batang zakar, batang pelir, batang konek semua adalah benda yang sama. Kemaluan lelaki. Batang Zakar terdiri dari banyak jenis. Ada batang zakar panjang ada batang zakar pendek. Ada batang zakar lurus ada batang zakar bengkok.
Rahsia Batin | SPA untuk lelaki
FB/Wechat/Instagram/Link: abeurut | wasap: http://abeurut.wasap.my

Home Top Ad

Stress boleh menjejaskan zakar untuk stim SAYA berusia 34 tahun dan sudah lima tahun mendirikan rumah tangga. Kini saya mempunyai tiga anak....

Stress boleh menjejaskan zakar untuk stim

SAYA berusia 34 tahun dan sudah lima tahun mendirikan rumah tangga. Kini saya mempunyai tiga anak.

Apa yang membimbangkan, saya kini tidak dapat mengawal ereksi. Anehnya masalah ini hanya berlaku baru-baru ini. Tiga minggu sebelumnya ia masih berfungsi seperti biasa. Adakah ia petanda masalah mati pucuk?

Untuk pengetahuan doktor, saya ada mengambil ubat batuk, selesema dan antibiotik selama dua minggu. Ini termasuk ubat tahan gatal akibat sakit mata. Adakah masalah ini berlaku kerana pengambilan ubat berkenaan?

ZUL,
Pengkalan Balak, Melaka

images-23MATI pucuk atau disfungsi erektil ialah kegagalan lelaki untuk mencapai ereksi yang mencukupi bagi tujuan persetubuhan. Ia jarang berlaku secara tiba-tiba kecuali disebabkan tekanan atau akibat pengambilan ubat yang mengganggu aliran darah ke zakar apabila rangsangan seksual berlaku.

Bagi lelaki yang mengalami tekanan, dia tidak dapat memberi tumpuan ketika melakukan persetubuhan. Jadi, ‘mood’ dan keinginan sebenarnya memainkan peranan penting. Jika tidak, ereksi akan gagal dan jika dia berasa cemas, kemungkinan kemampuan untuk ereksi terus terganggu.

Ubat untuk mengawal alahan atau selesema (antihistamine) memang boleh memberi kesan tidak elok kepada ereksi. Tindak balas daripada ubat terbabit boleh mengakibatkan aliran darah ke dalam zakar terganggu ketika rangsangan seksual berlaku.

Anda tidak perlu cemas tidak ereksi gagal ketika pengambilan ubat berkenaan. Apabila kesannya sudah habis, ereksi akan kembali normal.

Jika masih lagi gagal, besar kemungkinan adalah disebabkan tekanan. Ia juga boleh membantutkan ereksi dengan penghasilan ‘adrenalin’ daripada pundi adrenal yang terletak di atas buah pinggang.

Efek kimia ini boleh merencatkan kelancaran darah ketika ereksi. Namun apabila tekanan itu dapat diatasi, ereksi akan kembali normal.

SAYA mempunyai saiz zakar normal tetapi ia membengkok ke depan. Kebanyakan zakar lelaki yang saya tahu menegang atau mendongak ke atas, teta...

SAYA mempunyai saiz zakar normal tetapi ia membengkok ke depan. Kebanyakan zakar lelaki yang saya tahu menegang atau mendongak ke atas, tetapi saya menegang ke depan dan membengkok. Adakah rawatan untuk masalah ini? Mungkinkah saya ada masalah melakukan penetrasi apabila berkahwin?

MAHUKAN PENJELASAN 
Johor Bahru



Keadaan dan bentuk zakar tidak sama untuk semua lelaki. Memandangkan zakar tidak bertulang, ia mudah dibentuk atau diluruskan secara sederhana tanpa menyakitkan. 

Zakar yang kedudukannya tidak sehala ketika ereksi, seperti melengkung ke kiri, kanan, atas atau bawah secara sederhana, ia boleh diluruskan sama ada oleh lelaki itu atau pasangannya untuk dimasukkan ke dalam faraj dengan mudah. 

Lain pula jika proses meluruskan zakar yang ereksi itu menyakitkan. Mustahak untuk lelaki itu berjumpa doktor untuk membetulkan kedudukan zakar. 

Jika pasangan wanita terasa sakit atau tidak selesa disebabkan ereksi berbentuk luar biasa dan sukar disalurkan ke dalamnya, tentu persetubuhan penetratif jadi hambar. 

Bentuk dan keadaan zakar ketika tidak ereksi ialah melentuk dan tergantung. Bagi lelaki yang mempunyai zakar 'mengembang', ketika tidak ereksi ia kecil dan terbenam. 

Dalam keadaan ereksi, zakar mendongak dan bahagian depan melengkung seperti huruf 'S'. Sebahagian besar lelaki akan mendapati ereksi mereka sedikit ke kiri dan ini kerana sifat aktif otot bulbocavernosus (otot yang menampung pangkal zakar) kiri yang tegang dan membuatkan ereksi menghala sedikit ke kiri. 

