batang zakar, batang pelir, batang konek semua adalah benda yang sama. Kemaluan lelaki. Batang Zakar terdiri dari banyak jenis. Ada batang zakar panjang ada batang zakar pendek. Ada batang zakar lurus ada batang zakar bengkok.
Rahsia Batin | SPA untuk lelaki
FB/Wechat/Instagram/Link: abeurut | wasap: http://abeurut.wasap.my

Home Top Ad

SAYA menerima banyak pertanyaan berkaitan masalah membuang air kecil, dan saya tertarik dengan satu soalan iaitu mengenai masalah kencing t...

SAYA menerima banyak pertanyaan berkaitan masalah membuang air kecil, dan saya tertarik dengan satu soalan iaitu mengenai masalah kencing tidak lawas.

Dalam soalan itu, individu berkenaan memaklumkan sudah lama menghadapi masalah kencing tidak lawas. Katanya, beberapa titisan air kencing keluar setiap kali selesai membuang air kecil.

rahsiazakar2Berdasarkan pengalaman saya, masalah kencing tidak lawas seperti dialaminya memang meruncing. Lebih-lebih lagi jika ia berlaku ketika seseorang mahu menunaikan solat, batuk atau ketawa.

Biasanya, selepas selesai membuang air kecil, seseorang itu akan membasuh alat kelamin serta keluar tandas. Ada juga yang meneran sedikit atau melurutkan alat kelamin sambil mengemut beberapa kali supaya tiada bekas atau titisan kencing.

Individu yang was-was akan menunggu dan mengelap penghujung alat kelamin dengan tisu supaya tiada lagi kelembapan dan kemudian membasuhnya.

Keadaan ini biasanya dilakukan lelaki berumur untuk memastikan tiada titisan air kencing lagi selepas selesai kencing. Jika tidak berjaya, mereka akan melekatkan secebis kertas tisu ke penghujung alat kelamin sebelum bergerak.

Sebilangan lelaki muda juga mengalami masalah sebegitu hingga menyebabkan mereka mati akal dan tidak tahu cara mengatasinya.

Mungkin ada mencuba perkara yang saya jelaskan tadi dan mungkin mereka mahu cara lebih sempurna kerana titisan air kencing pasti menjadi masalah, terutama ketika mahu menunaikan solat.

Cara mudah untuk lelaki yang mengalami masalah sebegini adalah mengelak membuang air kecil sebelum menunaikan solat.

Sebenarnya, ada banyak sebab mengapa keadaan sedemikian boleh berlaku, antaranya berkemungkinan salur kencingnya sempit, sedikit air kencing mungkin tersekat dan terkeluar selepas selesai membuang air kecil.

Ada kemungkinan jika pundi prostatnya mengalami radang atau bengkak di mana sedikit air kencing boleh tersekat di salur kencing bahagian prostat dan terkeluar apabila lelaki itu selesai kencing dan ketika dia mengemut.

Ada juga sebilangan lelaki mempunyai takungan air kencing di belakang pembukaan salur kencing di tempat dikenali sebagai ‘lacuna mega’. Dalam keadaan sedemikian, air kencing mula bergerak keluar secara titisan selepas selesai membuang air kecil.

Cara rawatan bagi masalah demikian adalah bertemu doktor untuk pemeriksaan kepastian sama ada seseorang itu menghadapi masalah kencing kotor atau radang pundi kencing atau masalah pundi prostat.

Ujian lanjutan akan dilakukan doktor jika ada sesuatu yang perlu diselidik. Jika tiada apa-apa yang serius, cara mengelak solat terganggu ialah jangan buang air kecil sebelum solat.

(Sumber Harian Metro)

SAYA menghadapi masalah pancutan air mani. Sama ada ia keluar ketika mengadakan hubungan seks dengan isteri atau menerusi onani, nikmat pan...

SAYA menghadapi masalah pancutan air mani. Sama ada ia keluar ketika mengadakan hubungan seks dengan isteri atau menerusi onani, nikmat pancutan itu tiada. Pada masa sama, ia juga tidak sakit.

Untuk makluman, saya berusia 29 tahun dan baru dua tahun berkahwin serta mempunyai seorang anak. Yang menghairankan, masalah ini berlarutan sejak setahun lalu.

SYAHRIN
Pendang, Kedah

EJAKULASI untuk lelaki berlaku hasil daripada kemuncak perasaan syahwat akibat rangsangan anggota seksual secara terus atau anggota tubuh badan lain yang menaikkan rasa berahi.

rahsiazakarBagi lelaki, kemuncak perasaan syahwat boleh berlaku dengan rangsangan mental, seperti melalui khayalan seksual dan boleh berlaku juga jika lelaki itu terangsang dengan apa cara sekali pun, termasuk bauan mengghairahkan.

