Download Video Cara Jelqing
* Untuk 18 tahun keatas sahaja
batang zakar, batang pelir, batang konek semua adalah benda yang sama. Kemaluan lelaki. Batang Zakar terdiri dari banyak jenis. Ada batang zakar panjang ada batang zakar pendek. Ada batang zakar lurus ada batang zakar bengkok.
Rahsia Batin | SPA untuk lelaki
FB/Wechat/Instagram/Link: abeurut | wasap: http://abeurut.wasap.my
Download Video Cara Jelqing Video Cara Jelqing * Untuk 18 tahun keatas sahaja
Download Video Cara Memeriksa Kesihatan Buah Zakar Video Cara Memeriksa Kesihatan Buah Zakar Part 1 Video Cara Memeriksa Kesihatan Buah Zaka...
Download Video Cara Memeriksa Kesihatan Buah Zakar
Video Cara Memeriksa Kesihatan Buah Zakar Part 1
Video Cara Memeriksa Kesihatan Buah Zakar Part 2
** Untuk 18 tahun keatas sahaja!
P ROSTATE CANCER Introduction:- Prostate is a glandular organ present only in males. It surrounds the neck of bladder & the first part o...
PROSTATE CANCER
Introduction:-
Prostate is a glandular organ present only in males. It surrounds the neck of bladder & the first part of urethra and condributes a secretion to the semen. The gland is conical in shape and measures 3 cm in vertical diameter and 4 cm in transverse diameter.It has got five lobes anterior,posterior,two lateral and a median lobe.Since the first part of the urethra pass through it any lesion in the prostate will produce difficulty in passing urine.
Diseases of the prostate gland:-
1) Prostatitis:-
This is the inflamation of the prostate gland due to bacterial infection.
2) Benign enlargement of the prostate:-
This is a non cancerous tumour of the prostate seen after the age of 50. 3,Cancer of the prostate:-This is the 4th most common cause of death from malignant diseases in males.
Cancer of the prostate.
Cancer of the prostate is directly linked with the male sex hormones(androgens).If the levels of sex hormone increases the growth rate of cancer also increases.It is found that after the removel of testes there is marked reduction in the size of tumour.
Site of tumour:-
Prostate cancer is seen mainly in the posterior lobe.Non cancerous enlargement is seen in other lobes.
Changes in the gland in cancer:-
The gland becomes hard with irregular surface with loss of normal lobulation .Histologically prostate cancer is an adeno carcinoma(cancer of the epithelial cells in the gland)
Growth :-
Growth rate is very fast in prostate cancer .The tumour compresses the urethra and produce difficulty in urination.
Spread of tumour:-
Metastasis in cancer of prostate is very early.
1) Local spread:-
From the posterior lobe the cancer cells go to the lateral lobes and seminal vesicles.Tumour cells also move to the neck and base of the urinary bladder.
2) Lymphatic spread:-
Through the lymph vessels cancer cells reach the internal and external illiac group of lymph nodes.From there cells move to retroperitonial(Behind the peritonium) and mediastinal lymph nodes(in the chest)
3) Spread through the blood:-
Spread of cancer cells takeplace through the periprostatic venous plexus and reaches the vertebral veins while coughing and sneezing and finally enders the vertebral bodies of the lumbar vertebrae.
Signs and symptoms of prostate cancer:–
Signs and symptoms depend upon the stage of the cancer. The following symptoms may be seen.
1) No symptoms:-
Tumour is small and only in the posterior lobe. This is diagnosed accidentely.
2) Slight difficulty in urination:-
Here the tumour is enlarged and urethra is slightly compressed.Shortly there will be frequent urge for urination with difficult urination.
3) When the tumour spread to all nearby areas including neck of bladder and urethra there will be painful urination with bleeding.Urine comes drop by drop.
4) Retention of urine:-
When the urethra is completely compressed there will be retention of urine.This can lead to hydronephrosis, renal failure ect.In this condition patient may get convulsions due to renal failure and finally coma.
5) Signs of metastasis:-
Some patients come with the signs and symptoms of metastasis.
a) Lumbo sacral pain due to spread of cancer cells to lumbar and sacral vertebrae.
b) Fracture of spine due to cancerous growth in the spine.
c) Swelling, pain and fluid collection in the abdomen due to lesion in the abdomen.
d) Respiratory complaints due to cancer of mediastinal lymphnodes and lungs.
e) General weakness due to spread of cancer to different parts of the body.
f) Anaemia due to involment of bone marrow and increased destruction of RBCs.
Clinical examination :-
Includes per rectal examination to feel the prostate gland,palpation of abdomen to feel the swelling in kidneys and any tumours.Patient is examined from head to foot to find out any lesions.
Investigations:-
1) Complete blood investigations;-
RBC,WBC,Platlets,ESR,bleeding time ,clotting time ect.
2) Urine analysis:-
Microscopic examination to detect pus cells,occult blood,casts,Crystals ect.
3) Renal function tests:-
Blood urea level,serum creatinine level,electrolyte level ect.
4) Serum acid phosphatase:-
Increased in cancer of prostate.
5) x-ray of the spine:-
To detect any tumour or fracture.
6) Ultra sonography;-
Gives idea about prostate,bladder,kidney ect.
7) C T scan:-
More detailed information about organs and tumour.
8) MRI of the spine:-
Gives detailed information about spine ,disc and nearby soft tissues.
9) Lymphangiography:-
Gives idea about lymphatic spread of cancer.
10) Biopsy to confirm cancer:-
Biopsy is taken from the tumour and is send for histopathological examination under the microscope.This will detect the presence of cancer cells.
Treatment:-
1) If there is retention of urine catheterisation is needed.
2) Dialysis if kidney failure.
3) If there is coma monitoring of all vital functions along with parentral nutrition and electolyte supply.
4) Specific treatment is prostatectomy(removal of prostate)
Partial prostatectomy :-
Here only the affected lobe is removed.
Radical prostatectomy :-
Total removal of prostate along with nearby lymphnodes.
5, Hormone therapy :-
Stilbestrol is given to reduce tumour growth.Since this treatement increases the chance for cardiovascular disease phosphorylated diethyle stilbesterol is used nowadays.
6) Chemotherapy:-Drugs like cyclophosphamide, cisoplatim ect are given.
7) Radiotherapy is also done for some cases.
8) Homoeopathy:-
Homoeopathic drugs like carcinocin, conium, sabal, crotalus, thuja, iodum, selinium, staphysagria, sulphur ect can be given according to symptoms.Constitutional homoeopathic medicine will give great relief and can increase the life span.
9) Yoga and meditation is also healpful.
Sebagai seorang perempuan yang telah dewasa perlulah untuk mengetahui mengenai kekuatan dan jenis jenis zakar lelaki idamannya. Jika tidak k...