Posisi, kedudukan dan bentuk zakar berubah apabila ada parutan dalam otot zakar atau selaput tisu pengembang zakar menebal dan situasi ini dikenali sebagai penyakit Peyronie. 

Jika zakar berbentuk luar biasa itu yang disebabkan parutan atau tisu pembalut otot menebal diurut, ia akan memudaratkan masalah sedia ada. 

Kaedah mengurut atau menarik zakar tanpa kawalan dan pengawasan boleh merosakkan zakar. Tiada ubat, minyak atau krim urutan dapat membetulkannya. Anda perlu rujuk doktor untuk pemeriksaan.

SAYA wanita berusia 27 tahun dan berkahwin lima bulan lalu. Adakah tubuh berisi boleh menyebabkan saya sukar hamil? Selain itu, apabila ber...

SAYA wanita berusia 27 tahun dan berkahwin lima bulan lalu. Adakah tubuh berisi boleh menyebabkan saya sukar hamil? Selain itu, apabila bersama, suami lebih cepat klimaks berbanding saya dan air maninya meleleh keluar ketika mencabut kemaluannya. Adakah keadaan suami yang cepat klimaks menyebabkan tidak berlaku persenyawaan dan menyukarkan untuk saya hamil?


ISTERI RUNSING

Melaka 

Anda dan pasangan baru berkahwin lima bulan dan masih berjinak-jinak dalam hubungan seksual. Suami anda dapat menyalurkan ereksinya ke dalam faraj dan melakukan ejakulasi. 

Jika begitu, anda mempunyai peluang tinggi untuk hamil. Air mani memang terkeluar apabila faraj dirapatkan dan memandangkan anda gempal, ruang menjadi sempit dan air mani terkeluar bila paha dirapatkan. Kemungkinan besar semua air mani terkeluar. 

Jika anda mahukan ia kekal, cara berkesan ialah selepas selesai hubungan dengan suami, jangan merapatkan paha, sebaliknya kekalkan posisi kaki secara terbuka. 

Anda juga tidak digalak melakukan kemutan. Kemut selepas selesai melakukan hubungan membuatkan cecair atau air mani suami dalam faraj terkeluar. 

Mengenai masalah cepat klimaks, air mani yang keluar tetap kekal dalam faraj dan sperma berkeliaran dalam faraj untuk memasuki serviks dan mencari telur jika kebetulan anda dalam waktu subur. 

Jika suami lakukan tusukan secara keluar masuk, tentu dia rasa sentuhan bertalu-talu pada penghujung zakar. Dia perlu kekalkan ereksi dalam faraj dan menggerakkan pangkal zakar tanpa mengeluarkannya. Dengan cara begini, pangkal zakar yang kurang sensitif dapat mengelak klimaks cepat. 

Dia juga boleh menggunakan cincin penambat zakar yang boleh dipasang ke pangkal zakar untuk mengurangkan rasa sensitif pada hujung zakar. 

Cincin ini yang diperbuat daripada silicon (bukan getah) selamat untuk zakar dan faraj. Ia boleh didapati melalui Internet. 

Jika masih tidak hamil dalam masa setahun, anda dan pasangan perlu merujuk kepada doktor untuk menjalani pemeriksaan awal kesuburan.

MASALAH kurang ereksi, tidak tahan lama dan mudah klimaks adalah masalah biasa bagi lelaki. Kebanyakan lelaki yang mengalami masalah ini mem...

MASALAH kurang ereksi, tidak tahan lama dan mudah klimaks adalah masalah biasa bagi lelaki. Kebanyakan lelaki yang mengalami masalah ini mempunyai sejarah onani dan kerap melakukannya.

Dalam sains, ereksi biasanya berlaku secara spontan apabila seseorang itu dalam keadaan teruja. Ini kerana kemasukan darah dalam liang otot zakar menjadi lancar dan ereksi menjadi kekal, lebih-lebih lagi jika otot lantai pelvis atau otot kemut dicengkam. 

Bagaimanapun, apabila perasaan teruja itu lega, otot kemut juga menjadi lega, menyebabkan ereksi menjadi kurang tegap dan kurang berdaya. Ini biasanya terjadi kepada semua lelaki. 

Selain itu, ereksi tidak cukup padat dan mudah hilang kekuatan dalam jangkamasa pendek pula sering terjadi kepada lelaki berumur.

Kajian mengenai pengalaman lelaki yang kerap onani turut mendapati ereksi mereka makin lama makin lemah dan tidak berdaya walaupun pada mulanya ia padat.

Ini disebabkan kemungkinan berlaku perubahan dalam otot zakar yang biasanya dapat mengekalkan darah di dalamnya tetapi kini tidak dapat berdaya tahan. 

Jika geselan dilakukan secara cepat atau laju, ereksi dapat dipadatkan. Namun geselan cepat pula membuatkan zakar hilang daya kawalan dan mudah klimaks lebih awal. 