Lelaki yang mempunyai badan sihat, fungsi anggota seksual yang cergas dan kesihatan mental yang mantap mampu menghayati tahap keghairahan syahwat yang menggalakkan.

Dalam keadaan letih, lesu dan tahap hormon testosterone atau hormon kelelakian menurun serta tanpa tumpuan ketika melakukan hubungan seksual, tentu kualiti kemuncak tidak seperti diinginkan.

Selain itu, tekanan atau stres juga boleh menyebabkan kualiti ejakulasi tercabar.

Saudara perlu amalkan gaya hidup sihat dan melakukan senaman berkala supaya ada stamina untuk bersama pasangan.

Selain itu, ambil makanan seimbang dan elak kenaikan berat badan kerana badan yang ringan mudah bergerak aktif tanpa keletihan.

(Sumber Harian Metro)

SAYA berusia 25 tahun, sudah berkahwin namun belum ada cahaya mata. Selama setahun ini saya tiada masalah ketika ‘bersama’ isteri. Namun, s...

SAYA berusia 25 tahun, sudah berkahwin namun belum ada cahaya mata. Selama setahun ini saya tiada masalah ketika ‘bersama’ isteri.

Namun, sejak dua bulan kebelakangan ini, ketika zakar ereksi, kulit bahagian kepala zakar akan terkoyak dan menyebabkan luka kecil.

pancut3Luka itu akan sembuh pada keesokan harinya tetapi terjadi semula apabila ia menegang, tidak kira sama ada ketika bersama isteri atau tidak.

Untuk pengetahuan doktor, ketika bersama isteri, saya tiada masalah dengan kelembapan (pelincir) dan saya juga mencuba menggunakan minyak bayi, tetapi tidak berhasil.

Adakah kulit zakar saya menipis dan adakah sebab lain? Bagaimanakah cara merawat masalah saya kerana selepas bersama, saya berasa pedih kerana luka itu.

HADI
Seremban, Negeri Sembilan

KULIT zakar jenis kulit yang nipis, licin, tanpa lapisan lemak dan mudah mengembang apabila zakar menjadi tegang. Jika kulit zakar menebal dan kurang licin, ia mudah merekah dan luka.

Ini berlaku apabila keadaan kulit berubah seperti kering dan menggerutu. Kadangkala tisu pengembang kulit zakar berkurangan dan mengambil masa untuk mengembang, tekanan kepada kulit boleh menyebabkan kulit merekah atau koyak.

Saya syorkan anda menggunakan krim pelembap yang sesuai disapu kepada kulit zakar setiap kali selepas mandi supaya ia tidak merekah apabila anda melakukan persetubuhan.

Jangan guna minyak atau krim pelembap sebarangan. Ketika hubungan seks, guna air liur sebagai pelincir.

Jika kulit zakar bahagian penghujung terlalu ketat, kulit itu perlu dilegakan dengan pembedahan plastik. Anda perlu jalani pemeriksaan doktor untuk mengetahui masalah itu.

(Sumber Harian Metro)

BARU-BARU ini saya terasa seolah-olah ngilu dan sengal-sengal di bahagian zakar, terutamanya di bahagian kepala zakar. Kadangkala bila dipe...

BARU-BARU ini saya terasa seolah-olah ngilu dan sengal-sengal di bahagian zakar, terutamanya di bahagian kepala zakar.

Kadangkala bila dipegang rasa sakit. Seolah-olah sakit di bahagian dalam zakar. Puas saya cari maklumat di Internet mengenai masalah ini tapi sehingga kini belum jumpa sebarang jawapan.

Harapkan penjelasan dan nasihat doktor.

AZIZ
Shah Alam, Selangor

PENGHUJUNG zakar atau kepala zakar mengandungi banyak penghujung urat saraf atau ‘nerve ends’.

pancutJika kulit penghujung zakar yang daripada jenis kulit lembut atau mukosa itu disentuh, sudah tentu penghujung urat saraf itu akan tertekan dan zakar akan mula mengeras.

Ini berlaku akibat kemasukan darah yang banyak dalam liang otot zakar dan juga bahagian penghujung zakar.

Jika rangsangan itu berlaku secara berterusan, penghujung zakar akan rasa tidak selesa dan jika disentuh akan terasa ngilu. Jadi, bagi lelaki yang mudah mencapai ereksi spontan, memang dia akan mengalami perasaan ngilu yang kronik.