Sebagai seorang perempuan yang telah dewasa perlulah untuk mengetahui mengenai kekuatan dan jenis jenis zakar lelaki idamannya. Jika tidak kepuasan dalam bersenggama agak sukar untuk dicapai atau diperolehi. Ini adalah penting untuk mengekalkan ikatan perkahwinan dan kesejahteraan dalam rumahtangga hingga ke akhir hayat nanti.
Berikut ini kategori jenis zakar atau penis lelaki dan kekuatan daya tahannya :
• Penis membesar tetapi tidak mengeras.
• Memerlukan rangsangan seksual yang panjang dan lama agar penis dapat berereksi
• Ereksi penis tidak dapat bertahan lama.
Zakar Jenis Timun
• Penis mengeras, tetapi tidak cukup untuk penetrasi.
• Penis bereaksi hanya terhadap rangsangan seksual tertentu.
• Jangkamasa ereksi penis hanya beberapa minit saja.
Zakar Jenis Lobak
• Penis berereksi cukup keras untuk penetrasi.
• Penis cukup cepat bereaksi terhadap rangsangan seksual.
• Jangkamasa ereksi penis tidak terlalu lama.
Zakar Jenis Pisang
• Frekuensi ereksi cukup keras untuk penetrasi.
• Penis cepat bereaksi terhadap rangsangan seksual.
• Mampu mempertahankan ereksi yang keras hingga selesai berhubungan intim
• Penis mampu berereksi lagi dengan cepat setelah mencapai orgasme
Namun, hasil kajian ini tidak dapat menyebutkan kualiti, jangkamasa dan berapa kali penis boleh bereksi sepanjang malam. Hal ini perlulah dipandu uji.
KERANDUT TAK SEIMBANG, ALAT SULIT BENGKOK Soalan KEDUDUKAN buah zakar saya tidak seimbang di mana bahagian sebelah kanan terletak di bawah d...
KERANDUT TAK SEIMBANG, ALAT SULIT BENGKOK
Soalan
KEDUDUKAN buah zakar saya tidak seimbang di mana bahagian sebelah kanan terletak di bawah dan sebelah kiri ke atas sikit. Selain itu zakar saya bengkok ke kanan.
Adakah ia sesuatu yang normal? Jika tidak, bagaimana untuk menyembuhkannya?
AMAT
Kelantan
Jawapan
KEDUDUKAN buah zakar tidak seimbang adalah sesuatu yang normal. Kebanyakan lelaki memiliki buah zakar kiri yang sedikit ke bawah berbanding kanan dan kurang satu peratus lelaki mempunyai buah zakar seimbang.
Bagaimanapun, ada juga ketidakseimbangan yang terlalu ketara. Ia berlaku akibat angin pasang (hernia), air pasang (hidrosel), pembuluh darah buah zakar berpintal (varikosel) atau terdapat ketumbuhan cista.
Jika ini berlaku, lelaki berkenaan perlu segera berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan.
Kedudukan zakar yang bengkok juga perkara biasa terutama apabila ia menegang. Jika sebaliknya berlaku, besar kemungkinan terdapat masalah seperti kekerasan sebahagian zakar yang menyebabkannya tertarik oleh tisu yang keras itu.
Kadang-kadang zakar tertolak oleh buah zakar yang tertekan akibat angin pasang. Apabila angin pasang itu disembuhkan melalui pembedahan, kedudukan zakar akan kembali kepada kedudukan biasa.
Semua masalah yang saya jelaskan tadi dapat dikesan jika seseorang lelaki itu melakukan pemeriksaan sendiri terhadap buah zakar dan zakarnya. Amalan ini sebenarnya penting untuk kebaikan anggota tubuh dan jika boleh lakukannya sekali dalam sebulan.
Cara melakukannya dengan berdiri di depan cermin. Kemudian sentuh buah zakar dengan jari serta ibu jari. Jika ada sesuatu yang luar biasa, segeralah berjumpa doktor.
Jadilah lelaki yang cemerlang dan lakukan pemeriksaan sendiri untuk kesejahteraan anggota sulit anda. Jangan malu berjumpa doktor.
SEKS ORAL BOLEH BAWA MUDARAT Soalan APA yang dimaksudkan dengan seks oral? BURN Segamat, Johor Jawapan SEKS oral ialah rangsangan seksual te...
SEKS ORAL BOLEH BAWA MUDARAT
Soalan
APA yang dimaksudkan dengan seks oral?
BURN
Segamat, Johor
Jawapan
SEKS oral ialah rangsangan seksual terhadap alat kelamin menggunakan lidah, mulut dan bibir. Dari segi kesihatan, jangkitan boleh berlaku jika salah seorang mempunyai jangkitan. Apa yang penting ialah penjagaan kebersihan terutama di bahagian alat kelamin.
Jangkitan boleh berlaku jika alat sulit itu luka sebab tergigit. Jadi, elakkan ia daripada berlaku.
Ada yang berpendapat seks oral boleh menyebabkan kehamilan. Jawapannya tidak! Menelan air mani suami dengan kepercayaan bahawa ia boleh menyebabkan kehamilan adalah karut dan tidak digalakkan dalam Islam.
‘LEWAT SAMPAI’ KETIKA BERSAMA PASANGAN Soalan SAYA mempunyai tabiat buruk iaitu gemar beronani walaupun sudah berkahwin. Masalahnya ialah ap...
‘LEWAT SAMPAI’ KETIKA BERSAMA PASANGAN
Soalan
SAYA mempunyai tabiat buruk iaitu gemar beronani walaupun sudah berkahwin. Masalahnya ialah apabila beronani saya akan klimaks terlalu cepat, tetapi jika bersetubuh dengan isteri, klimaks saya agak lambat. Adakah saya kurang subur atau kurang rangsangan daripada isteri?
LELAKI KELIRU
Perak
Jawapan
NIKMAT yang dikecapi ketika onani berbeza berbanding melakukan persetubuhan dengan pasangan. Bagi mereka yang biasa dengan onani dan selesa dengan teknik sendiri untuk merangsangkan syahwat, mereka lebih seronok dengannya daripada bersetubuh dengan pasangan.
Kebiasaannya memang lelaki akan cepat klimaks ketika onani kerana dia yang mengawal pergerakan zakar. Selain itu dia tahu kawasan paling sensitif pada zakar dan merangsangkannya hingga klimaks.
Ia berbeza jika dia bersetubuh dengan pasangan. Rangsangan yang biasa membolehkan klimaks dengan onani tidak sama jika bersetubuh, jadi dia perlu tumpukan sentuhan lain yang membolehkannya mencapai klimaks dengan pasangan.
Ini akan memakan masa dan kadangkala boleh membosankan kedua-dua pasangan jika terlalu lama dan letih!
Masalah ini bukan masalah kesuburan atau kurang rangsangan daripada pasangan. Sudah tentu individu itu seronok dan terangsang dengan isteri, tetapi dia tidak dapat rangsangan yang dapat mencetuskan klimaks yang dia biasa dapat dengan onani.
