saya nk bg tips agar zakar kita kuat.. boleh buat sendiri.. rajin urut bahagian ni= tepi buku lali bahagian dalam kaki urut dari tepi buku l...
Kasi zakar kuat
saya nk bg tips agar zakar kita kuat..
boleh buat sendiri..
rajin urut bahagian ni=
tepi buku lali bahagian dalam kaki
urut dari tepi buku lali dan naik terus ke pangkal zakar
tuam bahagian perut bawah pusat dgn batu..lg berat lg bagus..
tu yg saya praktik selalunya..
hanya sekadar tips..
boleh cuba sendiri..
kesan serta merta 😂😂
Sdh ready belajar multiple orgasm? 1. Latihan kegels Sekarang cuba semua…. kemut 30 saat dgn laju. Tgk brp jumlah kemut blh capai then repor...
Multiple Orgasm
Sdh ready belajar multiple orgasm?
1. Latihan kegels
Sekarang cuba semua…. kemut 30 saat dgn laju. Tgk brp jumlah kemut blh capai then report d sini.
Kegels itu kemut2 otot lantai pelvis
Utk menjadi multi orgasmic person, otot kegels wajib kuat
Latihan kemut stp hari:
Minggu pertama 100x
Minggu kedua 200x
Minggu ketiga 300x
Setersunya tambah 100x stp mggu sampai anda mampu 1000x utk 1 go
Wajib 1 go. Xda rest
Tpi awal2 tu klu lelah dan nak rest its ok. Targetnya nak buat 1000 sehari tanpa rest
Untuk wanita ini sgt baik. Menjadikan anda power grip tanpa perlu apapa ubat
Ia jg menyuburkan sperm/ovum dan mengelakkan kanser ovari/prostat
Dpt kemut >50 dlm 30 saat, anda ada bakat
< 50 dlam 30 saat, kena usaha train lbh
Kalau anda sdh cun buat kegels, ke step kedua
2. Kenali orgasm dan ejakulasi
Orgasm blh di capai tanpa ejakulasi. Masukkan ni dlm minda dalam2
Byg lelaki hanya faham utk orgasm wajib ejakulasi
3. Menahan ejakulasi.
Ejakulasi 100% adalah ketika sdh ‘keluar’
So anda harus kenali
Tahap 70%
Tahap 80%
Tahap 90%
Tahap 95%
Ketika di tahap 95%,
Peluk pasangan erat, semuanya saling bertemu. Dari kepala ke kaki. Stop dayungan.
Kamut otot PC (otot kemut tu) sekuat-kuatnya. Tahan air drpd keluar.
Visualkan energi seks yg sdg tercipta tu (energi orgasm) naik dr tulang ekor.
Visual dan rasakan ia naik perlahan lahan melalui semua cakra.
Dasar
Seks
Pusat
Jantung
Kerongkong
Dahi
Dan ubun2
Ketika ia sampai di ubun2, pineal gland anda akan terangsang menghasilkan nektar. Iaitu air liur yg sgt murni. Para guru kata, ini air ‘al kautsar’ yg sgt ajaib.
Air madu dr yg trn dari beribu kelopak cakra mahkota yg kembang. Telan air tu. Anda akan awet muda
Tongkat lidah.
Turunkan energi tru jalur energi depan. Trn ke dahi, trn melalui lidah yg d tongkat.
Terus trn ke cakra jantung, pusat, seks dan at last ke tantien/dantien (storage tenaga dalam) dan diam di itu.
Then sambung utk round ke 2, 3,… 100
Hanya perlu latihan
Dan kefahaman dr pasangan
Ketika anda sdg orgasm, anda melasp energy sgt besar
Baik di tahan, buat ORBIT MIKROKOSMIK
Yg td d atas tu adalah proses ORBIT MIKROKOSMIK
kalau ada rasa sakit di badan, blh channel energi td utk penyembuhan
Masa kemut tahan pancutan, arahkan fikiran ke tempat sakit. Atau alirkan ke badan isteri.
Atau…. kalau ada hutang, masa kemut tu, arahkan fikiran memikirkan bahawa hutang anda sudah selesai
Be creative
Up to u
Makanya bahaya kalau sdh orgasm fikir benda2 negatif
Energi besar terchannel mencaj benda negatif tadi jd berganda
Ok..dh siap dicompile..haha😝😝
SEKS bukan sahaja bermanfaat kepada kesihatan fizikal suami isteri tetapi lebih penting dari itu, ia menjadi mimpi ngeri kepada beberapa je...
Hubungan Kelamin Vs Deman Selsema
SEKS bukan sahaja bermanfaat kepada kesihatan fizikal suami isteri tetapi lebih penting dari itu, ia menjadi mimpi ngeri kepada beberapa jenis penyakit.
Melakukan hubungan seks dapat membina sistem pertahanan badan manusia yang kuat, membolehkan tubuh seseorang menyerang serta membunuh penyakit-penyakit seperti demam selesema.
