelaki lain yang sangat teruja dengan payudara, mereka digelar ‘breast man’ dan lelaki yang teruja dengan punggung perempuan digelar ‘buttocks man’.

Ada situasi yang mana lelaki itu hanya dapat klimaks dengan menyentuh kaki perempuan dan mereka dikatakan mengalami ‘fetishes’ kepada kaki perempuan.

Maksud saya, lelaki itu dapat mencapai ereksi dan klimaks apabila menyentuh dan meraba kaki perempuan. Anda pula hanya teruja dengan melihat kaki perempuan. Itu bukan ganjil dan ia pilihan sanubari anda daripada aspek perasaan syahwat anda.

SAYA seorang lelaki ‘lembut’ yang mengambil pil hormon wanita sehingga membentuk buah dada dan struktur badan menyerupai wanita selama 3 tah...

SAYA seorang lelaki ‘lembut’ yang mengambil pil hormon wanita sehingga membentuk buah dada dan struktur badan menyerupai wanita selama 3 tahun mula berhenti serta berubah kepada normal sejak setahun lalu, tetapi struktur badan saya berubah cuma buah dada saya masih jelas kelihatan.

Doktor, bagaimana hendak menghilangkan kesannya itu kerana saya sudah cuba pelbagai cara tetapi tetap sama dan berharap dapat nasihat pihak doktor untuk mengatasinya


RIN,

Kuala Lumpur

Hormon wanita membentuk tubuh badan wanita dan lelaki yang mengamalkan hormon wanita dalam jangka masa panjang akan juga kelihatan seperti wanita.

Hormon wanita ‘estrogen’ merangsang tumbesaran rangkaian salur susu, tumbesaran puting dan tompok coklat atau ‘areolar’ dan hormon ‘progesterone’ merangsang tumbesaran pundi susu dan lemak yang membentuk payu dara.

Selain itu, kedua hormon wanita itu memberi struktur tubuh badan perempuan serta kegebuan dan kelicinan kulit.

Jadi tidak hairan jika lelaki yang mengamalkan pengambilan hormon wanita untuk jangka masa lama seperti anda pernah lakukan itu akan mendapati sebahagian besar daripada perubahan akibat pengambilan hormon wanita itu masih kekal walaupun tidak lagi mengambil hormon tersebut.

Nampaknya anda sudah mencuba pelbagai cara untuk memulihkan keadaan struktur tubuh badan anda dan yang masih kekal ialah buah dada anda yang masih kelihatan macam payu dara perempuan. Jika tompok hitam itu kelihatan luas, mungkin dengan cara pembedahan sebahagian daripada tompok coklat itu boleh dibedah dan dibuang. Jika timbulan di bahagian puting itu besar, melalui cara pembedahan juga ia boleh dileperkan dan diperkecilkan.

Sebilangan lelaki yang mempunyai payu dara yang besar kadangkala mencuba suntikan hormon androgen atau hormon lelaki, testosterone dengan harapan bahagian itu dapat diperkecilkan melalui pengambilan suntikan itu.

Malangnya, ia tidak berlaku kerana hormon testosterone jika disalahgunakan boleh bertukar kepada hormon perempuan dalam badan lelaki dan buah dada boleh kelihatan besar.

Jadi tidak hairan lelaki yang membina badan yang menggunakan suntikan testosterone biasa akan mendapati buah dada mereka ‘besar’. Anda boleh cuba menambatkan buah dada anda dengan bengkung dada sambil membina otot dada supaya otot dada kelihatan tegap dan secara langsung akan membuatkan buah dada anda kelihatan ‘kecil’.

Jika tidak berkesan juga, nampaknya pembedahan saja jalannya. Untuk itu anda boleh rujuk kepada pakar bedah berkelayakan.

SAYA berkahwin lebih setahun dan sehingga kini belum ada zuriat. Untuk pengetahuan doktor, saya wanita dan bekerja di sebuah makmal perubat...

SAYA berkahwin lebih setahun dan sehingga kini belum ada zuriat. Untuk pengetahuan doktor, saya wanita dan bekerja di sebuah makmal perubatan swasta.

Saya pernah menjalankan ujian air mani terhadap suami dan saya dapati spermanya sangat kurang selain air maninya sangat cair. Dalam satu ‘field’ hanya ada dua hingga tiga ekor saja dan itupun mati.