Mungkin jika mendapat kerjasama isteri untuk melakukan rangsangan yang memudahkannya klimaks, masalah itu akan dapat diatasi. Memang mustahak untuk pasangan kelamin bekerjasama dan berkomunikasi untuk menjayakan hubungan intim seksual yang lebih mengghairahkan antara mereka.
Soalan SAYA berusia 38 tahun dan sudah lebih dua tahun berkahwin, tetapi belum dikurniakan cahaya mata. Baru-baru ini saya menjalani pemerik...
Soalan
SAYA berusia 38 tahun dan sudah lebih dua tahun berkahwin, tetapi belum dikurniakan cahaya mata.
Baru-baru ini saya menjalani pemeriksaan kesuburan dan doktor memberitahu air mani saya tiada sperma. Puncanya buah zakar saya rosak dan saiznya mengecut daripada normal.
Doktor berkenaan tidak pasti punca kerosakan buah zakar saya, tetapi bagi saya mungkin berpunca daripada memakai seluar ketat.
Doktor itu berterus terang mengatakan saya tiada harapan untuk mendapat zuriat sendiri. Bagaimana pendapat doktor?
TERUNG
Kuala Lumpur
Jawapan
SIAPA yang tidak mahukan anak? Lebih-lebih lagi daripada zuriat sendiri. Jika diizinkan Tuhan, segala impian itu akan termakbul.
Adalah penting bagi mana-mana pasangan yang lama berkahwin berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan sekiranya isteri masih belum hamil.
Pemeriksaan yang akan dilakukan kepada suami ialah pemeriksaan fizikal untuk mengetahui sama ada anggota reproduktif suami sihat atau tidak. Selepas itu ujian air mani akan dilakukan untuk mengetahui sama ada dia mampu menghasilkan sperma atau tidak.
Sperma itu pula akan diperiksa sama ada ia sihat, berbentuk normal, aktif dan bilangannya mencukupi. Jika perlu pemeriksaan susulan seperti ujian hormon dan pembedahan kecil akan dilakukan kepada buah zakar (testicular biopsy) untuk mengambil secebis tisu bagi meneliti kilang sperma sama ada ia normal atau tidak.
Biasanya ujian air mani dilakukan berulang dalam tempoh beberapa minggu. Jika pada ujian kali ketiga masih tiada sperma, sahlah air mani itu tidak mengandungi sperma.
Oleh itu, pemeriksaan susulan seperti penyukatan hormon kesuburan FSH akan dilakukan dan jika perlu pembedahan biopsi buah zakar juga perlu dilakukan. Jika semua ujian ini menunjukkan kilang sperma tiada atau rosak, kemungkinan mendapat zuriat sendiri memang tiada.
Pemeriksaan kedua-dua buah zakar dengan menggunakan alat Orkidometer atau alat pengukur buah zakar dapat memberi gambaran mengenai kedudukan buah zakar itu dari segi kemampuan kilang sperma.
Ukuran kurang dari 12 cc menandakan ia mempunyai masalah. Kadang-kadang isi padu buah zakar normal tetapi tiada sperma. Keadaan sebegini memerlukan pemeriksaan susulan seperti ujian tahap hormon FSH dan kadang-kadang pembedahan biopsi buah zakar untuk mengenalpasti kedudukan kesuburan lelaki itu.
Punca kenapa lelaki itu tidak subur atau tidak menghasilkan sperma memang banyak. Antaranya, masalah baka dan ia memang sukar dipulihkan.
Kerosakan buah zakar juga boleh berlaku akibat kecederaan. Selain itu jangkitan kuman dan virus (seperti virus beguk) boleh mengakibatkan keradangan dan kerosakan kilang sperma. Pendedahan kepada bahan kimia seperti racun rumpai, racun serangga (DDT), pancaran sinar-x dan kimia anti kanser juga boleh merosakkan buah zakar.
Begitu juga dengan buah zakar yang terdedah kepada suhu tinggi seperti bahang dari alat kimpalan atau ketuhar. Sebahagian besar sebab kilang buah zakar rosak tidak diketahui.
Memang sukar mengesan masalah sebenar. Bagaimanapun jika tiada penawar, kedua-dua pasangan boleh mengambil anak angkat.
JARANG terdengar pasangan menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum melangsungkan perkahwinan, kecuali jika mereka was-was mengenai tahap kesi...
JARANG terdengar pasangan menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum melangsungkan perkahwinan, kecuali jika mereka was-was mengenai tahap kesihatan yang boleh mempengaruhi perkahwinan secara negatif.
Jadi, tidak mustahil ada individu menjalani pemeriksaan tertentu untuk mengenal pasti tahap kesihatan. Lelaki yang ada masalah atau gangguan ereksi akan berasa was-was untuk berkahwin kerana takut tidak dapat melakukan hubungan seksual dengan pasangan.

Ada yang khuatir mengenai saiz dan bentuk Pelir, takut tidak dapat memuaskan pasangan dan ada yang takut dirinya mandul kerana hanya ada satu atau tiada buah Pelir dalam kerandut. Ada pula yang bimbang kerana ada buah Pelir kecil atau mempunyai varikosel (pembuluh darah berpintal).
Semua keraguan ini perlu mendapat perhatian sewajarnya dan bukan sekadar memikirkannya. Jumpa doktor pakar dalam pengendalian masalah itu.
Mati pucuk bererti lelaki itu tidak mampu mencapai ereksi yang mencukupi dan kekal untuk memasukkannya ke dalam faraj pasangan.
Lelaki yang mati pucuk ada perasaan dan nafsu syahwat. Dia rasa tertekan kerana tidak dapat melakukan perkara yang menyeronokkannya dan tidak hairan jika dia mengalami perubahan mood dan tingkah laku negatif.
Jarang lelaki muda mengalami mati pucuk. Jika ia berlaku, mungkin ada masalah kesihatan yang terselindung dan elok dia berjumpa doktor untuk pemeriksaan dan rawatan.
Kini rawatan moden dapat membantu sebilangan besar lelaki mati pucuk. Rawatan tradisional seperti urut tidak berkesan, malah memudaratkan. Jangan percaya pada kefahaman karut dan khurafat kononnya mati pucuk akibat buatan orang.
Yang mustahak, lelaki yang mengalami mati pucuk perlu memahami dia tidak bersendirian dalam masalah ini.
Kajian di Malaysia mendapati 2.3 juta lelaki Malaysia berumur 40 tahun dan ke atas mengalami mati pucuk dan angkanya mungkin lebih jika turut dimasukkan jumlah lelaki yang muda. Soalnya, jangan mendiamkan diri, sebaliknya dapatkan bantuan doktor.
Mati pucuk boleh mengakibatkan masalah kesuburan kepada pasangan kelamin kerana suami tidak dapat memasukkan ereksi ke dalam faraj isteri untuk menyalurkan air mani yang mengandungi sperma.