Kajian turut mendapati lelaki lebih mudah klimaks dan tewas ketika bersama pasangan. Malah, masalah ini seakan-akan menjadi masalah biasa kepada lelaki. 

Hakikatnya, semua masalah itu boleh dikatakan berpunca daripada amalan onani yang dilakukan secara kerap atau kronik. 

Mungkin jika amalan itu dikurangkan dan lelaki melebihkan aktiviti yang membina kekuatan batin seperti melakukan senaman kemut atau Kegel (mencengkam otot kemut dan tahan cengkaman itu untuk beberapa saat) dan melakukannya seberapa banyak dalam seminit), sedikit sebanyak ia dapat membantu. 

Cuba lakukan senaman berkenaan secara kerap iaitu tiga hingga lima kali sehari. Kemungkinan dengan cara ini, tahap kepadatan otot kemut anda dapat mempertahankan daya ereksi. 

Di samping itu, saya sarankan lelaki mengamalkan gaya hidup sihat dan lakukan senaman berkala, elak merokok dan jauhi berat badan berlebihan. 

Mudah-mudahan kesihatan anda terkawal dan kekuatan fizikal menjadi sempurna, sekali gus menguatkan kekuatan batin. Yang perlu dipercayai, badan sihat akan menjamin kesihatan seksual yang berkekalan.

1. Merasakan ketegangan seksual dahulu, baru mencari pelepasannya 2. Secara naluri, dorongan seks membuat lelaki terangsang. Hal ini membuat...

hot-sale-mens-underwear-font-b-boxer-b-font-sexy-men-underwear-men-font-b-boxer1. Merasakan ketegangan seksual dahulu, baru mencari pelepasannya

2. Secara naluri, dorongan seks membuat lelaki terangsang. Hal ini membuatknya secara automatik berusaha mencapai orgasma.

3. Dalam tubuhnya, ada timbunan cairan mani yang menunggu dan mencari pelepasan

4. Saat teransang, lelaki akan berusaha “mengosongkan” timbunan cairan mani tersebut

5. Sifat seks lelaki berdasarkan ingin cepat meraba dan diraba bahagian kelakiannya.

6. Sangat mudah membuatnya terangsang, Maka dari itu mereka memerlukan bantuan utnuk melepaskan diri dari ketegangan itu.

7. Mereka ingin cepat-cepat melampiaskan nafsu seksnya

Menggeleskan tapak kaki dengan kepala zakar ketika zakar sedang tegang. Belajar supaya zakar tidak ngilu.

Menggeleskan tapak kaki dengan kepala zakar ketika zakar sedang tegang.
Belajar supaya zakar tidak ngilu.
images-7

Ketika kencing, lepaskan sedikit dan tahan untuk beberapa ketika dan kemudian lepaskan semuanya. Amalkan juga memandikan zakar dengan air ke...

Ketika kencing, lepaskan sedikit dan tahan untuk beberapa ketika dan kemudian lepaskan semuanya.
Amalkan juga memandikan zakar dengan air kencing (untuk menyederhanakan suhu zakar) kemudian basuh kembali dengan air bersih

Waktu pagi ketika zakar menegang dan sebelum kencing. Dengan menggunakan ibu jari, air liur dari langit-langit (berselawat secara 3 kali) se...

Waktu pagi ketika zakar menegang dan sebelum kencing.
Dengan menggunakan ibu jari, air liur dari langit-langit (berselawat secara 3 kali) secara sekali lalu di sapu ke atas kepala zakar menghala ke lubang kencing.
(dipercayai ia latihan ini akan menyegarkan kepala zakar dan mengurangkan rasa ngilu)

Mengurut dengan mencelahkan tangan yang bertentangan di celah kelengkang dan tangan tersebut menarik zakar. Turunkan kaki secara perlahan-la...

Mengurut dengan mencelahkan tangan yang bertentangan di celah kelengkang dan tangan tersebut menarik zakar.
Turunkan kaki secara perlahan-lahan sehingga zakar tertarik (lakukan semampu mungkin).
Ulangi tindakan yang sama di bahagian yang lain pula.
Selain daripada urutan dari pangkal hingga ke hujung zakar juga adalah  perlu.
Seelok-eloknya menggunakan minyak lintah tapa.

Amalkan minum air masak yang sejuk dan diminum waktu pagi. Tarik  nafas sebelum minum, tahan dan hembus ketika habis minum. Kepala berperana...

Amalkan minum air masak yang sejuk dan diminum waktu pagi.

Tarik  nafas sebelum minum, tahan dan hembus ketika habis minum.

Kepala berperanan dan bukannya gelas yang ditunggakkan.

Minum secara perlahan-lahan, paling sedikit 3 teguk. Boleh amalkan minum pagi  dengan air mati yang bercampur sedikit madu.