Adakah cara nak mengatasi masalah suami saya, umpamanya seperti makan vitamin atau ubat? Sebelum ini pernah cuba Vit Shaklee tapi tiada perubahan.

AMYLIN
Semenyih, Selangor

sperma-sikitAPABILA berkahwin, tentu kedua-dua mempelai menunggu waktu untuk menimang cahaya mata.

Inisiatif untuk mencari punca atau sebab anda belum mencapai kehamilan itu memang baik. Anda dapat gunakan kemudahan yang ada pada anda untuk melakukan ujian air mani suami dan mendapati masalah benihnya.

Namun anda tiada kemahiran untuk mengendalikan masalah kesuburan yang berada dalam bidang kawalan doktor.

Anda dan pasangan sepatutnya berjumpa doktor menjalani pemeriksaan kesuburan. Jika anda mahu rujuk kepada pakar pun boleh dan itu mengikut kemahiran pakar itu.

Jika suami anda jumpa doktor yang mengendalikan masalah kesuburan lelaki, tentu doktor itu akan melakukan pemeriksaan fizikal, memeriksa buah zakar suami dan jadualkan ujian air mani.

Jika air maninya mempunyai profil benih yang tidak normal, doktor itu boleh lakukan ujian lanjutan terhadap suami anda, melakukan ujian darah untuk menyukat hormon FSH, Prolactin dan hormon Testosterone. Hanya selepas itu baru doktor akan memberi ubat sewajarnya.

Namun, anda tidak berbuat begitu. Anda nak dia cuba suplemen tapi tidak berkesan. Jika anda meneliti maklumat dalam Internet mengenai kesuburan lelaki, anda akan dipaparkan pelbagai suplemen dan makanan.

Itu bukan rawatan, itu hanya maklumat kesihatan yang mungkin boleh membantu. Makanan seperti kacang hazel, kacang badam, pecan, walnut, pista dan kacang tanah mengandungi asid lemak tambahan essential dan zat galian zink yang membantu penghasilan sperma sihat.

Sama juga dengan asid folik yang membantu menstabilkan struktur baka sperma. Malah, anda akan dapati herba tertentu seperti Tribulus (Tribestan) dan Tongkat Ali (Nu-Prep Lelaki) dapat membantu meningkatkan isi padu air mani, kualiti dan bilangan sperma.

Jika suami anda sudah cuba suplemen dan amalkan makanan yang dijelaskan tadi dan dalam masa dua hingga tiga bulan tetapi tiada apa-apa perubahan, dia perlu berjumpa doktor.

Mungkin masalah sperma suami anda ada kaitan dengan pekerjaannya atau amalan tidak sihat seperti merokok atau alkohol atau perkara lain.

Banyak perkara boleh menyebabkan masalah sperma lelaki, tapi tanpa berjumpa doktor, memang sukar menyelesaikan masalah itu.

Cadangkan suami berjumpa doktor dan anda juga perlu menjalani pemeriksaan sekali. Mana tahu jika anda juga ada masalah, lagi cepat dikendalikan lagi baik. Elok dua-dua pasangan menjalani pemeriksaan serentak.

(Sumber Harian Metro)

SAYA menerima banyak pertanyaan berkaitan masalah membuang air kecil, dan saya tertarik dengan satu soalan iaitu mengenai masalah kencing t...

SAYA menerima banyak pertanyaan berkaitan masalah membuang air kecil, dan saya tertarik dengan satu soalan iaitu mengenai masalah kencing tidak lawas.

Dalam soalan itu, individu berkenaan memaklumkan sudah lama menghadapi masalah kencing tidak lawas. Katanya, beberapa titisan air kencing keluar setiap kali selesai membuang air kecil.

rahsiazakar2Berdasarkan pengalaman saya, masalah kencing tidak lawas seperti dialaminya memang meruncing. Lebih-lebih lagi jika ia berlaku ketika seseorang mahu menunaikan solat, batuk atau ketawa.

Biasanya, selepas selesai membuang air kecil, seseorang itu akan membasuh alat kelamin serta keluar tandas. Ada juga yang meneran sedikit atau melurutkan alat kelamin sambil mengemut beberapa kali supaya tiada bekas atau titisan kencing.

Individu yang was-was akan menunggu dan mengelap penghujung alat kelamin dengan tisu supaya tiada lagi kelembapan dan kemudian membasuhnya.