Saintis dari Switzerland, Manfred Schedlovski mendapati, jumlah fagosit meningkat dengan ketara semasa melakukan hubungan kelamin. Malah, ia melonjak sekali ganda apabila pasangan mencapai orgasma.
Fagosit merupakan sel-sel di dalam mekanisme pertahanan tubuh atau sistem imun yang berupaya menelan dan mencerna bakteria, protozoa, sel-sel dan puing sel serta kumin-kumin lain.
Schedlovski tidak bersendirian di dalam penemuan ini. Hasil kajiannya disokong oleh seorang pakar imun dari Amerika Syarikat, Peter Schleicher: “Seks bukan sekadar memulihkan organisma tubuh badan kita tetapi turut mengekalkan sistem imunnya.”
(Sumber Harian Metro)
Take Care of Your Penis …. Tips to keep your penis clean, sweet and healthy. As a man, keeping your penis healthy and sweet is important. Yo...
Jaga Zakar Anda

Take Care of Your Penis….
Tips to keep your penis clean, sweet and healthy.
As a man, keeping your penis healthy and sweet is important. Your sexual
organs are very valuable and must be cared for.
1. A clean penis is very important so wash your penis with warm water at least twice a day.
Clean the scrotum and under the penis shaft gently and scrub your scrotal sack too.
2. Leaving too much hair around the penis is not cool. During sex,the hair can cause cuts on the vaginal organs and condom.
Also, hair around the base of the penis can be breeding ground for boils and cause bad odour so shave or keep it short and clean.
3. Don’t pamper the penis too much, As soon as you notice an infection, boil, rashes, please get help
immediately.
4. Many guys wear one boxer for a whole week or even a month but for health reasons pls change your
boxers everyday. Dirty boxer may give your penis a permanent bad smell and a bad taste.
5. Guys what you eat affects the taste of your semen or penile juice. Avoid too much garlic, onion, alcohol,coffee and spicy foods.
Eat fruits that are high in natural sugar like oranges, apples, mangoes and please take honey too. They all make your sperm taste good to feed the egg for a healthy baby.
6. A woman’s face may need makeup but not your penis. Avoid using powder around the penis. If you do,
especially after shaving, you might have to deal with serious irritations. The penis doesn’t need perfume to smell good so don’t spray perfume around your penis.
NB: For those who are not circumcised, in your case, please pull back the the foreskin and wash underneath with warm water everyday.
Always remember, a clean penis is mightier than Goliath’s sword..
Thanks for reading but guys, please share to your male Friends, brothers, Fiancé & Husbands &….
Guys, please forward this to all your male friends to promote a healthy penis life among men.
Finally guys, please go for a quick check up if you notice any changes within your scrotum, this could be a sign of prostrate cancer. It’s common among men about and above 50years…..
Please this is educational material so don’t take offence prostate cancer is real and claims life. Please forward this to all your male friends and sons.
1. Fakta: 60% lelaki ASIA mengalami lemah tenaga batin 2. Fakta: Pada umur lebih 30 tahun, lebih 82% lelaki tidak dapat mengekalkan ereksi k...
Fakta lelaki yang perlu anda Tahu

1. Fakta: 60% lelaki ASIA mengalami lemah tenaga batin
2. Fakta: Pada umur lebih 30 tahun, lebih 82% lelaki tidak dapat mengekalkan ereksi ketegangan zakar seperti pada umur 20 tahun dahulu.
3. Fakta: 9% lelaki memiliki saiz zakar yang kecil daripada yang sepatutnya mereka miliki.
4. Fakta: Purata masa bertahan untuk lelaki dalam hubungan seksual hanya 5-8 minit.
5. Fakta: 75% wanita tidak pernah berasa puas ketika hubungan seks dengan pasangannya.
6. Fakta: 2/3 wanita di dunia tidak berpuas hati dengan saiz zakar pasangan mereka.
7. Fakta: Lebih daripada 75% wanita di dunia mahu zakar yang besar dan panjang
Semasa bangun dari tidur, selatkan pangkal batang zakar (kawasan yang berhampiran dengan bumi zakar) menggunakan jari telunjuk dan jari teng...
Cara Urut Untuk Angin Pada Batang Zakar
Semasa bangun dari tidur, selatkan pangkal batang zakar (kawasan yang berhampiran dengan bumi zakar) menggunakan jari telunjuk dan jari tengah tangan kanan atau tangan kiri.
Hujung jari-jari itu menekan ke pangkal zakar sambil mengurut-urutnya ke atas dan ke bawah. Lakukan selama kira-kira 2 minit atau hitungan 99 kali.
Lakukan pada setiap pagi kerana amalan ini akan memecahkan lemak dan angin dari berkumpul pada pangkal zakar.