Ketika bangun tidur semasa zakar tegang, duduk dengan menemukan kedua belah tapak kaki. Tarik nafas sambil kedua belah tangan menekan lutut ...

mengapa-pria-terobsesi-pada-seks-300x200Ketika bangun tidur semasa zakar tegang, duduk dengan menemukan kedua belah tapak kaki.
Tarik nafas sambil kedua belah tangan menekan lutut (serapat mungkin dengan lantai dan semampu mungkin)
Gerakan ini disertai dengan kemutan.

Sexual health Sakit sebelah kiri dan pinggang terasa sengal or Backache, feeling pain on the left Pening kepala or Headache Mata terasa kabu...

Sexual health
Sexual health
  1. Sakit sebelah kiri dan pinggang terasa sengal or Backache, feeling pain on the left
  2. Pening kepala or Headache
  3. Mata terasa kabur or Blurry eye
  4. Air mani meleleh selepas kencing or Seminal ejaculation after
  5. peeing
  6. Selera makan berkurang or Low appetite
  7. Telur besar sebelah kiri dan masuk angin or bigger scrotum on the
  8. left
  9. Cepat keluar air mani or pre-mature ejaculation
  10. Badan sejuk or cold body

Bagaimana menjadi zakar anda panjang, besar dan tegang ? English :  How to get your penis to get bigger, longer and stiffer? Urut zakar anda...

Bagaimana menjadi zakar anda panjang, besar dan tegang? English : How to get your penis to get bigger, longer and stiffer?
images
Urut zakar anda dengan minyak lintah selama 40 hari untuk mendapat keputusan tapi perlulah mengurut mengikut arahan didalam produk minyak lintah ini dan mengikuti pantang larangnya.
Massage your penis with the oil for 40 days to get maximum result.
Practise your massage with instructions included in the products.

1. Bagi mengubati tanda-tanda atau gejala penyakit lemah tenaga batin serta usaha mencegahnya 2. Bagi mengubati atau mengelakkan gejala panc...

1. Bagi mengubati tanda-tanda atau gejala penyakit lemah tenaga batin serta usaha mencegahnya

2. Bagi mengubati atau mengelakkan gejala pancutan mani sebelum masa

3. Bagi membesar dan memanjangkan zakar. Mengikut maklumat pengetahuan Melayu dan Cina, zakar boleh menjadi lebih panjang dengan tambahan 1 atau 2 inci jika kena kaedah mengurutnya.

4. Bagi mempertingkatkan prestasi ketegangan zakar serta memecahkan lemak lendir dan angin yang menghalang pengaliran darah.

Seorang lelaki yang normal biasanya akan mendapati zakarnya mengeras pada waktu pagi ketika dia jaga dari tidur. Jika ini tidak berlaku pada...

Seorang lelaki yang normal biasanya akan mendapati zakarnya mengeras pada waktu pagi ketika dia jaga dari tidur.

Jika ini tidak berlaku pada dirinya (atau tidak lagi berlaku seperti masa-masa lalu), maka ada sesuatu yang tidak kena kepada kesihatan seksualnya atau zakarnya kurang aktif.

images-2Proses zakar bangun pagi ini sebenarnya menunjukkan bahawa zakar anda telah mendapat di antara 5 – 7 kali ketegangan (purata) ketika anda tidur, walaupun anda tidak menyedarinya. Setiap ketegangan mengambil masa di antara 10 – 15 minit.

Proses ini menolong zakar mengembang atau mengekalkan saiz dan kapasiti corpora cavernosa dan corpus spongosium. Prinsip yang sama ini adalah sebab mengapa seorang lelaki yang aktif kehidupan seksnya boleh mendapat zakar dengan ketengangan yang lebih besar. Ini berbeza dengan seorang yang sama ada terlalu kurang atau terlalu kerap aktiviti seksnya.

Kajian mendapati sewaktu kita tidur, hormon testosteron dalam sistem darah meningkat. Kebanyakan lelaki mempunyai tahap pusingan harian testosteron yang memuncak ini di antara pukul 4 dan 6 pagi. Ketika tahap testosteron paling tinggi inilah zakar mengeras.

Satu lagi teori mengatakan perkara ini terjadi kerana pada ketika ini zakar memperbaharui dan bernafas semula dengan oksijen secukupnya. Proses ini adalah normal. Malah seseorang yang tidak mendapati proses ini berlaku kemungkinan besar dia mengidap lemah tenaga batin atau mati pucuk.

Bagaimanapun, aktif dalam kehidupan seks sahaja tidak dapat memberikan seseorang itu proses tegang malam yang sempurna. Ia juga perlu juga sihat dari sudut fizikal yang lain, seperti cukup senaman, makan makanan yang berzat, sihat akal dan minda dan juga cukup masa untuk rehat dan tidur.

Bagi seorang lelaki yang tidak mendapat cukup keperluan itu semua, dia tidak mungkin mendapat proses tegang malam yang sempurna. Zakarnya juga tidak akan menegang dengan sebesar atau sekerasnya apabila diperlukan.