Keadaan ini biasanya dilakukan lelaki berumur untuk memastikan tiada titisan air kencing lagi selepas selesai kencing. Jika tidak berjaya, mereka akan melekatkan secebis kertas tisu ke penghujung alat kelamin sebelum bergerak.

Sebilangan lelaki muda juga mengalami masalah sebegitu hingga menyebabkan mereka mati akal dan tidak tahu cara mengatasinya.

Mungkin ada mencuba perkara yang saya jelaskan tadi dan mungkin mereka mahu cara lebih sempurna kerana titisan air kencing pasti menjadi masalah, terutama ketika mahu menunaikan solat.

Cara mudah untuk lelaki yang mengalami masalah sebegini adalah mengelak membuang air kecil sebelum menunaikan solat.

Sebenarnya, ada banyak sebab mengapa keadaan sedemikian boleh berlaku, antaranya berkemungkinan salur kencingnya sempit, sedikit air kencing mungkin tersekat dan terkeluar selepas selesai membuang air kecil.

Ada kemungkinan jika pundi prostatnya mengalami radang atau bengkak di mana sedikit air kencing boleh tersekat di salur kencing bahagian prostat dan terkeluar apabila lelaki itu selesai kencing dan ketika dia mengemut.

Ada juga sebilangan lelaki mempunyai takungan air kencing di belakang pembukaan salur kencing di tempat dikenali sebagai ‘lacuna mega’. Dalam keadaan sedemikian, air kencing mula bergerak keluar secara titisan selepas selesai membuang air kecil.

Cara rawatan bagi masalah demikian adalah bertemu doktor untuk pemeriksaan kepastian sama ada seseorang itu menghadapi masalah kencing kotor atau radang pundi kencing atau masalah pundi prostat.

Ujian lanjutan akan dilakukan doktor jika ada sesuatu yang perlu diselidik. Jika tiada apa-apa yang serius, cara mengelak solat terganggu ialah jangan buang air kecil sebelum solat.

(Sumber Harian Metro)

SENAMAN KEMUT memang kedengaran melucukan namun dalam konteks kesihatan seksual lelaki mahupun wanita, ia mampu memberi kesan positif menak...

SENAMAN KEMUT memang kedengaran melucukan namun dalam konteks kesihatan seksual lelaki mahupun wanita, ia mampu memberi kesan positif menakjubkan. Ini kerana senaman ini membabitkan aktiviti mencengkam otot pembukaan lubang najis dan lubang kencing atau otot lantai pelvis seolah-olah mahu menahan kencing atau air besar dan ia perlu dilakukan serentak.

zakarbesar1Tidak dinafikan apabila seseorang melakukan senaman kemut, perasaan kurang selesa akan berlaku di mana jika membuang air besar akan mengalami sembelit.

Bagi yang ada buasir pula, penyakit itu akan menjadi ketara dan menyakitkan, tetapi sebaliknya pada wanita apabila melakukan senaman ini, mereka akan berasa terangsang, terutama jika kedua-dua paha dirapatkan. Namun jika paha direnggangkan sedikit, mungkin rasa terangsang itu kurang atau tiada langsung.

Cara melakukan senaman kemut untuk lelaki adalah dengan merapatkan kedua-dua paha dan mencengkam lubang najis serta lubang kencing pada masa sama dengan padat, menahan nafas antara tiga hingga lima saat sebelum melegakan kemutan. Senaman ini perlu dilakukan berulang sehingga 10 kali. Bagi mendapatkan kesan lebih baik, lakukan lima kali sehari dan setiap kali, cengkam 10 kali.

Ketika melakukan senaman kemut, seseorang lelaki itu perlu berada dalam keadaan selesa, termasuk sudah membuang air besar dan kecil.

Antara khasiat senaman kemut adalah, ia membina otot benteng pangkal zakar yang mana jika zakar ereksi, mengemut dapat memadatkan pangkal zakar dan menolak serta memerah darah hala ke depan, sekali gus menyebabkan penghujung zakar lebih padat dan kembang seolah-olah zakar kelihatan besar di depan.

Bagi wanita, amalan kemut dapat melangsing dan melegakan corong faraj, sekali gus menyempitkan pembukaan faraj yang renggang.

Dengan corong faraj yang sempit dan kemas, angin tidak mudah masuk ketika wanita itu bergerak dan hubungan kelamin tidak akan berbunyi saperti angin keluar dan masuk.