Ianya juga dapat mengelakkan dari berlakunya tersimpul urat buah zakar apabila usia meningkat tua.
SAYA lelaki berumur 18 tahun. Sejak akhir-akhir ini, saya berasa sakit di pinggang dan ia terasa sangat pedih. Tiga bulan lalu, saya membuat...
Kencing Kotor
SAYA lelaki berumur 18 tahun. Sejak akhir-akhir ini, saya berasa sakit di pinggang dan ia terasa sangat pedih. Tiga bulan lalu, saya membuat pemeriksaan di hospital kerana sukar membuang air kecil.
Keputusannya, saya tidak mengalami apa-apa penyakit serius dan ia hanya disebabkan masalah air kencing kotor.
Sejak itu, saya mula bimbang kerana air kencing berwarna kuning dan kuantitinya tidak seimbang (terlalu sedikit dan terlalu banyak).
Saya juga kerap membuang air kecil dan perut menjadi keras. Apakah masalah sebenarnya yang saya hadapi?
AZROY
Muar, Johor
Anda mengalami simptom sakit bahagian belakang berdekatan kawasan buah pinggang, kencing berwarna kuning dan kandungannya tidak menentu.
Begitupun, anda sudah merujuk kepada doktor untuk menjalani pemeriksaan.
Kemungkinan doktor lakukan ujian kencing dan mendapati air kencing anda ‘kotor’, istilah am digunakan doktor untuk menjelaskan mengenai air kencing mengandungi kristal, sel dan kuman.
Doktor juga menjalankan ujian imbasan atau ‘scanning’ terhadap pundi kencing dan kawasan buah pinggang dan mungkin tidak nampak apa- apa yang luar biasa seperti batu karang.
Bagi saya, masalah anda kerana kencing kotor dan kini doktor anda memberi ubat sewajar untuk anda makan.
Secara amnya, doktor terbabit sudah mengendalikan masalah ‘kencing kotor’ anda. Kini, anda perlu makan ubat sehingga habis dan ikuti nasihat doktor.
Anda juga perlu minum air dengan secukupnya. Bagaimanapun, jangan risau jika simptom lain muncul, sebaliknya segera berjumpa doktor bagi mendapatkan kepastian dan rawatan mengenai penyakit terbabit.
Kencing kotor tidak berbahaya tetapi harus dirawat. Paling penting, jangan mendiamkan diri dan berusaha seterusnya sehingga penyakit anda terubat.
SEMEMANGNYA nafsu seks dan naluri syahwat itu fitrah semula jadi semua makhluk Tuhan. Tuhan menganugerahkan tubuh badan yang lengkap dan dap...
Tidak Perlu Cuba Sebelum Kahwin
SEMEMANGNYA nafsu seks dan naluri syahwat itu fitrah semula jadi semua makhluk Tuhan. Tuhan menganugerahkan tubuh badan yang lengkap dan dapat berfungsi dengan sempurna untuk menunaikan fungsi reproduksi.
Manusia diberi akal supaya dapat menggunakannya dengan bijak untuk menjalankan tanggungjawab dalam kehidupan, termasuk menghasilkan zuriat dengan pasangan pilihan.
Sistem reproduksi mula aktif apabila manusia sudah akil baligh. Jika hubungan seksual dilakukan dalam usia muda, kemungkinan kehamilan berlaku sangat tinggi memandangkan ketika itu proses pembangunan reproduktif sungguh mantap.
Justeru, tidak hairan jika kita dengar perempuan yang baru saja baligh dan berusia sembilan tahun pun boleh hamil dengan pasangan lelaki yang juga muda seawal usia 12 tahun.
Ini berlaku kerana nak mencuba. Bayangkan anda menjadi bapa pada usia sedemikian, apa agak rasanya? Bagaimana pula dengan tanggungjawab yang perlu dijalankan.
Sudah tentu buntu. Mungkin ketika itu mereka tidak terfikir perkara seperti itu boleh berlaku dan mungkin mereka tidak tahu dan tidak pernah diberi tahu kerana umur yang muda.
Jika mereka berdua dapat sedikit maklumat mengenai kehidupan, gaya hidup dan tanggungjawab kepada diri dan orang yang disayangi, tentu mereka tidak akan buat perkara itu dan tidak akan mudah terpengaruh untuk mencuba.
Sebab itu ingin saya katakan, lebih baik seseorang itu mendirikan rumah tangga dan seterusnya menjalin hubungan seks dengan isteri apabila dewasa kerana sudah matang dan lengkap dengan pendidikan dan pelajaran.
Seseorang itu tidak perlu mencuba (lakukan hubungan seks luar nikah) untuk mengetahui sama ada fungsi seksnya normal atau sebaliknya.
Ingin saya nasihatkan, jika badan sihat, mencapai ereksi waktu awal pagi yang kekal dan mengalami mimpi basah (ejakulasi dalam mimpi) atau ejakulasi ketika merangsang anggota kelamin, seseorang itu pasti mempunyai fungsi syahwat dan ereksi yang sihat.