Jika air mani dapat dimasukkan ke dalam faraj perempuan sama ada doktor yang melakukannya melalui prosedur penyemaian mani berhadas (artificial insemination husband) atau suami itu sendiri (mengeluarkan air mani secara onani dan menyuntiknya ke dalam faraj dengan alat penyuntik tanpa menggunakan jarum).
Pelir yang tidak stim pun boleh terpancut air mani jika dirangsang. Wanita yang prihatin mengenai hal ehwal kesihatan pasangan atau kawan, tidak salah untuk memberi sokongan dan motivasi kepada kawan atau pasangan supaya mereka berjumpa doktor untuk pemeriksaan.
MINGGU ini, saya ingin menjawab satu soalan mengenai kegagalan seorang pesakit mendapatkan zuriat kerana masalah Azoospermia atau tiada sper...
MINGGU ini, saya ingin menjawab satu soalan mengenai kegagalan seorang pesakit mendapatkan zuriat kerana masalah Azoospermia atau tiada sperma. Mungkin juga masalah ini dapat dikongsi semua pasangan yang gagal mendapatkan cahaya mata.
Seorang pesakit menghubungi saya dan menyatakan dia gagal menimang cahaya mata selepas lima tahun berkahwin. Dia pernah membuat pemeriksaan ujian air mani dan didapati tiada sperma di dalam air maninya.
Selepas memakan ubat diberi doktor selama seminggu, pesakit ini kembali berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan, namun keputusannya masih sama. Doktor turut memeriksa salur atau ‘tiub’ sperma dan mendapati ia tidak tersumbat.
Sebenarnya, ketiadaan sperma dalam air mani bukan disebabkan salur atau tiub air mani tersumbat, sebaliknya akibat kerosakan buah zakar yang mengeluarkan sperma.
Begitupun, untuk mengenal pasti jika salur air mani tersumbat, isi padu air mani akan berkurangan kepada satu mililiter (ml). Ini petanda bahawa salur sperma tersumbat.
Namun, jika isi padu air mani lebih daripada itu, masalah ketiadaan sperma dalam air mani tidak ada kaitan dengan saluran terbabit.
Ini mungkin disebabkan buah pelir anda rosak atau tidak dapat menghasilkan sperma. Jika kebetulan saiz buah pelir anda melebihi 12ml mengikut ukuran dengan alat pengukur buah pelir seperti ‘Prader’s Okidometer’, doktor boleh melakukan pembedahan kecil untuk mengambil secebis tisu daripada kedua-dua buah pelir anda untuk mengenal pasti jika kilang sperma berfungsi atau sebaliknya.
Jika didapati kilang sperma tidak aktif dan tiada sperma dalam kilang terbabit atau dalam salur dalaman buah zakar, ia menjadi masalah besar kerana anda tidak mungkin dapat menghamilkan pasangan. Untuk itu, anda tiada peluang memiliki cahaya mata.
Malah setahu saya, anda juga tiada peluang mendapat anak melalui proses benih derma atau ‘donor sperm’. Oleh itu, cara terbaik adalah dengan mengambil anak angkat.
Bagaimanapun, jika ujian pengambilan tisu buah zakar dan kaedah menyedut keluar sperma daripada salur sperma kecil dalam buah pelir menemui beberapa sperma separa matang, ia boleh disuntikkan ke dalam telur isteri untuk mendapat embrio atau hasil cantuman telur dengan sperma, yang mana ia boleh dimasukkan ke dalam rahim.
Jika kebetulan percantuman berlaku, kemungkinan isteri anda boleh hamil. Untuk memastikan kaedah ini boleh dilakukan, anda perlu merujuk kepada pakar kesuburan di kawasan tempat tinggal anda.
Saranan saya, Allah maha Kuasa. Jangan putus asa. Teruskan usaha mendapatkan cahaya mata. Kini dengan melayari internet, anda boleh mendapat banyak maklumat dan kemudahan perawatan kesuburan.
SAYA berumur 27 tahun dan zakar hanya berukuran empat inci ketika ereksi. Saya pernah menggunakan produk pembesaran zakar iaitu ‘pro extende...
SAYA berumur 27 tahun dan zakar hanya berukuran empat inci ketika ereksi. Saya pernah menggunakan produk pembesaran zakar iaitu ‘pro extender’ yang dibeli di stokis, tetapi pangkal zakar sakit selepas hampir dua bulan menggunakannya walaupun hanya dipakai pada waktu malam.
Paling menghairankan, zakar saya tidak mengalami perubahan dengan penggunaan alat terbabit.
JEJAKA RUNSING
Kuala Lumpur
Anda membuat keputusan menambah saiz anggota kelamin menggunakan alat regangan otot tiruan tanpa merujuk kepada doktor atau pakar kaedah regangan otot. Anda boleh teliti profil pakar dan rujuk di laman www.andromedical.com sebelum membeli alat regangan otot zakar.
Ada kemungkinan alat yang anda beli adalah palsu. Jangan terkejut kerana alat ini banyak dalam pasaran dan Internet.
Adakalanya laman web pelbagai nama turut menggunakan nama pakar atau nama doktor, seolah-olah menggambarkan pakar atau doktor terbabit menyokong alat berkenaan.
Adakalanya mereka menunjukkan gambar tulen tetapi menjual alat tiruan. Sudah berkali-kali saya jelaskan perkara ini tetapi masih ada yang tertipu.
Jika melayari www.andromedical.com anda dapat melihat beberapa jenis alat regangan otot zakar dan ia direka bentuk untuk mengendalikan masalah tertentu berkaitan anggota kelamin lelaki.
Alat regangan sesuai untuk anda ialah khusus untuk lelaki yang mempunyai ukuran saiz kecil, iaitu ‘micropenis’.
Kos alat ini dianggarkan RM1,100 dan cara pemakaiannya khusus untuk lelaki yang memiliki anggota kelamin kecil. Jika anda gunakan alat yang tidak sesuai, tentu anggota kelamin terasa sakit dan boleh membuatkan anda tidak mahu meneruskan penggunaannya.
Alat tiruan diperbuat daripada logam berat dan semua aksesorinya tidak sesuai serta tidak tahan lama. Jika menggunakannya juga, anggota kelamin mengalami tekanan serta mungkin rosak dan cedera.
Alat regangan perlu digunakan mengikut jadual penggunaannya. Jika masa regangan kurang lima jam atau kerap ditanggal, tindak balas penambahan sel dan tisu ke otot zakar tidak berlaku. Alat ini perlu digunakan mengikut jadual dan mengikut peraturan di dalam buku panduan.
SAYA berusia 24 tahun. Ketika kecil, saya dilahirkan dengan kedua-dua testis tidak berada di dalam scrotum. Ketika berumur 10 tahun, saya me...