Situasi ini membuatkan keseluruhan zakar tidak selesa. Jika mahu kurangkan perasaan tidak selesa atau sakit itu, zakar perlu dituam dengan ais.

Apabila ‘congestion’ atau takungan darah dalam zakar itu reda, maka perasaan sakit itu turut lega.

Kadangkala, geselan kain kepada penghujung zakar akan membuatkan bahagian itu rasa amat ngilu. Lama-kelamaan perasaan ngilu itu akan terkawal.

Untuk mengurangkan perasaan ngilu itu kekal, boleh pakai seluar dalam yang selesa. Jika perasaan ngilu itu amat menyukarkan, boleh guna gel anestetik untuk seketika sehingga perasaan ngilu itu terkawal.

(Sumber Harian Metro)

SAYA berusia 17 tahun dan gemar melakukan onani. Keadaan ini berlarutan sejak kanak-kanak hingga sekarang. Adakah itu penyebab zakar saya m...

SAYA berusia 17 tahun dan gemar melakukan onani.

Keadaan ini berlarutan sejak kanak-kanak hingga sekarang. Adakah itu penyebab zakar saya mengendur bila saya berdiri dan berjalan.

Saya dapati zakar saya kurang tegang berbanding zakar kawan-kawan saya. Apakah yang perlu saya buat pada masa sekarang?

POKJI
Kemaman, Terengganu

MENYENTUH tubuh badan untuk menikmati keselesaan dan kesegaran adalah perkara biasa.

Apabila bahagian tubuh badan yang disentuh itu menyeronokkan, maka perkara itu akan diulangi dan menjadi kelaziman, tanpa mengetahui yang amalan itu sebenarnya amalan yang bergelar ‘onani’.

lelaki1Anda mungkin jenis yang suka menyentuh tubuh badan dan kebetulan seronok pula dengan menyentuh dan membelai anggota kelamin hingga mencapai kepuasan atau klimaks.

Untuk menikmati keseronokan yang lebih, anda akan menarik zakar dan perbuatan yang dilakukan sejak sekian lama membuatkan anggota itu berbentuk luar biasa atau hilang rupa bentuk normalnya.

Kulit zakar jenis yang mudah mengembang, sama juga dengan otot dalaman. Jika struktur elastik sudah hilang dayanya serta kesan ‘wear and tear’ maka anggota itu akan kelihatan mengendur dan terkulai.

Perubahan ini biasa berlaku kepada lelaki berusia. Nampaknya anda kini mempunyai zakar yang seakan lelaki tua. Jika sayangkan anggota mutlak anda itu, memandangkan ia hanya ada satu saja (tidak sepasang), anda perlu kurangkan aktivti onani tu sehingga mampu menghentikannya sama sekali.

Anggota itu untuk tujuan hubungan silaturahin dengan pasangan dan bukan untuk disia-siakan seperti dilakukan itu.

Jangan sampai zakar anda mati pucuk atau tidak berfungsi dengan baik, baru hendak menyesal. Kerana sesal dulu berpendapatan, sesal kemudian tidak berguna.

(Sumber Harian Metro)

SAYA pengamal onani tegar dan boleh dikatakan hampir setiap hari sejak umur 13 tahun hingga kini mencapai usia 21 tahun. Apabila melakukan ...

SAYA pengamal onani tegar dan boleh dikatakan hampir setiap hari sejak umur 13 tahun hingga kini mencapai usia 21 tahun.

Apabila melakukan onani, zakar cepat terangsang tidak sampai seminit pun dan air mani akan keluar.

Malah, ketika tidur terutama pada waktu malam, air mani keluar dengan sendiri.

Keadaan ini membuatkan saya tertekan. Apa yang patut saya buat?

AHN
Petaling Jaya, Selangor

Sudah Bertunang? Ingin Berkahwin? Klik Disini!

JARANG individu yang mengamalkan perilaku onani yang sangat kerap macam anda, mengalami mimpi basah, kecuali jika sistem kawalan urat saraf syahwat tertekan akibat amalan onani yang terlalu kerap.

batangpanjang1Ini petanda awal bahawa sistem kawalan syahwat anda mula meragam. Jika anda teruskan amalan onani, lambat laun tahap ereksi anda akan menurun dan boleh mengalami masalah cepat klimaks.

Kajian yang pernah dilakukan di Korea mengenai amalan onani mendapati lelaki yang kerap melakukan amalan itu sering mengalami mati pucuk serta cepat klimaks.