Mungkin cabaran jika masih lagi ‘teruna’, pastinya ketika berdampingan dengan pasangan, sama ada dapat melakukan hubungan seksual bersamanya atau tidak. Sedangkan lelaki yang pernah menjadi ‘hero’ pun gagal kerana tidak tahu menjalankan fungsi.
Yang mustahak adalah keyakinan diri dan kerjasama antara pasangan untuk menjayakan hubungan intim. Jika kedua-duanya gagal, mereka perlu berjumpa pakar.
SERAMAI 40 hingga 50 peratus lelaki yang berusia 40 tahun ke atas mengalami masalah gangguan ereksi atau disfungsi erektil. Jadi ia bukan pe...
Gangguan Ereksi
SERAMAI 40 hingga 50 peratus lelaki yang berusia 40 tahun ke atas mengalami masalah gangguan ereksi atau disfungsi erektil. Jadi ia bukan perkara luar biasa jika anda yang berumur 40 tahun ke atas mengalami masalah yang sama.
Namun, agak malang kerana sebilangan besar daripada mereka yang mengalami masalah ini tidak berbuat apa- apa. Mereka anggap ‘masalah’ itu akan pulih apabila keadaan mereka sempurna kembali terutamanya aspek tahap kesihatannya.
Ada yang kaitkan masalah itu kerana tekanan perasaan atau kesan badan yang tidak sihat seperti demam yang kebetulan berlaku sebelum mengalami simptom lemah tenaga batin atau menghidap penyakit darah tinggi.
Simptom lemah tenaga batin atau lemah syahwat yang biasa berlaku ialah kerana kegagalan untuk mencapai ereksi yang kekal untuk persetubuhan atau jika ada ereksi, ia cepat lemah dan tidak bertahan,
Ada juga mengalami simptom seperti itu yang kebetulan menjadi lebih ketara selepas seseorang sembuh daripada demam panas, begitu juga dengan tekanan perasaan dan juga rawatan penyakit darah tinggi juga turut menjadi faktor kegagalan pencapaian ereksi untuk anda.
Pendek kata ada banyak faktor menyebabkan lelaki gagal mencapai ereksi yang mencukupi untuk persetubuhan. Yang mustahak ialah kesedaran dia mengalami masalah itu dan tidak terasa malu atau mendiamkan diri untuk mendapat rawatan.
Ramai lelaki tidak tahu yang disfungsi ereksi petanda awal gangguan kesihatan yang boleh dikaitkan dengan amalan gaya hidup yang tidak sihat, penyakit kencing manis, tekanan darah tinggi, penyakit koronari dan masalah peningkatan kolesterol dan lemak dalam darah.
Anda masih muda dan perlu menjalani kehidupan yang memberangsangkan dan bukan sebaliknya. Sama juga dengan pasangan anda yang mungkin berasa tertekan juga kerana gangguan ereksi anda itu.
Kita tidak boleh mendiamkan diri dalam hal sebegini dan mengharapkan ia akan pulih tanpa membuat apa-apa. Ini yang biasa dilakukan ramai lelaki.
Mereka tertekan apabila pasangan bertanya mengenai fungsi anggota kelamin mereka dan mereka pilih untuk tidak membuat apa apa atau mengambil pilihan untuk dapat rawatan tradisional yang membahayakan.
Saya pasti anda tidak mahu sia-siakan diri anda dan pasangan anda dengan mendiamkan diri dan tidak membuat apa-apa.
SAYA kerap minum minuman berasaskan kopi. Boleh dikatakan setiap hari saya minum minuman seperti itu, terutama sebelum ke tempat kerja. Di r...
Apa kesan minum kopi terhadap air mani
SAYA kerap minum minuman berasaskan kopi. Boleh dikatakan setiap hari saya minum minuman seperti itu, terutama sebelum ke tempat kerja. Di rumah juga demikian jika ada masa lapang, seolah-olah menjadi tabiat.
Persoalannya, adakah tabiat meminum kopi secara kerap akan memberi kesan terhadap air mani seorang lelaki seperti mana perokok? Jika ada, apakah kesannya?
AFZAL
Tanjung Malim, Perak
Kopi dan teh menjadi minuman gaya hidup untuk warga dunia sejak ia diperkenalkan secara terbuka. Tambahan pula kajian menunjukkan ia tidak mengganggu kesihatan dan mengandungi banyak khasiat dan kebaikan.
Kopi mengandungi banyak bahan ‘antioksiden’ dan juga kimia bergelar kafein, stimulant urat saraf setaraf ‘viagra’. Jika diminum pekat dan banyak, lelaki muda mudah mencapai ereksi yang mencabar!