Amalan mengemut dapat membantu melangsingkan otot kemutan dan membantu hubungan dengan pasangan kerana akan menjadikan aktiviti seksual lebih seronok dan merangsangkan.

Namun, perlu diketahui bahawa senaman kemut tidak dapat membina zakar menjadi panjang atau besar seperti mana dipaparkan dalam Internet bahawa kaedah ini adalah amalan orang Arab bagi membesarkan zakar.

Namun yang pasti, senaman kemut dapat memberi tenaga dan kekuatan apabila zakar yang ereksi dikemutkan.

Mengemut juga membantu mengekalkan ereksi dan dapat bergerak serta mengubah posisi, sekali gus merendahkan kemungkinan darah terkeluar daripada otot zakar.

Selain itu, jika pergerakan zakar ke dalam faraj dengan keadaan lelaki mengemut, pasangan dapat merasai nikmat yang lebih dan mudah mencapai klimaks.

Gerakan zakar juga dapat dikawal dalam keadaan kemut. Justeru, amalan dan senaman kemut dapat menjaga kekuatan ereksi selagi zakarnya mampu mengeras.

(Sumber Harian Metro)

5 Rahsia kegagahan setiap Lelaki 1. Sentiasa Berstamina – SUAMI PERKASA perlu sentiasa berstamina & bersedia pada bila2 masa untuk membe...

5 Rahsia kegagahan setiap Lelaki

images-381. Sentiasa Berstamina – SUAMI PERKASA perlu sentiasa berstamina & bersedia pada bila2 masa untuk memberi layanan yg A+ kepada isterinya
2. Alat Kelamin POWER – Berbadan tegap & sasa serta berstamina sahaja tidak memberi makna jika alat Kelamin anda pendek, kecil, lembik, kepala alat Kelamin kuncup, cepat kendur, kurang tegang dan tidak maskulin, yg lebih parah.. MATI PUCUK!
3. Tahan Lama – Tahukah anda setiap wanita memerlukan sekurang-kurangnya 15 minit untuk dirangsang & memerlukan sekurang-kurangnya 15 minit lagi untuk mencapai klimaks. Sungguh menghampakan & memalukan apabila suami menghadapi masalah terpancut awal
4. Mahir Dalam Posisi Seks – Anda perlu mahir sekurang-kurangnya 10 posisi seks. Mengapa? Kerana setiap posisi seks mempunyai kelebihan & kekurangan tersendiri.
5. Menguasai Nafsu Isteri – Berilah layanan yg istimewa kepadanya sebelum seks & jangan terlalu gelojoh untuk memasukkan alat Kelamin ke dalam faraj & kemudian cepat juga ingin menamatkan pelayaran.

Tahukah anda apakah punca penyakit 3L (Letih, Lemah & Lesu)? Boleh dikatakan smua kelompok masyarakat sama ada kanak-kanak, muda-mudi ...

Tahukah anda apakah punca penyakit 3L (Letih, Lemah & Lesu)?

Boleh dikatakan smua kelompok masyarakat sama ada kanak-kanak, muda-mudi & org tua menghidapi penyakit 3L ini.

Punca-puncanya adalah;

images-451. Tidak cukup tido
2. Tidak cukup tenaga
3. Tidak ambil sarapan pagi
4. Kurang darah merah (anemia)
5. Tekanan emosi
6. Terlalu banyak kafein
7. Dehidrasi

Tanda-tanda kesuburan lelaki bermasalah 1. Sperma lambat bergerak menuju ovum 2. Kualiti sperma terjejas 3. Ejakulasi pra matang 4. Kurang n...

Tanda-tanda kesuburan lelaki bermasalah

images-281. Sperma lambat bergerak menuju ovum
2. Kualiti sperma terjejas
3. Ejakulasi pra matang
4. Kurang nafsu terhadap pasangan
5. Kurang berstamina
6. Cepat letih

SAYA selalu ‘bersama’ isteri tetapi kadangkala saya cepat klimaks dan selepas itu saya terus mengantuk dan tertidur, sedangkan ada masanya i...

SAYA selalu ‘bersama’ isteri tetapi kadangkala saya cepat klimaks dan selepas itu saya terus mengantuk dan tertidur, sedangkan ada masanya isteri mahu lakukan seks untuk ‘pusingan kedua’.