SAYA berusia 24 tahun. Ketika kecil, saya dilahirkan dengan kedua-dua testis tidak berada di dalam scrotum. Ketika berumur 10 tahun, saya menjalani pembedahan kerana satu testis saya yang berada di abdomen membengkak dan doktor terpaksa membuangnya.
Setahun lalu, saya juga menjalani pembedahan Undescended Testicles dan doktor berjaya membawa turun testis saya ke dalam scrotum, tempat asalnya.
Sejak itu, saya kerap mengalami mimpi basah ketika tidur. Saya juga pernah bersetubuh dan melakukan oral seks dan air mani saya juga keluar.
Adakah air mani yang keluar mempunyai sperma atau tidak dan adakah saya mampu mendapatkan zuriat selepas berkahwin kelak? Adakah saya boleh dikategorikan sebagai mandul disebabkan testis saya hanya satu dan adakah tahap kesuburan saya tidak bagus disebabkan hanya mempunyai satu testis?
LAN
Klang
Selepas membaca masalah anda, saya teringat satu kes yang saya kendalikan 20 tahun lalu.
Ia kes berbeza, namun masalah sebenarnya ialah buah zakarnya duduk di atas iaitu di dalam ‘Perineal Pouch’ atau bahagian atas antara tundun dan lubang najis dan bukan di dalam kerandut.
Bagaimanapun, dia mempunyai sperma dengan bilangan normal, aktif dan berbentuk normal. Ketika itu dia belum beristeri.
Dipendekkan cerita, selepas berkahwin, isterinya mampu hamil dan kini dia ada beberapa anak jadi anda tidak perlu risau dengan keadaan anda.
Anda kini hanya ada satu buah zakar yang dimasukkan ke dalam kerandut melalui prosedur pembedahan.
Satu lagi buah zakar yang tersangkut di dalam perut anda dibuang kerana mengalami kerosakan. Memandangkan ketumbesaran buah zakar berlaku dalam kerandut atau berdekatan kerandut dengan suhu yang kurang daripada suhu badan, sudah tentu ketumbesarannya tidak normal.
Anda juga menyatakan anda aktif secara seksual dan mampu mencapai ereksi dan ejakulasi. Ini petanda tahap hormon testosterone anda mantap dan cukup.
Begitupun, ia tidak bermakna anda mampu menghasilkan sperma atau benih.
95-97% air mani dihasilkan pundi prostat, pundi seminal, pundi Cowper dan pundi epididimis. Kilang sperma pula hanya menghasilkan 2-5% kandungan air mani!
Jadi, faktor pengeluaran air mani yang banyak bukan pengesahan anda subur atau mampu menghamilkan wanita. Paling penting dan utama ialah kemampuan anda menghasilkan sperma atau benih.
Ujian air mani akan mengetahui sama ada sperma anda aktif atau tidak. Tiada cara lain untuk membuktikan air mani anda mempunyai sperma. Anda boleh melakukannya pada bila-bila masa.
Jika ditakdirkan anda tidak mempunyai sperma aktif, kini dengan rawatan moden, proses kehamilan boleh tercapai dengan benih yang didermakan. Ini mengikut penerimaan dan kesesuaian agama masing-masing.
SAYA selalu mengalami mimpi basah. Begitupun, yang menjadi masalahnya, saya gemar melakukan onani sekurang-kurangnya sekali seminggu. Bagaim...
SAYA selalu mengalami mimpi basah. Begitupun, yang menjadi masalahnya, saya gemar melakukan onani sekurang-kurangnya sekali seminggu.
Bagaimanapun, jika tidak melakukan onani, saya pasti mengalami mimpi. Pernah saya cuba berhenti melakukan onani, tetapi saya kembali mengalami mimpi basah sehingga tiga kali.
Saya buntu untuk menangani masalah ini. Harap doktor dapat memberi pandangan dan pendapat terhadap masalah ini.
LELAKI KELIRU
Semenyih, Selangor
Mimpi basah lelaki ialah sebahagian proses perubahan akil baligh untuk lelaki dan ini petanda bahawa sistem reproduktif lelaki itu mula aktif.
Jika kebetulan anda mengeluarkan air mani melalui onani, anda tidak akan mengalami mimpi basah atau kurang mengalaminya kerana sistem itu reda akibat onani.
Jika anda tidak melakukan onani, ia akan berlaku. Jadi mimpi basah bukan penyakit, ia perubahan semula jadi iaitu petanda sistem seksual dan reproduktif itu aktif dan sihat.
Jika anda membabitkan diri dalam aktiviti yang menggelorakan perasaan syahwat dan anda tidak melakukan onani, anda boleh mengalami mimpi basah yang kerap.
Ini juga semula jadi kerana sistem syahwat yang bergelora memerlukan kelegaan.
Jika anda tidak mahu melakukan onani dan tidak mahu mengalami mimpi basah yang kerap terhasil daripada fantasi seksual, anda harus mengelakkan aktiviti yang boleh merangsang perasaan syahwat.
Lakukan senaman berkala dan aktifkan diri dengan aktiviti sosial yang membina semangat dan rangkaian sosial. Ini tidak bermakna anda tidak akan mengalami mimpi basah. Ia tetap akan berlaku juga, walaupun kemudian anda akan mendapati ia menjadi kurang dan jarang.
SIMPTOM sakit ketika buang air kecil atau ‘dysuria’ kerap menjadi sebab individu yang mengalaminya merujuk kepada doktor keluarga. Pemeriksa...
SIMPTOM sakit ketika buang air kecil atau ‘dysuria’ kerap menjadi sebab individu yang mengalaminya merujuk kepada doktor keluarga. Pemeriksaan yang biasa dilakukan doktor ialah ujian air kencing untuk meneliti jika ada tanda atau petunjuk yang boleh dikaitkan dengan masalah itu.
Kencing berasid yang mengandungi sel nanah, hablur dan kuman menandakan jangkitan seperti keradangan salur kencing atau ‘uretritis’ dan keradangan pundi kencing atau ‘cystitis’.
Jika simpton ini dikesan, doktor keluarga akan memberikan ubat yang dapat mengurangkan keasidan air kencing dan antibiotik.
Ubat ini dapat mengurangkan dysuria dan menyelesaikan masalah kencing berasid. Bagaimanapun, jika kebetulan anda mengalami simptom lain, ia tidak akan sembuh begitu saja.
Biasanya, lelaki akan mengalami masalah benjolan atau ketulan, sama ada kecil atau besar, di zakar mereka. Jika ketulan itu berdekatan salur kencing dan anda menekannya, tentu ia terasa sakit ketika anda membuang air kecil.
Jika ketulan itu di luar kawasan salur kencing, ia tidak mengganggu pengeluaran air kecil.
Jika kesakitan ketika kencing masih kekal selepas mengambil rawatan untuk melawaskan pengaliran kencing, anda mungkin perlu dirujuk kepada pakar urologi.