Namun demikian, tidak semua lelaki pasti jika zakarnya benar-benar telah melalui proses tegang malam yang biasa itu. Kadangkala atau kerapnya seorang lelaki yang sudah berusia 40 tahun ke atas tidak lagi mendapati zakarnya mengeras apabila ia jaga pada waktu pagi.

Bagaimanapun pada waktu malam sedang ia nyenyak tidur proses ini sebenarnya berlaku tanpa ia sedari. Satu cara yang biasanya dilakukan untuk mengenalpasti proses tegang malam ini benar berlaku ialah dengan kaedah melekatkan setem.

Caranya: dapatkan sekeping setem atau lebih (bergantung kepada saiz zakar anda ketika lembik) yang belum digunakan. Sebelum tidur, gulungkan setem tersebut di sekeliling zakar anda dan lekatkan hujungnya supaya ia kemas. Jangan poskan zakar anda tetapi tunggu hingga esok pagi dan lihat.

Jika setem itu koyak maknanya zakar anda telah melalui proses tegang malam sekurang-kurang sekali pada malam tersebut. Jika tidak, anda bolehlah poskan zakar anda (poslaju).

Kemuncak kepada proses tegang malam ini ialah apa yang biasa disebut overflow atau penglimpahan (air mani). Apabila kandungan mani sudah terlalu penuh di dalam kantung mani, proses penglimpahan ini akan berlaku, iaitu air mani akan terpancar dengan sendirinya ketika seorang itu sedang nyenyak tidur.

Proses penglimpahan ini juga biasanya diiringi dengan mimpi seks atau mimpi basah (wet dreams). Hal ini biasa berlaku kepada remaja lelaki seiring dengan proses akil baligh.

Mimpi seks adalah normal dan ia kerap berlaku ketika remaja dan menjadi berkurang apabila seseorang lelaki itu mempunyai aktiviti seks, seperti berkahwin (bersetubuh dengan pasangan) dan melancap.

SAYA mungkin mengalami masalah pancutan air mani. Pada pandangan doktor, adakah kadar kekuatan pancutan air mani mempengaruhi orgasm isteri?...

SAYA mungkin mengalami masalah pancutan air mani.

Pada pandangan doktor, adakah kadar kekuatan pancutan air mani mempengaruhi orgasm isteri?
SUAMI RUNSING

Pancutan air mani berlaku apabila lelaki itu mencapai klimaks atau kemuncak rangsangan seksual. Ketika dalam keadaan terangsang, semua otot yang terbabit dalam menjayakan penetrasi seperti otot lantai pelvis atau otot kemut serta otot lain otot punggung, otot belakang, otot paha dan semua otot badan berada dalam keadaan tegap dan aktif.


Sistem pancutan juga berada dalam keadaan mantap. Apabila seseorang lelaki mencapai klimaks, sistem pancutan menjadi aktif dan air mani terkeluar secara pancutan dengan cengkaman otot lantai pelvis atau otot kemut yang berlaku secara spontan.

Apabila lelaki itu cuba mengawal ejakulasi dengan hasrat melengahkan ejakulasi secara kemutan, daya ejakulasinya akan terbantut dan air maninya akan keluar secara meleleh.

Sistem pancutan turut menjadi kurang bersemangat apabila umur lelaki itu meningkat dan otot yang mengawal pancutan juga menjadi lemah akibat perubahan umur dan kurang daya fizikal.

Jika ingin mencapai ejakulasi lebih dinamik, lelaki itu perlu mengekalkan gaya hidup sihat seperti melakukan senaman berkala supaya otot badan menjadi kuat.

Paling tidak, cuba lakukan lakukan senaman kemut (senaman Kegel) dan elakkan mengemut ketika ejakulasi berlaku supaya daya pancutan lebih mantap.

SAYA ingin bertanya kepada doktor mengenai penggunaan ubat kuat seks atau krim seks. Adakah penggunaan ubat seperti ini akan mendatangkan ke...

SAYA ingin bertanya kepada doktor mengenai penggunaan ubat kuat seks atau krim seks. Adakah penggunaan ubat seperti ini akan mendatangkan kesan jangka panjang seperti masalah mati pucuk di kemudian hari? Sesuaikah ubat kuat digunakan ketika bersama isteri?

Untuk pengetahuan doktor, saya mengalami masalah klimaks yang sangat cepat. Paling lama saya mampu bertahan untuk tiga hingga tujuh minit saja. Harap doktor dapat memberi ulasan mengenai produk yang saya nyatakan tadi. Terima kasih.

ZAIMI, Kajang

Anda mungkin tahu bahawa bukan anda seorang saja yang mengamalkan penggunaan krim seks atau ubat kuat. Sebenarnya, lebih ramai lelaki kerap mengamalkannya untuk tujuan yang sama tanpa mengira kesan sampingan atau kesan jangka panjang yang boleh berlaku kepada kesihatan mereka dan pasangan.