Masalahnya saya terlalu mengantuk, namun kemaluan saya masih mampu tegang jika dirangsang oleh isteri.

Saya ingin tahu daripada doktor apa masalahnya dan bagaimana cara mengatasinya?

SUAMI RISAU
Bentong, Pahang

JAWAPAN

Kajian menunjukkan lebih banyak lelaki mengantuk dan terus tidur selepas klimaks dan selesai hubungan seks berbanding wanita.

Ia bukan fenomena luar biasa untuk anda kerana lelaki biasanya memainkan peranan dominan dan banyak melakukan pergerakan. Ini secara langsung boleh membuatkan mereka cepat berasa letih selepas klimaks.

Ia juga disebabkan pengeluaran kimia biologik dikenali sebagai beta-endorfin, oxitocin dan prolactin selain kimia hasil tindak balas urat saraf membuatkan lelaki itu mudah terlena selepas klimaks.

Wanita pula tidak selalu klimaks dan mereka lebih seronok berborak selepas pasangannya selesai ejakulasi dan ada masanya mereka mahukan ‘pusingan kedua’.

Jika pasangan tidak berdaya, mereka yang tahu sangat kelemahan pasangan harus menerimanya dengan terbuka.

Ada beberapa perkara anda boleh cuba buat jika mahu lakukan hubungan intim sepanjang malam dengan pasangan.

Jangan tunggu lewat malam untuk melakukan hubungan intim itu kerana lebih lewat anda bersama, ia lebih mudah menyebabkan anda mengantuk selepas selesai seks.

Mungkin kurangkan makan sebelum seks kerana jika lapar tidak mudah mengantuk dan sebelum memulakan ‘pusingan kedua’, anda boleh ambil makanan ringan dan aktifkan kembali proses keintiman bersama isteri.

Minum kopi juga dapat aktifkan minda dan menghalang perasaan mengantuk. Selepas itu, anda boleh panjangkan keintiman dengan pasangan mengikut kehendak pasangan.

Apakah bahagian-bahagian yang terdapat pada zakar lelaki? Bagaimana zakar anda membesar dan apakah fungsi disetiap zakar suami. Di sebatang ...

Apakah bahagian-bahagian yang terdapat pada zakar lelaki?

Bagaimana zakar anda membesar dan apakah fungsi disetiap zakar suami.

Di sebatang zakar lelaki ada beberapa struktur kuasa yang member angsangkan lelaki apabila disentuh dan ianya juga akan memberikan keseronokan dan nikmat yang dapat dirasakan oleh wanita. Antara bahagian yang terdapat di zakar lelaki ialah buah zakar, batang zakar, takuk zakar, kepala zakar, biji zakar, lubang zakar gigi zakar, ekor pari dan urethra.

Zakar lelaki!!!

Buah zakar berfungsi sebagai tempat menyimpan air mani dan ia amat sensitif apabila tersentuh dengan benda keras dan kasar. Sebab itu andainya anda menyentuh dengan benda keras atau kuat kepada buah zakar suami anda, suami anda akan berkata sakit. Maka di bahagian ini, jika anda berminat membelainya, berhati-hatilah dan berikan sentuhan yang lembut dan ianya pasti menyeronokkan suami anda.
1934597_123089531397246_5503256042367855103_n

zakar-terangsang!!!

Batang zakar adalah -berfungsi untuk mengeras dan panjang daripada ukuran biasa pada keadaan lelaki itu tidak mempunyai nafsu sahwatnya. la akan mula menegang apabila seseorang lelaki itu mencapai syahwatnya.

Jika saiz zakar pada peringkat seseorang lelaki itu belum datang kemuncak syahwatnya adalah kecil dan pendek serta kelihatan lembik. Apabila seseorang lelaki itu mula datang syahwatnya, saiz zakar akan mula membesar dan menegang panjang.

Jika saiz pada kendur dari 3 inci, zakar ini boleh membesar dan memanjang sehingga 6 inci. Jika saiz zakar semasa kecilnya ukuran lilitnya kurang dari 2.5 inci, maka apabila membesar saiznya akan membesar 5 inci. Kepadatan mula dilihat apabila zakar cukup tegang dan keras.

Kedudukan zakar akan menegak hingga 45 darjah dari paras pusat. Sewaktu inilah kesesuaian untuk zakar menyusuk kedalam kemaluan perempuan boleh dilakukan.