‘Viagra’ sebenarnya ialah ubat yang dapat melembapkan proses kehancuran elemen tenaga CGMP yang ada pada seluruh badan selain otot zakar. Jadi tidak hairan jika orang berbangsa Arab minum kopi jenis Arabi dan mereka mudah mencapai kesegaran anggota kelamin.
Jadi tak hairan juga jika kopi mula menjadi minuman ‘gourmet’ dengan harga tinggi, dengan pelbagai perisa dan campuran herba dan aromatik untuk meningkatkan pilihan selera.
Tidak salah jika anda ketagih kopi kerana ia tidak memudaratkan seperti amalan merokok. Jika mahu membandingkan kopi dan rokok, memang sangat berbeza.
Kini kopi menjadi mangsa sesetengah pengilang yang inginkan untung yang banyak dan mereka mencampurkan kopi dengan ubat larangan sehingga minuman itu memudaratkan kesihatan, jadi berwaspadalah dengan produk sebegitu.
SAYA berusia 23 tahun dan menghadapi masalah kepala zakar tidak selesa. Apabila tersentuh seluar ia terasa ngilu, manakala kencing kadangkal...
Masalah Kepala Zakar tidak selesa jadi ngilu
SAYA berusia 23 tahun dan menghadapi masalah kepala zakar tidak selesa. Apabila tersentuh seluar ia terasa ngilu, manakala kencing kadangkala juga tidak selesa.
Sebelum ini zakar terasa sakit apabila ejakulasi dan selepas itu saya kencing terasa sakit mula-mula. Saya sudah berjumpa pakar dan daripada segi luaran zakar saya normal.
Testis, buah pinggang, prostat dan pundi kencing juga diperiksa dengan melakukan ultrasound dan semuanya normal. Jadi apa yang menyebabkan kepala zakar saya ngilu dan timbul masalah yang saya nyatakan?
AMAN
Klang
Sememangnya mukosa penghujung zakar atau kepala zakar terasa ngilu jika tersentuh. Ini kerana bahagian itu mengandungi banyak penghujung urat saraf seperti ‘Pacinian Corpuscles dan Messners Corpuscles’.
Lebih-lebih lagi jika bahagian itu mudah sangat tersentuh kain, tindak balas sentuhan itu ialah perasaan ngilu yang anda alami. Lebih-lebih lagi jika anda jenis yang mudah terangsang dan anda mencuba mengawal perasaan teruja.
Jika kepala zakar tersentuh, perasaan ngilu itu menjadi secara spontan. Jadi tidak hairan jika sesetengah lelaki yang berkhatan dan mengalami masalah seperti anda akan menggunakan pembalut (artificial foreskin) — tiada dalam pasaran di Malaysia — untuk melindungi penghujung zakar daripada tekanan dan kemungkinan bahagian menjadi ngilu.
Cara lain untuk melegakan perasaan ngilu itu adalah dengan menggentel hujung zakar dengan menggunakan krim supaya perasaan ngilu dapat dikawal atau tidak memberi tekanan.
Berkaitan ejakulasi yang menyakitkan salur kencing, sudah tentu bahagian yang sakit itu mengalami keradangan akibat tekanan.
Biasanya bahagian yang kerap terbabit ialah bahagian penghujung zakar, bahagian salur kencing bawah lekuk penghujung zakar. Jadi apabila air kencing keluar dan merentasi bahagian yang radang, sudah tentu terasa sakit.
Apabila keradangan lega, kesakitan itu juga lega. Ini pun biasa dan bukan masalah serius.
Mengenai alam berumah tangga, tentu banyak perkara baru dihadapi pasangan dan begitu juga dalam melakukan hubungan kelamin, mungkin kerana k...
Suami Songsang
Mengenai alam berumah tangga, tentu banyak perkara baru dihadapi pasangan dan begitu juga dalam melakukan hubungan kelamin, mungkin kerana kurangnya pengetahuan.
Bagaimanapun, saya pasti semua pasangan yang mahu mendirikan rumah tangga akan menjalani kursus praperkahwinan dan tentu perkara mengenai nafkah zahir dan batin, termasuk aspek hubungan kelamin, diterangkan secara ringkas.
Jadi tiada sebab mengapa pasangan buat tidak tahu mengenai keperluan nafkah batin yang anda perlukan dan sekurang-kurangnya dia perlu tunaikan tanggungjawabnya.
Namun saya pasti ada ramai lagi wanita yang dibelenggu dan menderita dalam diam kerana masih tidak mendapat belaian daripada suami seperti sepatutnya.
Bagi saya, lelaki yang tidak melayan isterinya hanya mahukan teman hidupnya sebagai bahan tayangan atau ‘showcase wife’. Jadi kebanyakan daripada mereka memang baik daripada segi perangai tapi tidak berhati perut.
Sebilangan mereka sihat belaka dan mereka hanya ikut angin mereka. Jika nak buat, baru buat dan jika tidak, dia buat tidak tahu walaupun pasangan begitu inginkan hubungan intim.