Kajian terperinci mendapati urat saraf kawalan syahwat lelaki itu tertekan dan tisu lembut zakar tercedera serta hilang daya mengawal darah dalam ruangnya.

Sudah tentu individu yang mengalami simptom macam anda akan rasa tertekan. Jika anda rasa tertekan atas apa yang berlaku kepada anda, ia tidak memberi apa-apa kebaikan, malah tekanan tadi boleh memberatkan lagi sistem kawalan syahwat anda.

Daripada anda stres, lebih baik anda berusaha membetulkan keadaan itu. Daripada anda ‘memaksa’ zakar mencapai kepuasan melalui onani, kenapa tidak membelai anggota kelamin bagi menyegarkannya.

Anda boleh gunakan krim penyegar zakar bernama ‘XGENE’ yang dijual di pasaran dan dalam talian (Internet).

Kajian menunjukkan krim penyegar zakar itu mengandungi ekstrak tongkat ali yang dapat menyerap melalui tisu lembut penghujung zakar (belaian krim kepada penghujung zakar), membantu menyegarkan tisu dalaman termasuk urat saraf dan tisu pengembang zakar.

Berhenti melakukan onani dan tukar amalan itu kepada amalan membelai zakar untuk menyegarkannya.

(Sumber Harian Metro)

SAYA kerap melancap dan sangat sukar menghindari tabiat ini kerana terlalu ketagih. Sebelum ini saya kerap beronani tanpa mengira masa dan ...

SAYA kerap melancap dan sangat sukar menghindari tabiat ini kerana terlalu ketagih.

zakarpanjang1Sebelum ini saya kerap beronani tanpa mengira masa dan tempat, tetapi jauh dalam hati penat melakukannya kerana ia menjejaskan kerja saya yang lain akibat tiada tenaga lagi.

Apabila mencapai tahap nafsu yang tinggi, diri rasa ghairah dan perasaan mahu beronani timbul membuatkan saya tidak dapat mengelak melakukannya.

Untuk pengetahuan doktor, saya mula beronani sejak darjah lima dan kini saya berusia 22 tahun.

Saya risau jika tidak dapat membahagiakan pasangan saya kelak akibat tabiat ini.

AMIR
Paya Rumput, Melaka

Jawapan

ANDA membuka pekung di dada mengenai tabiat songsang yang dilakukan sejak darjah lima lagi.

Kini anda boleh dikatakan ‘veteran’ dalam hal onani ni dan sedar bahawa anda sangat ketagih dan tidak pasti boleh meninggalkan atau ketepikannya.

Sebenarnya, anda saja yang tahu mengenai diri serta kemampuan anda, oleh itu hanya anda yang dapat menentukan masa depan sendiri.

Jika anda sedar amalan onani ini banyak masalahnya dan mula rasa kesan buruknya seperti mengganggu kerja dan tugasan harian selain membuatkan badan terasa lemah namun masih tidak mahu meninggalkannya, anda tidak perlu fikir mengenai hasrat untuk berumahtangga.

Ini kerana anda sendiri sudah jangka amalan ini akan memberi kesan buruk kepada kesihatan seksual dan akan memporakperandakan rumahtangga.

Jadi, langkah terbaik adalah ketepikan saja hasrat untuk berumahtangga.

Mengenai masalah onani anda, ia bukan penyakit, sebaliknya tabiat yang mengikat diri anda. Jika anda tidak boleh mengawal diri, tiada sesiapa dapat mengawal anda.

Jika ada ubat atau sesuatu rawatan untuk ‘mengubat’ perilaku onani, ia memang sesuatu yang baik. Malangnya, tidak ada ubat atau rawatan yang sebegitu.

Kesudahannya, anda sendiri yang akan menanggung risiko amalan onani itu. Tiada sesiapa yang dapat membantu anda kecuali diri sendiri.

Jika anda selalu ingatkan Tuhan dan tidak lupa dengan ibadah wajib, pohon iman yang kuat, semangat serta jati diri untuk mengawal hawa nafsu songsang anda dengan penuh kesedaran dan hentikan amalan itu.

Anda perlu semat di sanubari bahawa anda mahukan kehidupan yang sempurna, menjadi lelaki normal dan sihat dalam fungsi seksual dan menjadi suami yang penuh tanggungjawab, seterusnya dapat membahagiakan pasangan anda.