Zakar yang lembik tidak boleh menyusuk masuk kedalam kemaluan perempuan. Jika anda selidiki secara terperinci, anda akan dapat melihat batang zakar akan bergegar dan ini berlaku sewaktu zakar didalam kemaluan Ianya menghasilkan kepuasan seksual apabila zakar bergegar di dalam kemaluan anda. Belailah batang zakar ini dan anda akan merasakan kehangatan yang amat menyeronokkan.

Fungsinya adalah terlalu sedikit sewaktu di dalam kemaluan berbanding dengan batang zakar yang memanjangkan geselan apabila dilakukan sorong tarik sewaktu bersetubuh.

Takuk zakar berada dihujung zakar yang kelihatan seperti lekuk.

Lekukan ini adalah terjadi kerana hujung kepala zakar agak menguncup sedikit iaitu lebih kecil daripada batang zakar. Lekukan ini terbentuk bagi memudahkan zakar nenusuk masuk ke dalam kemaluan perempuan.

Kepala zakar adalah penting bagi lelaki khususnya. la boleh membesar lebih daripada-batang zakar. la akan membesar sewaktu menyusuk masuk kedalam lubang dan membesar sewaktu menarik zakar keluar dari kemaluan. Apabila kepala zakar membesar, anda akan terasa seperti sesuatu benda sedang membesar di dalam kemaluan anda dan lebih menyeronokan.

lanya berfungsi secara langsung untuk membentuk gigi zakar lebih kembang dan apabila zakar ditarik sorong ia seperti menarik dinding lubang kemaluan anda dan anda pasti lebih seronok dengan geselan ini.

Lelaki amat gemar jika perempuan menggigit lembut dan menghisap kepala zakamya kerana di sini ada keseronokkan yang luar biasa bagi lelaki dan fungsinya samalah dengan biji kelentit perempuan.

Biji zakar tidak begitu berfungsi untuk memberikan kepuasan kepada lelaki dan ianya terletak seperti biji kelentit dan tidak mudah dilihat dengan mata kecuali anda menyentuhnya. Terdapat sedikit bonjol kecil pada hujung kepala zakar apabila anda sentuh.

Lubang zakar berfungsi untuk mengeluarkan air kencing dan pancutan air mani. Ianya seperti lubang air kencing perempuan. Seperti kita ketahui perempuan mempunyai dua lubang pada kemaluannya iaitu lubang untuk persetubuhan dan lubang untuk membuang air kecil.

Gigi zakar adalah tempat yang paling penting. Gigi zakar ini memberikan keseronokan kepada setiap geselan di dalam lubang kemaluan anda. Lelaki juga akan merasakan seronok. Tidak semua zakar lelaki kelihatan gigi zakarnya banyak atau besar.

Beruntunglah jika anda mendapat zakar suami yang mempunyai gigi zakar yang banyak dan besar. Kepuasan anda akan lebih tercapai dengan cepat.

Sistem_pembiakan_lelaki!!!

Ekor pari terbentuk pada sepanjang batang zakar yang berfungsi sebagai tempat pengaliran air mani daripada buah zakar. Ekor pari ini amat sensitif dan seronok bagi lelaki apabila geselan sewaktu melakukan sorong tarik di dalam kemaluan anda. la juga memberikan keseronokan yang luar biasa sepanjang melakukan sorong |tarik bagi perempuan.

Apabila pancutan air mani berlaku, ekor pari akan membesar dan menyendatkan lagi lubang kemaluan anda sehingga keperingkat kemuncak. Disinilah lelaki amat seronok jika anda bermain dengan zakar suami anda, sama ada membelainya, mengolomnya atau melakukan jilatan dengan lidah anda.

Lakukan teknik ini sewaktu anda tidak mampu memberikan kepuasan seks melalui kemaluan anda misalnya sewaktu anda di datangi haid. Urethra hanya berfungsi memberikan ketegangan kepada zakar anda sebagai kayu penyokong untuk menguatkan lagi ketegangan urat saraf pada lelaki.

Ingin dimaklumkan apakah seronoknya apabila zakar berada di dalam kemaluan anda? Antaranya apabila lelaki sedang melakukan sorong tarik di dalam kemaluan anda, batang zakar akan bergerak-gerak dan bergetar.