Sudahlah begitu, mereka tidak suka pula bermesra dan jarang peluk atau mencium pasangan mereka. Jika pasangan tidak meminta, mereka akan buat tidak tahu saja.
Ada juga yang tidak dapat ‘berfungsi’ tapi besar hati mahu kahwin. Yang menjadi mangsa adalah isteri apabila terperangkap tanpa belaian seksual suami.
Suami terbabit hanya mencurahkan kekayaan dan kemewahan kerana sebahagian besar daripada golongan itu adalah orang kaya dan ternama.
Dalam situasi ini, sukar untuk buat sesuatu kecuali diri sendiri yang membuat pilihan, sama ada mahu laporkan perkara itu kepada pihak berkaitan atau membiarkannya.
Mungkin sebelum ini tidak ramai wanita terpelajar dan mudah dikongkong suami. Kini ramai wanita bijak pandai dan tahu hak mereka serta pantas bertindak.
Ada juga sebilangan kecil lelaki yang mahu melindungi sifat songsangnya dengan berkahwin, tapi sebaliknya lebih gemar beronani, menonton video lucah atau melakukan hubungan sumbang dengan lelaki lain.
Mereka hanya melayan isteri jika terdesak, dan itu pun secara paksaan. Saya terpaksa mendedahkan semua telatah lelaki yang sumbang ini supaya perempuan tidak mudah ‘terjerumus’ kepada lelaki bergelar suami yang tidak bertanggungjawab terbabit.
Suami terbabit perlu sedar apa yang mereka lakukan adalah penganiayaan terhadap perempuan. Saya syorkan isteri yang menghadapi situasi seperti itu supaya berdepan suami.
Minta suami ubah sikap yang mementingkan dirinya dan lakukan perkara baik demi keharmonian rumah tangga. Jangan biarkan dia fikir kerana sudah dapat, seseorang wanita itu tidak akan buat apa-apa.
Kini ada banyak khidmat kaunseling yang diberi badan kerajaan dan bukan kerajaan yang membolehkan mangsa mendapat bimbingan dan bantuan.
Saya harap sesiapa yang menghadapi masalah seperti itu dapat menemui jalan penyelesaian dan berdoa si suami dapat buka pintu hatinya untuk memberi kepuasan hidup kepada isteri.
SESETENGAH ulama mendakwa persetubuhan yang kerap boleh menyebabkan penglihatan menjadi rabun, cepat tua dan sebagainya, tetapi apa pula kes...
Seks menyebabkan Rabun dan Cepat Tua?
SESETENGAH ulama mendakwa persetubuhan yang kerap boleh menyebabkan penglihatan menjadi rabun, cepat tua dan sebagainya, tetapi apa pula kesannya daripada segi kajian saintifik?
D’ZULQARNAIN
Kuching, Sarawak
Satu ketika dulu, Rasulullah SAW pernah ditanya sahabat mengenai gaya persetubuhan dari belakang yang kononnya mengikut ulama terdahulu boleh menyebabkan anak yang dilahirkan macam keldai.
Jawapan Rasulullah ialah cara itu harus dan jalanannya melalui faraj saja, malah ada banyak lagi perkara yang satu ketika dulu dianggap janggal didapati sebenarnya disalah tafsirkan seperti perkara yang anda ketengahkan mengenai persetubuhan.
Mungkin ramai tidak tahu bahawa persetubuhan sangat digalakkan dalam Islam. Ia ibadah dan pahalanya sangat tinggi. Pasangan itu perlu dalam keadaan bersih, yakin dan melakukannya secara tertib serta beradab seperti kita melakukan solat.
Persetubuhan dapat mengeratkan silaturahim antara pasangan dan merapatkan sanubari dan keintiman sepanjang hayat.
Mengikut kajian saintifik, ketika bersetubuh dan pasangan dalam keadaan seronok, hormon ‘oxitocin’ keluar dan ini mengeratkan silaturahim antara mereka.
Pengeluaran hormon ‘vasopressin’ merapatkan sanubari kedua-dua mereka sehingga hanya perasaan gembira antara mereka berdua!
Jadi anda boleh bayangkan perkara yang anda nyatakan itu tidak tepat, malah bercanggah dengan kefahaman sebenar Islam dan juga saintifik.
BAGAIMANA ingin mengembalikan kembali kesegaran kulit zakar? Di mana boleh saya dapatkan ubat atau krim untuk mengatasi masalah seperti itu ...
Cara segarkan Kulit Zakar
BAGAIMANA ingin mengembalikan kembali kesegaran kulit zakar? Di mana boleh saya dapatkan ubat atau krim untuk mengatasi masalah seperti itu dan bagaimanakah ingin mengembalikan semula kulit zakar supaya kelihatan muda?