Ini tidak akan berlaku jika anda teruskan amalan onani anda. Sebaliknya yang pasti, anda akan mengalami masalah mati pucuk, masalah cepat klimaks, tidak dapat memuaskan pasangan dan mandul kerana tidak dapat ejakulasi secara normal (hanya ejakulasi dengan cara sendiri dan tidak dalam faraj isteri).

Buatlah perhitungan anda demi untuk kesejahteraan anda. Insya-Allah, anda akan berjaya.

(Sumber Harian Metro)

SENAMAN KEMUT memang kedengaran melucukan namun dalam konteks kesihatan seksual lelaki mahupun wanita, ia mampu memberi kesan positif menak...

SENAMAN KEMUT memang kedengaran melucukan namun dalam konteks kesihatan seksual lelaki mahupun wanita, ia mampu memberi kesan positif menakjubkan. Ini kerana senaman ini membabitkan aktiviti mencengkam otot pembukaan lubang najis dan lubang kencing atau otot lantai pelvis seolah-olah mahu menahan kencing atau air besar dan ia perlu dilakukan serentak.

zakarbesar1Tidak dinafikan apabila seseorang melakukan senaman kemut, perasaan kurang selesa akan berlaku di mana jika membuang air besar akan mengalami sembelit.

Bagi yang ada buasir pula, penyakit itu akan menjadi ketara dan menyakitkan, tetapi sebaliknya pada wanita apabila melakukan senaman ini, mereka akan berasa terangsang, terutama jika kedua-dua paha dirapatkan. Namun jika paha direnggangkan sedikit, mungkin rasa terangsang itu kurang atau tiada langsung.

Cara melakukan senaman kemut untuk lelaki adalah dengan merapatkan kedua-dua paha dan mencengkam lubang najis serta lubang kencing pada masa sama dengan padat, menahan nafas antara tiga hingga lima saat sebelum melegakan kemutan. Senaman ini perlu dilakukan berulang sehingga 10 kali. Bagi mendapatkan kesan lebih baik, lakukan lima kali sehari dan setiap kali, cengkam 10 kali.

Ketika melakukan senaman kemut, seseorang lelaki itu perlu berada dalam keadaan selesa, termasuk sudah membuang air besar dan kecil.

Antara khasiat senaman kemut adalah, ia membina otot benteng pangkal zakar yang mana jika zakar ereksi, mengemut dapat memadatkan pangkal zakar dan menolak serta memerah darah hala ke depan, sekali gus menyebabkan penghujung zakar lebih padat dan kembang seolah-olah zakar kelihatan besar di depan.

Bagi wanita, amalan kemut dapat melangsing dan melegakan corong faraj, sekali gus menyempitkan pembukaan faraj yang renggang.

Dengan corong faraj yang sempit dan kemas, angin tidak mudah masuk ketika wanita itu bergerak dan hubungan kelamin tidak akan berbunyi saperti angin keluar dan masuk.

Amalan mengemut dapat membantu melangsingkan otot kemutan dan membantu hubungan dengan pasangan kerana akan menjadikan aktiviti seksual lebih seronok dan merangsangkan.

Namun, perlu diketahui bahawa senaman kemut tidak dapat membina zakar menjadi panjang atau besar seperti mana dipaparkan dalam Internet bahawa kaedah ini adalah amalan orang Arab bagi membesarkan zakar.

Namun yang pasti, senaman kemut dapat memberi tenaga dan kekuatan apabila zakar yang ereksi dikemutkan.

Mengemut juga membantu mengekalkan ereksi dan dapat bergerak serta mengubah posisi, sekali gus merendahkan kemungkinan darah terkeluar daripada otot zakar.

Selain itu, jika pergerakan zakar ke dalam faraj dengan keadaan lelaki mengemut, pasangan dapat merasai nikmat yang lebih dan mudah mencapai klimaks.

Gerakan zakar juga dapat dikawal dalam keadaan kemut. Justeru, amalan dan senaman kemut dapat menjaga kekuatan ereksi selagi zakarnya mampu mengeras.

(Sumber Harian Metro)

ADAKAH penggunaan gambir Sarawak akan memberi kesan yang buruk walaupun jarang menggunakannya? Saya masih bujang tetapi rakan ada mencerita...

ADAKAH penggunaan gambir Sarawak akan memberi kesan yang buruk walaupun jarang menggunakannya? Saya masih bujang tetapi rakan ada menceritakan perihal gambir Sarawak.

KHAI
Serdang, Selangor

lancap1GAMBIR SARAWAK atau nama saintifiknya Uncaria Gambir adalah sejenis tumbuhan yang dihasilkan dari getah kayu pokok gambir yang banyak ditemui di dalam hutan Sarawak.