Pemeriksaan urologis lebih teliti. Pakar akan melakukan pemeriksaan fizikal, termasuk anggota kelamin anda, dan teliti ketulan itu.
Jika perlu, anda akan menjalani ujian air kencing dan ujian imbasan untuk meneliti anggota kelamin, ketulan itu dan bahagian dalaman seandainya wujud sesuatu yang boleh menjadi punca dysuria seperti infeksi buah pinggang, batu karang atau pundi prostat.
Jika pakar terbabit melakukan pemeriksaan lanjut, air kencing anda diperiksa secara teliti untuk mengesan jenis kuman supaya rawatan lebih tepat diberi.
Memandangkan simptom sakit ketika kencing atau dysuria ada pelbagai sebab dan pemeriksaan biasa tidak memberi apa-apa kebaikan, pemeriksaan lebih teliti perlu dilakukan.
Sudah tentu kos pemeriksaan dan perawatan meningkat. Anda mungkin perlu menjalani pelbagai ujian dan kajian yang dianggap mustahak oleh pakar urologis. Tiada jalan singkat jika masalah anda tidak selesai dengan rawatan biasa.
Kepada mereka yang mengalami sakit seperti ini dan tidak mendapat rawatan sewajarnya selepas berjumpa doktor keluarga, eloklah berjumpa pakar untuk menjalani pemeriksaan lebih teliti.
Soalan ADA ketulan kecil pada buah zakar saya yang menyebabkan kegatalan pada bahagian itu dan kawasan sekitarnya. Ia semakin ketara terutam...
Soalan
ADA ketulan kecil pada buah zakar saya yang menyebabkan kegatalan pada bahagian itu dan kawasan sekitarnya. Ia semakin ketara terutama pada waktu malam serta keadaan lembap dan panas.
Kekerapan menggaru membuatkan ia luka sehingga terasa pedih. Apakah punca masalah ini dan apa rawatan atau ubat yang sesuai?
LAMIN
Serdang, Selangor
Jawapan
KULIT anggota sulit lelaki dan perempuan adalah jenis halus dan lembut serta tidak mudah kering kerana dilapisi pelembap kulit semula jadi. Selain faktor itu, kehadiran bulu roma juga membuatkan kulit bahagian itu sentiasa lembap dan selesa.
Apabila bahan pelembap kurang atau lapisan pelembap hilang akibat mencuci dengan sabun kosmetik, maka kulit bahagian itu akan menjadi kering, licin dan gatal. Kemudian jika kerap digaru kulit akan melecet serta luka dan terdedah kepada jangkitan.
Jika bulu roma dicukur, kulit akan terdedah tanpa pelindung yang mengawal bahan pelembap semula jadi. Jika kering, ia akan terasa gatal dan jika digaru keradangan kulit berlaku dan salur pundi pelembap semula jadi ‘sebaceous’ akan terkandas. Pundi berkenaan pula akan mengeras dan timbul serta kelihatan seperti jerawat.
Jika ada jangkitan, pundi akan membesar dan boleh pecah serta mengeluarkan cecair yang berbau busuk. Pundi yang pecah itu akan dikenali sebagai ‘wen’.
Sila berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan dan mendapatkan rawatan sewajarnya. Mencuba segala ubat tanpa diperiksa doktor bukan cara yang bijak.
ISLAM menggalakkan umatnya berkeluarga dan diharamkan mereka yang sengaja tidak mahu berkahwin. Pada masa sama, Islam mengambil berat aspek ...
ISLAM menggalakkan umatnya berkeluarga dan diharamkan mereka yang sengaja tidak mahu berkahwin.
Pada masa sama, Islam mengambil berat aspek kesihatan wanita dan keluarga. Jika kesihatan seseorang wanita bermasalah, pasti kesihatan keluarganya secara keseluruhan akan terjejas.
Di sinilah pentingnya amalan perancangan keluarga. Namun, perlu diingatkan yang lelaki juga memainkan fungsi penting dalam bab ini. Ini kerana tanpa izin suami, isteri tidak boleh mengamalkan perancangan keluarga.
Bagaimanapun, perlu diingatkan yang kaedah perancangan keluarga bukan terhad kepada wanita, tetapi turut membabitkan lelaki.
Kaedah yang boleh diamalkan lelaki ialah ‘Al-Azal’ di mana lelaki melucutkan zakar sebelum ejakulasi, manakala kaedah lain ialah menggunakan kondom.
Selain itu, kaedah ‘kasi ‘ atau pembuangan buah zakar boleh dilakukan. Bagaimanapun ia bukan kaedah merancang keluarga, tetapi lebih kepada penyeksaan kepada lelaki apabila bukan saja kilang benih dibuang, tetapi juga kilang menghasilkan hormon kelelakian yang cukup penting untuk kehidupan sebagai lelaki.
Kaedah seterusnya ialah mengikat salur sperma atau’vasectomi’ atau ‘Sterilisasi Lelaki’.
Ia membabitkan prosedur mengikat kedua-dua salur sperma, sekali gus tiada sperma dalam air mani ketika ejakulasi.
Walaupun kelihatan menakutkan, kaedah ini mudah dan tidak dibebankan dengan peralatan yang banyak. Lebih penting ialah apabila tidak diperlukan, kaedah sterilisasi itu boleh dipulihkan dengan menyambung salur yang diikat.
Selain kaedah merancang keluarga yang dinyatakan tadi, tiada kaedah moden lain yang mana lelaki boleh amalkan.
Kajian mengenai kaedah moden seperti ‘pil perancang lelaki’ untuk mencegah persenyawaan sperma dengan telur seperti menghalang pemprosesan sperma pada waktu tertentu atau membantutkan penghasilan sperma tidak berjaya menghasilkan penemuan diharapkan.
Kebanyakan kajian mengenai ekstrak biji kapas dan beberapa biji palmaria yang didapati mengandungi kimia yang mengganggu pemerosesan sperma seperti ‘Kontrsperm’ dan ‘Gossipol’ didapati tidak berkesan secara purata dalam menghalang pembiakan sperma.
Malah, ‘Gossipol’ dalam tahap tinggi boleh mengakibatkan tekanan kepada fungsi jantung dan menjadi punca kematian.
Pil untuk lelaki dalam bentuk suntikan hormon diperkenalkan baru-baru ini sebagai kaedah dalam kajian.
Hormon yang dimaksudkan ialah hormon ‘Progesterone’ dan ‘Testosterone’ kerana didapati hormon berkenaan dapat menghalang pembiakan sperma dalam masa terdekat, antara empat hingga lapan minggu.
Kajian yang diselenggarakan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengenai kaedah hormon ini masih dalam peringkat permulaan.
SELEPAS melakukan hubungan seks bersama isteri beberapa minggu lalu, kulit di bawah zakar terkeluar dan berdarah (saya tidak bersunat). Perd...
SELEPAS melakukan hubungan seks bersama isteri beberapa minggu lalu, kulit di bawah zakar terkeluar dan berdarah (saya tidak bersunat).