INGIN TAHU
Yan, Kedah
JAWAPAN
Kulit zakar adalah jenis kulit lembut yang mengandungi banyak tisu mengembang (lax connective tissue) dan tisu elastik serta tidak mengandungi lemak yang biasa ada kepada kulit badan.
Dengan adanya tisu mengembang itu, kulit boleh digerakkan atau ditarik dengan mudah.
Apabila ereksi berlaku, kulit tertarik dan meluas untuk menerima tumbesaran anggota kelamin lelaki. Jadi apabila ereksi mengendur dan mengecut, kulit zakar mengumpul dan menebal.
Warna kulit ketika dalam keadaan zakar mengecut kelihatan kurang cerah jika dibandingkan apabila ia tertarik akibat tumbesaran zakar ketika ereksi.
Warna kulit zakar memang gelap atau kurang cerah daripada kulit berdekatan anggota kelamin. Ini kerana kandungan lapisan tisu pewarna kulit bergelar lapisan ‘malphigian’.
Jika kulit itu disapu krim mengandungi bahan radang, sudah tentu kulit itu kelihatan lebih gelap akibat tekanan kepada lapisan ‘malphigian’ itu.
ISLAM melarang penganutnya berzina, iaitu melakukan hubungan seks tanpa nikah. Ia juga melarang seseorang itu bertukar-tukar pasangan dan me...
Bahana Seks Bebas dan Berzina
ISLAM melarang penganutnya berzina, iaitu melakukan hubungan seks tanpa nikah. Ia juga melarang seseorang itu bertukar-tukar pasangan dan melakukan hubungan seks secara rambang atau bebas.
Setiap perkara dilakukan akan memberi kesan kepada kehidupan kita. Sehubungan itu, berfikir sebelum melakukan sesuatu perkara adalah jalan terbaik bagi mengelak menyesal di kemudian hari.
Seks bebas adalah perkara yang wajib dielak, sebab itu agama melarang keras kerana dalam perspektif perubatan moden diakui bahawa amalan seks bebas boleh mendatangkan kemudaratan.
Saya menerima banyak persoalan daripada lelaki melakukan seks rambang mengenai kesan dihadapi mereka.
Hakikatnya ialah, gejala atau kesan daripada hubungan seks rambang sukar diduga, terutama jika hubungan itu tidak dirancang.
Kajian menunjukkan hubungan seks mudah berlaku apabila lelaki dan wanita dalam keadaan berdua-duaan dan ketika itu mereka tidak terfikir apa juga kesan daripada tindakan yang bakal dilakukan.
Kebanyakan mereka melakukan perbuatan itu dengan orang yang mereka kenali dan biasanya tidak terlintas dalam minda mereka yang si dia mungkin membawa jangkitan.
Bagi lelaki, jika anggota sulit mengalami kesakitan dan lendir seperti air mazi keluar dari salur kencing selepas melakukan persetubuhan, dia berkemungkinan dihidapi penyakit kelamin.
Jika tidak menggunakan kondom, kondom digunakan bocor, terlucut atau koyak, ada kemungkinan terkena jangkitan. Jika cecair kekuningan keluar dalam masa 24 jam selepas melakukan hubungan seks, kemungkinan terkena jangkitan Gonorhea.
Bagaimanapun, jika lendir yang keluar itu berlaku beberapa minggu kemudian dan ia keluar sedikit atau hanya kelihatan tanda di dalam seluar dalam, kemungkinan ia jangkitan kuman Virus Chlamydia.
Jika menghidap jangkitan itu, ada kemungkinan ia boleh merebak ke buah zakar dan mengakibatkan keradangan buah zakar. Jika ia merebak ke pundi prostat, keradangan prostat boleh berlaku.
Saya ingin mengingatkan yang andainya jangkitan dan virus itu disebarkan kepada wanita lain, kemungkinan besar wanita malang itu boleh mandul.
Lelaki berkenaan juga berkemungkinan mandul jika jangkitan itu mengakibatkan salur spermanya tersumbat.
Kepada mereka yang terlanjur dan mengesyaki terkena jangkitan, segera jumpa doktor. Ujian darah akan mengesahkan jangkitan dan penyakit ini ada rawatannya.
SETIAP orang dewasa ada keinginan dan nafsu. Apabila nafsu syahwat mula membuak, itu antara tanda sampai masanya untuk seseorang itu berkahw...
Tahap Upaya Beri Nafkah Batin
SETIAP orang dewasa ada keinginan dan nafsu. Apabila nafsu syahwat mula membuak, itu antara tanda sampai masanya untuk seseorang itu berkahwin. Keadaan itu normal bagi seseorang individu dan ia sebahagian putaran kehidupan.
Bagaimanapun, cuba bayangkan jika seseorang itu, terutama lelaki, dilahirkan sebagai seorang yang ‘istimewa’ seperti kekurangan dalam aspek intelektualnya. Lalu, dia diaturkan berkahwin oleh keluarganya.