Untuk makluman anda, gambir Sarawak digunakan untuk sakit gusi. Apabila serbuk gambir disental di gusi, bahagian itu akan rasa pijar dan sakit gusi akan rasa lega.

Jadi, gambir Sarawak sebenarnya memanaskan, memijarkan kulit atau mukosa dan boleh membakar serta meradangkan kulit yang sihat menjadi sakit dan melecur.

Kulit zakar dan kulit anggota kelamin perempuan dari jenis kulit lembut yang mengandungi banyak urat saraf. Apabila gambir Sarawak disapu di bahagian itu dan anggota kelamin perempuan menerima kesan dari zakar yang disapu Gambir Sarawak, kulit anggota itu akan radang.

Jika kebetulan bahan itu mengakibatkan alahan kepada kulit, bahagian itu akan bengkak dan melecur. Kawan anda tidak memberi maklumat ini kerana mereka tidak tahu atau mereka mahu menganiaya anda.

Berwaspada apabila anda diberi gambir Sarawak untuk tujuan melambatkan ejakulasi. Kesan sampingan yang berlaku boleh membantutkan hubungan intim dan mengeruhkan keceriaan. Elak guna gambir Sarawak.

(Sumber Harian Metro)

MASALAH sakit kepala selepas klimaks atau ‘post climax headache’ adalah fenomena yang boleh berlaku kepada semua orang. Ia membabitkan saki...

MASALAH sakit kepala selepas klimaks atau ‘post climax headache’ adalah fenomena yang boleh berlaku kepada semua orang. Ia membabitkan sakit kepala teramat sangat selepas klimaks sama ada hasil onani atau hubungan seksual.

Pening kepala ini boleh berpanjangan dan mengganggu kualiti kehidupan. Fenomena ini berlaku mungkin akibat perubahan ketara yang berlaku kepada tubuh individu itu ketika dia klimaks.

lancap2Bayangkan ketika dalam tahap rangsangan seksual yang kemuncak, tekanan darah dan tahap pernafasan meningkat manakala otot menegang, termasuk otot tengkuk dan kepala.

Ketika klimaks, pengeluaran kimia dalam badan meningkat dan ini sedikit sebanyak boleh mengakibatkan tindak balas pada otot dan perjalanan darah dalam kepala.

Jika perkara ini kerap berlaku walaupun selepas cuba makan ubat, individu yang mengalaminya dinasihatkan berjumpa doktor bagi menjalani pemeriksaan urat saraf atau neurological.

Ini untuk menentukan sama ada wujud sesuatu yang luar biasa dalam otak atau saluran darah dalam otak yang tidak normal seperti Enuerysm atau kelemahan salur darah.

Jika hasil pemeriksaan menunjukkan semuanya normal, individu yang mengalami gejala pening tidak perlu khuatir.

Ini kerana pegawai perubatan yang merawat boleh memberi ubat antiradang. Ubat ini boleh dimakan sebelum bersama atau sebelum anda melakukan onani.

(Sumber Harian Metro)

SAYA lelaki berusia pertengahan 20-an dan belum pernah melakukan hubungan seks, tetapi kerap melakukan onani. Dalam dua atau tiga minggu la...

SAYA lelaki berusia pertengahan 20-an dan belum pernah melakukan hubungan seks, tetapi kerap melakukan onani. Dalam dua atau tiga minggu lalu, kepala zakar ditumbuhi bintik kecil berwarna merah yang semakin besar seperti gigitan nyamuk dan membengkak. Ia tidak berasa sakit, cuma kadangkala terasa gatal. Sekarang bintik merah itu semakin banyak. Adakah ini satu tanda saya mendapat penyakit kelamin?

BASRI
Butterworth, Pulau Pinang

onaniPENGHUJUNG zakar atau ‘kepala zakar’ biasa terselindung oleh kulup zakar atau kulit penutup. Untuk lelaki yang berkhatan, kulit penutup tiada kerana dipotong, menyebabkan penghujung zakat terdedah. Akibat terdedah menjadikan lapisan pelembap kulit tiada atau kurang dan mengakibatkan kulit kepala zakar kering seterusnya berlaku radang.

Kadangkala lapisan kulit penghujung zakar menjadi kering dan menggerutu dan ada gelembung atau bintik merah dikenali sebagai ‘papilla’ yang kelihatan banyak jika keradangan ketara dan kurang apabila keradangan berkurangan.