Anda mengamalkan bahan berkenaan kerana mahu beraksi lama. Anda juga hanya mampu bertahan tiga hingga tujuh minit apabila beraksi dan anda percaya masa itu tidak cukup atau tidak normal seperti orang lain.

Sebenarnya, untuk melayari bahtera suami isteri, seseorang itu perlu mempunyai kesihatan yang baik, tahap fizikal dan stamina yang mantap.

Selain itu anda perlu mempunyai daya kawalan minda yang kukuh supaya dapat mengawal diri daripada ejakulasi cepat atau dapat mengawal ejakulasi sehingga pasangan anda mencapai kemuncak.

Pendek kata, apa yang jelas mengenai kemampuan syahwat dan daya aksi seksual dengan pasangan ialah minda yang cergas, daya tumpuan yang kukuh, tubuh badan yang sihat dan daya kawalan beraksi ketika bersetubuh.

Krim, ubat kuat atau makanan tambahan hanya berfungsi sebagai bahan sokongan, itupun jika ia benar-benar berkesan. Kebanyakan produk dalam pasaran tidak pernah dikaji dan hampir keseluruhannya mengandungi bahan kimia terlarang yang boleh menyebabkan masalah kesihatan.

Anda perlu berwaspada dengan iklan ubat kuat atau krim ajaib yang kononnya dapat membantu melewatkan ejakulasi. Mengenai masalah cepat klimaks, definisi sebenar ialah apabila ejakulasi berlaku lebih awal daripada yang diharapkan atau apabila ejakulasi berlaku kurang seminit dari peringkat ereksi masuk dan pencapaian ejakulasi.

Jadi tiga hingga tujuh minit itu dikira normal jika masa yang anda kira itu bermula dari saat memasukkan ereksi sehingga ejakulasi berlaku.

Jika anda mengira dari mula beraksi, termasuk aksi pemanasan dan penetrasi, masa itu boleh dikira agak cepat. Anda perlu memahami dan mempelajari teknik persetubuhan yang tepat.

Contohnya, tekanan kepada penghujung kemaluan dikurangkan dengan cara mengekalkan ereksi di dalam kemaluan isteri tanpa dikeluarkan, sambil meningkatkan geselan bahagian pangkal kemaluan ke langit kemaluan isteri. Ia dikenali sebagai 'Coital Alignment'.

Cara ini dapat mengurangkan geselan hujung zakar dan secara langsung dapat memanjangkan aksi hubungan suami isteri. Jika penghujung zakar amat sensitif, mungkin dengan cara menggunakan gel 'local anaesthetic' (pengebas) dapat membantu mengurangkannya.

Krim pengebas yang dijual di luar sana sebenarnya tidak tulen. Hakikatnya, ia hanya sejenis ubat peradang kulit dan tidak selamat untuk digunakan secara kerap. Anda boleh dapatkan gel pengebas daripada doktor.

SAYA lelaki berusia 27 tahun dan mempunyai saiz zakar sepanjang empat inci. Untuk pengetahuan doktor, saya inginkan kemaluan yang lebih besa...

SAYA lelaki berusia 27 tahun dan mempunyai saiz zakar sepanjang empat inci.

Untuk pengetahuan doktor, saya inginkan kemaluan yang lebih besar.
Adakah pengambilan 'Vimax pills' benar-benar berkesan bagi membesarkan zakar dan bolehkah ia didapati di farmasi?

LIM
Pulau Pinang


Sepuluh tahun lalu, Persatuan Kajian Impotensi Antarabangsa (International Society of Impotence Research atau ISIR) menubuhkan satu jawatankuasa untuk meninjau sejauh mana keberkesanan kaedah dan pendekatan rawatan yang dipaparkan oleh organisasi dan agensi produk kesihatan melalui laman web mereka.

Mengikut jawatankuasa berkenaan, maklumat diberi sebilangan besar daripada laman itu mengelirukan dan tidak boleh diterima secara saintifik kerana tiada kajian mengenai kaedah dan pendekatan untuk pembesaran anggota kelamin lelaki yang dipaparkan.

Jawatankuasa itu menyatakan, masalah berkaitan saiz dan bentuk anggota kelamin lelaki adalah isu yang perlu diberi perhatian. Mereka berpendapat ramai lelaki yakin mengalami masalah berkenaan dan perlu rujuk kepada doktor yang diiktiraf bagi menjalani pemeriksaan dan mendapat bimbingan dan rawatan.

Malangnya mesej ini tidak sampai kepada anda di luar sana dan juga kepada semua lelaki yang tidak yakin mengenai saiz dan bentuk anggota kelamin mereka walaupun anggota itu normal daripada segi baka dan keturunan.

Kembali kepada produk herba 'Vimax' yang kononnya dapat bantu memantapkan anggota kelamin lelaki, boleh dikatakan kekuatan produk itu terletak kepada 'strategi pemasarannya' saja.