Perdarahan berhenti selepas beberapa ketika, namun apabila melakukan seks baru-baru ini, bahagian kulit yang berdarah kembali terasa sakit. Perlukah saya bersunat dan membuang kulit itu?
LOY
Kuala Lumpur
Kulup atau kulit zakar atau kulit yang menyarung penghujung zakar dipotong ketika prosedur berkhatan. Ia dilakukan sebagai prosedur ‘ritual’ atau mengikut keperluan agama penganut Islam, Yahudi atau Nasrani.
Ia dilakukan sebagai syarat peralihan ke peringkat dewasa di sesetengah kepulauan India Barat dan penjagaan kebersihan alat kelamin lelaki di kebanyakan negara Barat seperti Amerika dan Eropah, kini di kebanyakan negara Afrika dan China bagi mencegah penyakit kelamin.
Selain itu, berkhatan dilakukan jika ada masalah pada kulit kulup zakar seperti ‘phimosis’ yang mana ia mengetat dan menyempit serta menyukarkan penghujung zakar keluar ketika ereksi.
Satu lagi masalah ialah ‘paraphimosis’ yang mana penghujung zakar boleh keluar ketika ereksi, tapi tercekik oleh kulup zakar atau seperti situasi yang anda alami, iaitu ia terkoyak ketika ereksi atau melakukan persetubuhan.
Jika dibiarkan tanpa membuat apa-apa, anda akan dapati setiap kali bersetubuh, kulit di bawah kepala zakar mudah melecet dan bengkak. Jangan melengahkan prosedur berkhatan.
Kini ada pelbagai kaedah berkhatan. Lagipun, kaedah berkhatan diiktiraf Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai inisiatif mustahak untuk penjagaan kesihatan lelaki. Anda boleh menjalani prosedur itu di mana-mana klinik keluarga atau hospital swasta atau kerajaan.
SAYA berumur 21 tahun dan sering rasa sengal pada sebelah kiri zakar. Buah zakar kiri saya pula berada di depan manakala buah zakar kanan di...
SAYA berumur 21 tahun dan sering rasa sengal pada sebelah kiri zakar. Buah zakar kiri saya pula berada di depan manakala buah zakar kanan di belakang.
Saya juga merasa sengal dan sakit di bahagian belakang, manakala badan terasa panas seperti mahu demam.
AMIN
Melaka
Nenek moyang kita menggunakan pakaian yang selesa pada tubuh, sedangkan kita memilih pakaian ketat atau ‘body hugging’.
Jika pakaian sendat atau ketat pada tempat atau bahagian tubuh seperti anggota kelamin, kita mula terasa kurang selesa, sakit dan sengal di bahagian tertekan itu.
Bayangkan lelaki yang memakai seluar dan seluar dalam ketat berjalan jauh atau menaiki motosikal atau kereta. Pakaian ketat itu memberi tekanan kepada anggota kelaminnya.
Ditambah pula dengan perubahan yang berlaku kepada anggota kelamin seperti kemunculan ereksi spontan dan penarikan buah zakar dan cengkaman kerandut buah zakar.
Sudah tentu lelaki itu mengalami pelbagai ‘rasa’ selepas menanggalkan pakaiannya atau bertukar posisi. Anda lelaki muda dan mudah mengalami ereksi spontan.
Jika kedudukan zakar anda pada satu tempat dan tersorok dan kebetulan anda mencapai ereksi, sudah tentu anda terasa sakit ketika mengubah posisi.
Mungkin perasaan sakit yang anda alami ada kaitan dengan perkara itu.
Perasaan panas atau ‘demam’ boleh berlaku bila-bila masa dan sistem kawalan suhu badan akan menjalankan tugasnya supaya ia dalam keadaan stabil.
Tidak hairan jika seseorang yang muda seperti anda mempunyai rasa seperti ingin demam. Jika inginkan pengesahan sama ada benar-benar demam, anda perlu catat suhu badan.
Saya pasti suhu badan anda ‘normal’. Bagaimanapun, sila rujuk kepada doktor jika kita rasa badan tidak berfungsi seperti biasa.
DALAM pelbagai kes yang saya kendalikan mengenai lelaki, saya dapati sebilangan besar tidak tahu mengenai bahagian atau ‘anatomi’ anggota ke...
DALAM pelbagai kes yang saya kendalikan mengenai lelaki, saya dapati sebilangan besar tidak tahu mengenai bahagian atau ‘anatomi’ anggota kelamin mereka.
Mereka tidak tahu keadaan anggota kelamin iaitu seperti yang mana satu buah zakar, kerandut atau kantung buah zakar serta tidak tahu mengenai zakar atau keadaannya ketika berehat dan teruja.
Bagaimanapun, lelaki mula memeriksa alat kelamin ketika bakal mendirikan rumah tangga. Bermula daripada situ, mereka seakan- akan panik apabila memeriksa anggota kelamin kerana kurang pengetahuan mengenainya.
Paling menarik, mereka sering bertanya rakan taulan atau lebih suka merujuk kepada tukang urut berbanding doktor dan pakar.
Pendapat saya, tukang urut tidak tahu secara tepat dan terperinci mengenai struktur dan bahagian anggota kelamin lelaki, malah suka mereka pelbagai cerita karut.
Mereka juga percaya jika kantung tidak seimbang, itu tandanya lelaki terbabit tidak sihat atau ia tanda angin pasang.
Mereka juga percaya jika zakar yang kelihatan kecil kalau ditarik akan terjuntai! Malah, amalan ini boleh merosakkan zakar!
Namun, ingin saya dedahkan di sini, semua yang disebut di atas adalah tidak benar.
Jangan merujuk kepada tukar urut, sebaliknya cari doktor dan pakar dalam bidang ini.
Dalam satu kes, pesakit saya menyatakan buah zakarnya kelihatan kecil. Dia juga mendapati kerandutnya boleh mengembang dan mengecut mengikut cuaca dan khuatir ia ada kena mengena dengan angin pasang atau hernia.
Untuk menjawab semua kemusykilan ini, lelaki harus tahu mengenai anggota kelamin mereka.
Anggota kelamin lelaki dibahagikan kepada bahagian luar (yang jelas kelihatan) dan bahagian dalam (di dalam badan).
Bahagian luar membabitkan zakar dan kerandut atau kantung buah zakar yang mengandungi sepasang buah zakar.
Ukuran buah zakar lelaki dewasa tidak kurang daripada ¾ saiz ibu jari kaki atau sebesar ibu jari tangan. Kerandut buah zakar pula mengandungi lapisan otot yang membuatkan kerandut mudah mengecut atau melebar dan mengembang. Jadi keadaan kerandut berubah-ubah itu adalah normal.
Buah zakar diselaputi otot ‘kremester’ dan ia mudah tertarik ke atas apabila otot itu mencengkam.