Papilla ialah penghujung urat saraf terdedah yang timbul apabila tertekan seperti dalam keadaan radang. Jika keradangan reda, papilla akan kurang kelihatan. Saya syorkan anda menggunakan krim pelembap saperti krim ‘aqueous’.

(Sumber Harian Metro)

ONANI dan seks bersama pasangan adalah dua perkara berbeza apabila merujuk soal nikmat. Kepada yang biasa dengan amalan onani dan selesa de...

ONANI dan seks bersama pasangan adalah dua perkara berbeza apabila merujuk soal nikmat. Kepada yang biasa dengan amalan onani dan selesa dengan teknik sendiri merangsangkan syahwat, mereka lebih seronok dengan perbuatan itu.

onani2Ada juga pengamal onani yang lebih selesa dan ghairah ketika persetubuhan dengan pasangan berikutan mereka hanya melakukan onani apabila mengalami tekanan syahwat dan melakukannya untuk melepaskan nafsu bersetubuh.

Kepada lelaki yang cepat klimaks ketika beronani, dia yang mengawal pergerakan dan sentalan kepada zakar. Tentu dia tahu bahagian yang sensitif dan menumpukan geselan di situ.

Perkara sebaliknya berlaku apabila dia melakukan hubungan seksual dengan pasangan kerana rangsangan yang biasa membolehkan klimaks dengan onani tidak sama jika bersetubuh.

Justeru, seseorang yang kerap onani perlu menumpukan sentuhan lain yang membolehkannya mencapai klimaks dengan pasangan.

Ini memakan masa dan kadangkala membosankan pasangan jika terlalu lama selain meletihkan.

Ini bukan masalah kesuburan atau masalah kurang rangsang dengan pasangan. Ini berlaku kerana, walaupun seronok dan terangsang dengan isteri, individu itu tidak dapat rangsangan yang mampu mencetuskan klimaks yang dia biasa dengan cara amalan onani.

Mungkin jika dia mendapat kerjasama isteri untuk melakukan rangsangan yang memudahkannya klimaks, perkara kurang terangsang itu dapat diatasi.

Memang mustahak untuk pasangan kelamin bekerjasama dan berkomunikasi untuk menjayakan hubungan intim yang lebih mengghairahkan dan bukan hanya sekadar melakukannya tanpa perasaan.

(Sumber Harian Metro)

SEJAK kebelakangan saya kerap kencing tak lawas. Untuk pengetahuan, umur saya baru 20 tahun. Saya buntu kerana hampir setiap malam terpaksa...

SEJAK kebelakangan saya kerap kencing tak lawas. Untuk pengetahuan, umur saya baru 20 tahun.

Saya buntu kerana hampir setiap malam terpaksa menghabiskan masa untuk kencing berulang kali. Ia membuatkan saya rasa sangat tertekan. Malah, saya dapati kini saiz alat kelamin makin kecil. Apa patut saya buat?

HAFIZ
Alor Gajah, Melaka

tahan-kencingPUNDI KENCING mampu mengisi seliter air kencing. Namun, ini jarang berlaku kerana kita akan membuang air kecil apabila terasa mahu kencing dan jarang menahannya.

Individu yang suka menahan kencing akan mendapati ada kalanya pundi kencing meragam dan perlu kencing dengan kerap biarpun air kencing yang keluar sedikit.

Ini berlaku kerana kesan menahan kencing menjadikan pundi radang serta perasaan mahu kencing lebih terasa. Ia akan menyakitkan jika tidak kencing.

Mengenai kencing malam, sesiapa pun akan kencing malam apabila minum banyak pada waktu malam. Malah, kesan makan buah serta minum air sederhana akan menyebabkan seseorang itu mahu kencing dengan kerap pada waktu malam jika lewat tidur.

Jika mahu elak kencing malam terlalu kerap, pastikan anda kurang minum air pada waktu malam dan kencing sebelum tidur biarpun tidak terasa mahu kencing. Cara ini akan meredakan tekanan otot pundi kencing dan dapat bertahan sehingga pagi.

Onani juga boleh menyebabkan salur kencing radang dan pundi prostat tertekan serta mempengaruhi perasaan mahu kencing pada waktu malam. Keradangan salur kencing boleh menular ke pundi kencing dan mengakibatkan infeksi pundi kencing.

Kesudahannya, akan menyebabkan kekerapan kencing malam. Jika ini berlaku dan anda terasa sakit ketika air kencing keluar, itu mungkin petanda infeksi pundi kencing. Anda boleh rujuk kepada doktor untuk pemeriksaan dan rawatan.

Sudah tentu jika anda kerap kencing malam, ereksi akan jarang berlaku dan zakar akan kelihatan mengecut.