Produk ini tidak dikaji dengan baik. Jika anda benar-benar mengalami isu saiz atau tidak yakin dengan bentuk anggota kelamin anda, anda perlu rujuk kepada doktor.

Anda menyatakan anggota kelamin anda kecil ketika ereksi dan anda tidak yakin anda boleh memuaskan pasangan anda selepas berkahwin kelak.

Bagaimanapun, anda boleh membayangkan situasi apabila anggota kelamin dibesarkan secara luar biasa. Kesannya, anda pasti sukar berlari atau berjalan cepat kerana terasa sakit di bahagian tundun yang menampung anggota kelamin.

Jika anda tidak percaya, tanyalah lelaki yang menjalani proses pembesaran alat kelamin secara suntikan. Jika berlaku keradangan, anggota kelamin kelihatan besar dan berat serta mempunyai benjolan di keliling zakar.

Secara amnya, pembesaran zakar secara suntikan tidak bagus dan lebih mendatangkan pelbagai kesan negatif. Jika anda masih berhajat, saya sarankan anda mendapatkan pandangan doktor terlebih dulu dan ikuti kaedah disarankan.

SAYA terbaca di Internet mengenai pembuluh buah zakar atau varises buah zakar. Adakah ia berbahaya atau boleh menyebabkan kemandulan? Baga...

SAYA terbaca di Internet mengenai pembuluh buah zakar atau varises buah zakar. Adakah ia berbahaya atau boleh menyebabkan kemandulan? Bagaimana ia boleh berlaku dan sekiranya seseorang mengalaminya, bagaimana kaedah rawatan yang perlu diambil oleh pesakit. Bolehkah ia sembuh?


Zul, Johor

Pembuluh vena yang menerima darah dari tisu dalam buah zakar menyalurkan darah ini kembali ke dalam sistem penyaluran darah boleh mengembang dan memuntal apabila takungan darah mendap dan berkumpul dalamnya apabila sistem penahanan (valve) dalam vena itu tidak dapat menolak darah kembali ke dalam sistem penyaluran darah.


Apabila ini berlaku pembuluh vena kepada buah zakar itu akan mengembang dan kelihatan terjojol. Apabila keadaan ini berpanjangan, tisu buah zakar akan terdedah kepada kepanasan dan ini boleh membuatkan kilang sperma terencat dan tidak dapat menghasilkan sperma yang berkualiti.


Keadaan ini dikenali sebagai 'varicocele' dan ia boleh berlaku kepada kedua dua pembuloh vena buah zakar. Kemungkinan ia berlaku dalam kehidupan lelaki itu ialah antara 15 hingga 20 peratus.

Kemungkinan varikosel berlaku kepada pembuluh vena buah zakar kiri ialah 80 peratus. Biasa perkara ini bukan isu kecuali lelaki itu sudah berkahwin dan belum lagi dikurniakan cahaya mata dan kebetulan isterinya tiada masalah kesuburan dan ujian air maninya menunjukkan masalah kepada kedudukan profil spermanya.

Jika ini berlaku, cara yang bijak ialah untuk lelaki itu berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan dan rawatan untuk mengatasi masalah kemendapan darah vena itu, melalui pembedahan mengikat salur vena yang sudah kembang itu.

Sekiranya masalah sperma itu akibat kepanasan, maka cara yang dilakukan itu sudah tentu akan memulihkan keadaan. Jarangkali pembuluh vena baru yang muncul setelah vena yang kembang itu diikat, mengembang kembali dan membuatkan perkara itu berulangi.

Apabila situasi ini berlaku dan lelaki itu didapati ada masalah sperma, maka varikosel yang kembang itu perlu diikat supaya kilang sperma kembali aktif. Ada sebilangan lelaki yang mengalami varikosel kepada kedua dua buah zakar dan mempunyai masalah kesuburan.

Pembedahan yang sama juga akan dicadangkan dengan harapan profil sperma dapat dipulihkan. Boleh juga berlaku profil sperma masih kekal bermasalah dengan kualiti sperma yang merosot walaupun varikosel sudah dirawati.

Ada juga kes profil sperma normal walaupun lelaki itu mengandungi varikosel. Pendek kata, varikosel ini hanya dikendalikan apabila kesuburan lelaki itu tergendala.

Jika kualiti sperma normal dan dia tiada apa apa masalah, tiada sebab kenapa dia perlu jalani pembedahan varikosel.

SAYA mempunyai seorang anak lelaki berusia empat tahun empat bulan (sekarang memasuki tadika usia 5 tahun). Anak saya selalu mengalami tegan...


SAYA mempunyai seorang anak lelaki berusia empat tahun empat bulan (sekarang memasuki tadika usia 5 tahun). Anak saya selalu mengalami tegang di kemaluannya (zakar), dan dia tidak selesa dengan keadaannya itu.