Kepala zakar akan membesar dan menguncup diikuti dengan kepala takuk dan giginya yang seperti menarik keluar dinding dalam lubang kemaluan anda, dikala ini anda akan merasakan satu nikmat yang luar biasa.

Jika anda meminta suami anda menghentikan sorong tariknya zakarnya, anda akan merasakan zakar seperti sedang bergerak-gerak di dalam kemaluan anda.

Ini adalah disebabkan kepala zakar melakukan kembang kuncup dan diikuti batang zakar bergerak-gerak. Inilah zakar yang hebat dan tidak kiralah ianya bersaiz kecil atau besar.

Sewaktu zakar sampai kemuncaknya dan jika anda mendapatkan kemuncak serentak dengan pancutan air mani dan zakar suami, anda merasakan kepala zakar seolah-olah mencengkam dan menarik keluar isi dalam kemaluan anda dan dikala inilah anda pasti mengerang kepuasan dan mencapai syahwat yang tinggi.

12366389_120741654965367_6370554286760387017_n

SETIAP manusia ada kemampuan untuk melakukan hubungan intim yang berkekalan sehingga ke akhir hayat, melainkan ditimpa masalah kesihatan. J...

SETIAP manusia ada kemampuan untuk melakukan hubungan intim yang berkekalan sehingga ke akhir hayat, melainkan ditimpa masalah kesihatan. Justeru, ada lelaki ‘tua’ masih berupaya melakukan hubungan intim dan ada pula yang gagal.

Hakikatnya, beberapa perubahan akan berlaku kepada fungsi dan kemampuan syahwat apabila umur meningkat dan ia perubahan semula jadi.

zakar-kuatSelepas usia 40 tahun misalnya, tahap kekerasan ereksi kurang antara 10 hingga 20 peratus dan jika otot lantai pelvis (otot kemut) kurang aktif, tahap ereksi menurun lima hingga 10 peratus dan jika perasaan keghairahan berkurangan, tahap ereksi terus menurun lima hingga 10 peratus.

Kajian yang pernah dilakukan satu ketika dulu untuk mengesan masalah disfungsi erektil (ED) dalam kalangan lelaki Malaysia mendapati, gaya hidup memainkan fungsi penting dalam mempengaruhi kemampuan ereksi.

Kebanyakan lelaki yang mengalami masalah ED didapati mengamalkan gaya hidup tidak sihat seperti merokok, minum minuman keras, tidak bersenam, obes (gemuk) dan mengalami tekanan. Andai mengamalkan gaya hidup sihat, kemampuan ereksi lebih sempurna.

Merokok dan minuman keras adalah dua amalan gaya hidup yang mempunyai pengaruh kuat terhadap fungsi ereksi. Apabila amalan itu tiada lagi, daya ereksi menjadi lebih kukuh dan sempurna jika tiada masalah kesihatan.

Justeru, tidak hairan jika insiden mati pucuk dalam kalangan lelaki Jepun berusia lebih 40 tahun tinggi berbanding lelaki negara ini kerana kebanyakan lelaki Jepun merokok dan minum arak!

Kajian berkenaan juga mendapati penyakit kencing manis, tekanan darah tinggi dan penyakit koronari memberi kesan buruk kepada fungsi ereksi.

Penyakit lain termasuk masalah prostat dan semua penyakit berkenaan perlu mendapat penyelesaian supaya kemampuan ereksi menjadi lebih sempurna.

(Sumber Harian Metro)

SAYA mudah tertarik secara seksual kepada kedua-dua jantina. Masalahnya, nafsu saya sentiasa membuak setiap kali melihat kedua-dua jantina k...

SAYA mudah tertarik secara seksual kepada kedua-dua jantina. Masalahnya, nafsu saya sentiasa membuak setiap kali melihat kedua-dua jantina ketika dalam keadaan mengghairahkan.

Adakah masalah saya dikategorikan sebagai masalah seks atau masalah psikologi? Adakah ada cara daripada segi saintifik untuk mengatasi masalah ini kerana keadaan ini menyebabkan saya takut untuk mendirikan rumah tangga.

JEJAKA RUNSING

Tawau, Sabah

Anda menyatakan anda mempunyai nafsu seksual kepada lelaki dan perempuan. Buat pengetahuan anda, ia bukan satu penyakit. Cuma anda perlu mengawal diri dan tidak mendedahkan diri kepada lelaki yang dalam keadaan menghairahkan.