Zakar pula akan kecut dan mengecil jika di dalam keadaan biasa dan kadangkala terbenam untuk lelaki gemuk.
Apabila teruja seks, zakar memanjang, menegang atau keras. Sesetengah lelaki mempunyai jenis zakar yang kelihatan terjuntai.
Ketika erek, perubahan saiz tidak terlalu ketara jika dibandingkan dengan zakar kecil dan terbenam yang kelihatan besar dan memanjang ketika erek.
Jangan cuba bandingkan alat kelamin anda dengan paparan dan maklumat di Internet kerana ia tidak semestinya tepat.
Namun, jika anda benar-benar musykil dan ingin tahu lebih mendalam mengenai alat kelamin, saya sarankan anda berjumpa doktor.
Sudah pasti, maklumat diberikan lebih tepat dan jitu.
KULIT lapisan kerandut buah zakar adalah kulit yang tipis, lembut dan mengandungi pembuluh darah yang banyak serta lapisan otot lembut digel...
KULIT lapisan kerandut buah zakar adalah kulit yang tipis, lembut dan mengandungi pembuluh darah yang banyak serta lapisan otot lembut digelar ‘Dartos’. Apabila otot lembut mencengkam, kerandut buah zakar mengecut dan menjadi padat.
Jika otot itu lega, kerandut buah zakar akan mengendur. Terdapat banyak bulu roma yang tebal di keseluruhan kulit kerandut buah zakar, selain pundi pelembap semula jadi dan juga pundi peluh.
Kerandut buah zakar ini mengawal suhu buah zakar supaya kilang sperma sentiasa aktif. Jika bulu roma dicukur dan kebetulan pundi pelembap semula jadi terkandas, maka benjolan akan kelihatan di kawasan yang dicukur.
Jarang kali pundi pelembap semula jadi itu radang dan benjolan di bahagian kulit itu kelihatan seperti jerawat. Jika dipicit akan keluar cecair bewarna kekuningan. Jarang kali kulit kerandut buah zakar kelihatan bertompok seperti ada takungan darah beku. Keadaan ini adalah semula jadi dan ketumbuhan ini dikenali sebagai ‘Angiokeratoma’ iaitu ketulan kupingan lapisan kulit pembuluh darah yang muncul berdekatan kulit.
Jika kulit itu tercedera seperti ketika tersentuh dengan kuat atau melecet, darah akan mengalir keluar. Untuk menghentikan darah itu, bahagian yang luka perlu ditekan dengan pembalut atau ‘bandage’.
Bagi mereka yang mengalami masalah ini iaitu masalah ketulan darah seakan-akan darah beku, anda berkemungkinan mengalami penyakit atau masalah kulit yang bergelar ‘Angiokeratoma’.
Jika ketumbuhan itu pecah, cara menghentikan pengeluaran darah ialah dengan menggunakan ais untuk membekukan pendarahan itu. Masalah kulit ini tiada penawar. Namun ia bukan kanser dan ia ‘tidak merbahaya. Ia boleh berlaku pada bila-bila masa dan ketulan itu boleh muncul di mana-mana bahagian kerandut buah zakar.
Anda boleh rujuk kepada doktor untuk mengesahkan masalah sebenar. Jika masalah kulit adalah seperti yang saya katakan tadi iaitu ‘Angiokeratoma’, ia adalah penyakit yang tidak mempunyai penawar.
Begitupun, cara untuk mengendalikan ketumbuhan yang berdarah itu ialah dengan membekukannya iaitu mengunakan laser atau membalut dengan pembalut atau ‘bandage’.
Ingin saya jelaskan di sini, jika penyakit itu adalah ‘Angiokeratoma’, hanya satu cara untuk merawatnya iaitu dengan pembedahan ‘kosmetik’ iaitu rawatan secara luaran saja. Saya pasti, ramai golongan lelaki di luar sana menghadapi masalah seperti ini kerana saya kerap menerima soalan sedemikian. Jadi, segera berjumpa pakar atau doktor dan kenal pasti adakah ia seperti yang saya maksudkan atau tidak.
SUAMI ADA TIGA BUAH ZAKAR Soalan SUAMI saya mempunyai masalah tiga buah zakar, masing-masing dua buah zakar dan satu mengandungi cecair sepe...
SUAMI ADA TIGA BUAH ZAKAR
Soalan
SUAMI saya mempunyai masalah tiga buah zakar, masing-masing dua buah zakar dan satu mengandungi cecair seperti dimaklumkan doktor pakar. Dia akan dibedah pada awal 2007. Masalahnya buah zakar yang mengandungi cecair itu berpunca daripada angin pasang sejak zaman kanak-kanak sehingga kini berusia 32 tahun.
Ia kini semakin besar sehingga sebesar tetikus komputer dan pada masa sama dua buah zakar asal menjadi kecil. Bagaimanapun, suami tidak sakit. Kami berkahwin sudah empat tahun dan saya hanya mengandung tiga kali namun keguguran dalam tempoh satu bulan hingga dua bulan. Adakah ia berpunca kurangnya sperma dan bolehkah saya mengandung jika suami tidak melakukan pembedahan. Bolehkah suami berubat tradisional? Suami juga mengalami air mani cair semenjak buah zakar (cecair) membesar.
ROS
Shah Alam
Jawapan
KERANDUT zakar mengandungi buah zakar, pundi Epidimis, salur sperma, pembuluh darah dan urat saraf yang bertanggungjawab kepada kesihatan buah zakar itu. Semuanya dalam bentuk sepasang.
Jika buah zakar kelihatan besar kemungkinan masalah angin pasang. Angin pasang ialah kemasukan usus dalam kerandut buah zakar melalui pembalut buah zakar. Ini berlaku apabila terdapat ruang antara buah zakar dan perut. Angin pasang berlaku apabila pembalut buah zakar membesar akibat peningkatan cecair dalam pembalut itu.
Sudah tentu kedua-dua keadaan itu mengakibatkan kerandut buah zakar membesar dan secara langsung ‘ketumbuhan’ itu akan menolak buah zakar ke belakang. Jarang buah zakar terencat dan memberi kesan kepada air mani lelaki itu.
Sebilangan lelaki yang ada masalah itu mendapati masalah kepada profil sperma, iaitu sperma kurang atau kurang aktif. Ia boleh dipulihkan melalui pembedahan.
Puan ada menjelaskan pernah hamil beberapa kali, tetapi tidak kekal. Keadaan ini dianggap sebagai kehamilan bazir atau ‘pregnancy wastage’. Kerap gugur juga satu masalah kesuburan dan anda perlu menjalani pemeriksaan untuk mengenal pasti sebab keguguran.
Satu pemeriksaan yang perlu dijalani ialah ujian kebakaan untuk kedua-dua pasangan untuk mengenal pasti jika ada baka yang tidak sihat yang menyebabkan berlaku keguguran itu.
0 comentários:
Post a Comment