Jadi, anak saya selalu memegang kemaluannya supaya zakarnya dapat turun. Untuk pengetahuan doktor, anak saya pernah menjalani pembedahan hernia semasa umurnya dua tahun.

Soalan saya, Adakah perkara ini normal pada kanak-kanak seperti anak saya? Apakah yang menyebabkan keadaan ini berlaku dan adakah keadaan ini dapat dipulihkan dan bagaimana?

Ibu Resah


Ereksi spontan boleh berlaku kepada semua lelaki baik muda, mahu pun yang tua, cuma tahap, kekuatan dan masa ereksi berbeza.

Sedangkan bayi lelaki dalam rahim ibu pun boleh mengalami ereksi dan kadangkala doktor yang melakukan ujian imbasan dapat memastikan jantina bayi dalam rahim ibu melalui ereksi spontan bayi lelaki.

Anda tidak perlu bimbang yang anak anda mudah sangat mencapai ereksi. Dengan dia memegang ereksinya tidak akan menimbulkan masalah dan anda tidak perlu melakukan apa-apa kecuali membiarkannya berlaku.

Lambat-laun dia tidak akan menumpukan perhatiannya kepada ereksinya apabila perkara itu menjadi biasa, lebih lagi jika anda tidak mengingatkannya tentang perkara itu.

Jadi ereksi spontan yang berlaku kepada kanak-kanak kecil seperti anak anda, itu perkara normal dan bukan penyakit. Biarkan sahaja dan keadaan akan menjadi biasa.

Berkaitan dengan angin pasang yang anak anda alami dan sudah pun menjalani pembedahan pemulihan, perkara itu tiada kaitan dengan perilaku dia memegang dan mudah mencapai ereksi spontan.

Secara kebetulan, komunikasi atau jalanan antara kerandut dan perut kekal setelah buah zakar itu masuk ke dalam kerandut dari tempat asalnya, iaitu berdekatan buah pinggang dalam perut ketika bayi lelaki itu masih dalam perut ibu.

Apabila jalanan itu kekal, ketulan usus boleh termasuk dan bahagian itu akan terjojol apabila bayi itu menangis. Apa yang doktor lakukan itu iaitu melakukan pembedahan pemulihan, menutup jalanan dan memasukkan usus kembali ke dalam perut, memang tepat sekali.

GOLONGAN lelaki sering menghadapi masalah lemah pancutan air mani. Malah, kebanyakannya turut mengalami masalah sukar mencapai kemuncak rang...

GOLONGAN lelaki sering menghadapi masalah lemah pancutan air mani. Malah, kebanyakannya turut mengalami masalah sukar mencapai kemuncak rangsangan seksual.

Bagi golongan Adam, ia menjadi masalah berat kerana tidak dapat berasa kepuasan seks ketika bersama isteri dan rata-ratanya juga tidak menemui jalan penyelesaian.


Ini semua mungkin berlaku kerana beberapa perkara seperti mengalami masalah kegagalan klimaks (retarded ejaculation atau anejaculation), klimaks tanpa ejakulasi (mental climax without ejaculation) atau ejakulasi yang berlaku dalam pundi kencing (retrograde ejaculation).

Sesetengah lelaki hanya boleh mencapai klimaks dengan cara onani kerana dengan cara itu dia dapat menghayati imaginasi seksnya. Begitupun, ketika bersama, perasaan berkenaan sukar diperoleh dan dalam masa sama, si isteri tidak dapat mengandung.


Secara ringkas, lelaki seperti ini hanya dapat mencapai ejakulasi dengan onani dan tidak dengan persetubuhan! Ini terjadi kerana mungkin lelaki berkenaan sering melakukan onani ketika zaman bujangnya dan ia antara risiko yang perlu dihadapi lelaki.


Kerana itu, onani tidak digalakkan kerana pengamalnya boleh terikat dengan 'keseronokan' tersendiri yang boleh mengganggu hubungan intim seksual dengan isterinya. Perkara sama juga boleh berlaku kepada wanita yang hanya dapat kepuasan atau kemuncak syahwat dengan menggunakan tangan atau alat lain tetapi tidak melalui hubungan seksual dengan suami! Jika pancutan dan ejakulasi tidak dilakukan di dalam faraj, sukar untuk mendapatkan cahaya mata. Bagaimanapun, jika air mani dapat disalurkan ke dalam faraj dengan cara menyemburkan air mani dalam faraj menggunakan picagari, kemungkinan besar isteri dapat mengandung. Begitupun, ia bukan mudah dilaksanakan, sebaliknya perlu dilakukan ketika isteri dalam subur dan sperma normal.

Jika dengan cara ini pasangan berkenaan masih gagal menimang cahaya mata, anda perlu menjalani pemeriksaan kesuburan.


Berbalik kepada keadaan lelaki yang tidak dapat melakukan ejakulasi, pastinya hubungan suami isteri menjadi hambar dan sia-sia.