Jika anda dapat amalkannya, pasti lama-kelamaan perasaan anda akan kembali tertumpu kepada wanita saja.

SAYA berkahwin hampir dua tahun. Sepanjang perkahwinan, saya berasa sangat tertekan kerana suami lebih gemar melakukan onani daripada melaku...

SAYA berkahwin hampir dua tahun. Sepanjang perkahwinan, saya berasa sangat tertekan kerana suami lebih gemar melakukan onani daripada melakukan hubungan seks dengan saya.

Sedih bila suami berbuat demikian, sedangkan saya dibiarkan kesepian dan kami jarang berkomunikasi mengenainya kerana suami saya pendiam.


Saya berharap doktor boleh memberi sedikit nasihat atau panduan untuk mengatasi masalah ini.

ILA

Sungai Buloh, Selangor

Anda boleh rujuk perkara ini kepada pegawai agama untuk membincangkannya atau bagi mendapatkan sesi kaunseling kerana jika anda atau suami terus tidak membincangkannya, ia boleh mendatangkan kesan.

Ketagihan kepada amalan onani hanya dapat diselesaikan oleh yang melakukannya dan pasangan anda perlu sedar perbuatan itu tidak normal memandangkan dia boleh berseronok dengan isteri.

Kelakuannya membuatkan dirinya bukan menjadi lelaki sejati dan jauh lagi sebagai suami yang bertanggungjawab. Lagi bagus jika dia dapat hentikan perbuatannya kerana dia mensia-siakan hidupnya dan pasangan.

Jika dia ada masalah untuk bersetubuh dengan pasangannya, dia perlu selesaikan dengan berjumpa doktor dan mendapat rawatan sewajar dan bukan sekadar melepaskan perasaannya dengan onani.

Saya pernah mengendalikan kes seperti ini iaitu suami gemar dengan onani dan tidak hiraukan isterinya. Dia seronok tengok gambar lucah dan merangsang anunya dan jarang sekali melakukan seks dengan pasangan.

Semua itu kerana kegemaran menonton cerita dan melayari laman web lucah hingga membuatkannya lupa mengenai tanggungjawabnya sebagai suami. Ini tanggung jawab besar dan dia tidak sedar dia mensia-siakan kehidupan isteri.

Atas desakan isteri, dia setuju berjumpa saya dan kini dia sedar kesalahannya. Selagi lelaki itu tidak sedar apa dilakukannya adalah kesalahan paling hina, selagi itu dia kekal dengan perbuatannya yang hina itu.

Saya harap puan beri maklumat ini kepadanya dan minta dia bertaubat serta berjumpa pegawai agama atau mendapat bimbingan untuk menolak onani dan apa-apa amalan songsang.

Saya mengalami masalah kencing bercabang, di lubang zakar seperti ada sesuatu yang keras menghalang air kencing mengalir dengan lancar. Keti...

Saya mengalami masalah kencing bercabang, di lubang zakar seperti ada sesuatu yang keras menghalang air kencing mengalir dengan lancar.

Ketika dan selepas membuang air kecil, saya terasa sakit di hujung kepala zakar.

RAZAK
Tampoi, Johor

kencing-bercabangKencing bercabang boleh berlaku kepada lelaki dan wanita. Ia boleh berlaku dan menjadi kembali sedia kala secara spontan.

Ini terjadi mungkin kerana pertengahan lubang kencing melekat dan kemudian bahagian yang terlekat itu terbuka.

Jika keadaan kencing bercabang itu kekal dan memberi masalah seperti memercikkan air atau menyakitkan, mustahak untuk menjalani pemeriksaan dan mendapat rawatan.

Jarang salur kencing radang akibat jangkitan dan bahagian pertengahan lubang kencing melekat sebagai parut. Namun, ada juga lubang salur kencing tertutup separa akibat ketulan ‘isis‚ yang terjojol daripada mukosa salur kencing seperti papilloma atau kutil.

Apabila papilloma atau kutil itu dibuang, perjalanan kencing menjadi sehala dan tidak lagi bercabang.

Jika air kencing masih keluar bercabang walaupun anda mengepit hujung zakar untuk meluaskan pembukaan lubang kencing, anda perlu berjumpa doktor untuk pemeriksaan.

Jangan pula anda cuba mencucuk lubang kencing dengan lidi atau dawai kerana boleh memberatkan lagi masalah.