Apabila masalah ini pulih, keadaan kesihatan zakar anda akan kembali seperti sedia kala.

(Sumber Harian Metro)

Urutan fullbody termasuk muka dan kepala. Teknik facial spa digunakan untuk urutan muka Wasap 01112551590

Urutan fullbody termasuk muka dan kepala.

Teknik facial spa digunakan untuk urutan muka

Wasap 01112551590

Zaman sekarang ramai orang stress. Jom urut atasi stress. Wasap 01112551590

Zaman sekarang ramai orang stress. Jom urut atasi stress.

Wasap 01112551590

Cara senaman

Cara senaman
senam1 senam2 senam3 senam4 senam5

penis_class

5 Rahsia kegagahan setiap Lelaki 1. Sentiasa Berstamina – SUAMI PERKASA perlu sentiasa berstamina & bersedia pada bila2 masa untuk membe...

5 Rahsia kegagahan setiap Lelaki

images-381. Sentiasa Berstamina – SUAMI PERKASA perlu sentiasa berstamina & bersedia pada bila2 masa untuk memberi layanan yg A+ kepada isterinya
2. Alat Kelamin POWER – Berbadan tegap & sasa serta berstamina sahaja tidak memberi makna jika alat Kelamin anda pendek, kecil, lembik, kepala alat Kelamin kuncup, cepat kendur, kurang tegang dan tidak maskulin, yg lebih parah.. MATI PUCUK!
3. Tahan Lama – Tahukah anda setiap wanita memerlukan sekurang-kurangnya 15 minit untuk dirangsang & memerlukan sekurang-kurangnya 15 minit lagi untuk mencapai klimaks. Sungguh menghampakan & memalukan apabila suami menghadapi masalah terpancut awal
4. Mahir Dalam Posisi Seks – Anda perlu mahir sekurang-kurangnya 10 posisi seks. Mengapa? Kerana setiap posisi seks mempunyai kelebihan & kekurangan tersendiri.
5. Menguasai Nafsu Isteri – Berilah layanan yg istimewa kepadanya sebelum seks & jangan terlalu gelojoh untuk memasukkan alat Kelamin ke dalam faraj & kemudian cepat juga ingin menamatkan pelayaran.

Tujuan Mengurut zakar 1. Untuk membesarkan & memanjangkan zakar 2. Bagi mengubati tanda2 awal penyakit mati pucuk & lemah tenaga bat...

Tujuan Mengurut zakar

download-81. Untuk membesarkan & memanjangkan zakar
2. Bagi mengubati tanda2 awal penyakit mati pucuk & lemah tenaga batin
3. Untuk mengatasi masalah pancutan awal @ ejakulasi pramatang
4. Bagi meningkatkan keampuhan & keupayaan zakar – supaya zakar menegak lebih tegar dan galak, condong ke atas dan timbul urat-urat zakar serta kepala zakar kembang dengan garang seperti singa apabila menghadapi isteri ketika persetubuhan
5. Sebagai latihan untuk menghadapi situasi sebenar persetubuhan. Urut batang dengan latihan pernafasan tertentu boleh membantu suami mengawal kepala zakar untuk mengembang dan menguncup untuk kepuasan jimak pihak isteri. Sekaligus amalan urut ini berfungsi membantu suami tahan lama ketika bersetubuh.

Tahukah anda apakah punca penyakit 3L (Letih, Lemah & Lesu)? Boleh dikatakan smua kelompok masyarakat sama ada kanak-kanak, muda-mudi ...

Tahukah anda apakah punca penyakit 3L (Letih, Lemah & Lesu)?

Boleh dikatakan smua kelompok masyarakat sama ada kanak-kanak, muda-mudi & org tua menghidapi penyakit 3L ini.

Punca-puncanya adalah;

images-451. Tidak cukup tido
2. Tidak cukup tenaga
3. Tidak ambil sarapan pagi
4. Kurang darah merah (anemia)
5. Tekanan emosi
6. Terlalu banyak kafein
7. Dehidrasi

Tanda-tanda kesuburan lelaki bermasalah 1. Sperma lambat bergerak menuju ovum 2. Kualiti sperma terjejas 3. Ejakulasi pra matang 4. Kurang n...

Tanda-tanda kesuburan lelaki bermasalah

images-281. Sperma lambat bergerak menuju ovum
2. Kualiti sperma terjejas
3. Ejakulasi pra matang
4. Kurang nafsu terhadap pasangan
5. Kurang berstamina
6. Cepat letih