Mungkin ramai akan tertanya-tanya mengenai keinginan syahwatnya dan timbul persoalan adakah dia mampu memberi nafkah batin kepada isteri secukupnya. Ini kerana, daripada segi pemikiran dia tidak dapat bertindak seperti orang normal.
Individu seperti itu juga mungkin tidak dapat membawa dirinya sebagai suami dalam erti kata sebenarnya, termasuk keperluan batin isteri.
Sebelum berkahwin, insan istimewa ini juga mungkin tidak pernah terfikir mengenai hubungan seks antara suami isteri dan kepentingannya. Ia mungkin berlanjutan selepas perkahwinan kerana tidak tahu mengenai tanggungjawabnya sebagai suami.
Kemungkinan suami tidak tahu melakukan hubungan seksual atau mengalami mati pucuk prima boleh menyebabkan si isteri kecewa dan perkahwinan itu berkemungkinan berakhir dengan perceraian.
Ini kerana sejak berkahwin suami tidak pernah melakukan persetubuhan, mungkin hanya sentuhan.
Bagaimanapun, insan istimewa itu tidak boleh dipersalahkan sepenuhnya kerana mungkin sepanjang hidupnya dia tidak pernah mencapai ereksi secara spontan atau tidak pernah mengenali apa itu ereksi.
Dia mungkin hanya tahu zakarnya kadangkala membesar, terutama waktu bangun tidur. Mungkin keluarganya dapat melihat ereksinya ketika dia nyenyak tidur dan menganggap perkara itu petanda dia sihat.
Namun, ereksi itu ialah ‘ereksi refleksi’ ketika lelaki tidur nyenyak yang menandakan fungsi zakar sihat. Untuk menggunakan zakar ketika bersetubuh, minda perlu terangsang dan mesej perlu sampai ke zakar supaya salur darah otot zakar mengembang.
Jadi macam mana hendak melakukan hubungan seks dengan pasangan, sedangkan dia tidak pernah mencapai ereksi. Jika ini berterusan dan tiada tindakan diambil, lambat laun hubungan suami isteri menjadi hambar.
Saya pernah memeriksa lelaki yang lembap mentalnya dan berkahwin atas pilihan keluarganya, tetapi pandai memainkan tanggungjawab sebagai suami penyayang.
Selepas berkahwin dua tahun, si isteri mengadu kepada ibu mentua yang suaminya tidak pernah melakukan persetubuhan, hanya pegang dan pelukan intim. Perkara itu dimaklumkan kepada bapa suami yang akhirnya membuat temujanji dengan saya kerana mengesyaki anaknya mati pucuk.
Mengikut isterinya, suaminya tidak pernah mencapai ereksi sewaktu bersentuhan badan, tetapi ketika tidur ereksi spontan kerap berlaku. Bagaimanapun, setiap kali suami tersedar ereksi terputus begitu saja.
Pemeriksaan awal menunjukkan dia gemar perempuan dan kasih kepada isterinya. Dia diberi tunjuk ajar cara menggunakan ereksi untuk bersetubuh. Akhirnya dia berjaya mengatasi masalah itu dan kini memperoleh anak.
Kesimpulannya, mungkin mereka sebenarnya mampu melaksanakan tanggungjawab sebagai suami kepada isteri, tetapi perlu diberikan bimbingan.
SAYA berusia 25 tahun dan sudah mendirikan rumah tangga. Masalah saya ialah zakar saya yang berbulu dan ia menyebabkan isteri saya kurang se...
Zakar Berbulu
SAYA berusia 25 tahun dan sudah mendirikan rumah tangga. Masalah saya ialah zakar saya yang berbulu dan ia menyebabkan isteri saya kurang selesa kerana menimbulkan kesakitan pada alat sulitnya ketika melakukan hubungan seksual. Bagaimana cara untuk menyelesaikan masalah saya?
MUS
Kemanan, Terengganu
Ada lelaki mempunyai bulu roma di sekitar kulit permulaan atau pangkal zakar. Ini berlaku secara semula jadi dan paling biasa berlaku kepada lelaki keturunan India, Pakistan atau Arab, walaupun ada juga kes di kalangan lelaki bangsa lain.
Namun, ada juga keadaan yang mana kulit bahagian tundun tertarik ketika ereksi berlaku sehingga memenuhi setengah atau satu inci pangkal zakar dan menyebabkan pangkal zakar berbulu dan boleh memberi perasaan kurang selesa kepada pasangan perempuan ketika mereka bersetubuh.
Situasi sedemikian mungkin berlaku apabila ketika berkhatan, kulit kulup zakar terpotong berlebihan sehingga kulit tundun tertarik ke pangkal zakar ketika ereksi.
Cara baik untuk mengelak keadaan tidak selesa itu ialah dengan lelaki berkenaan mencukur bulu roma setiap hari sambil menyapu krim pelembap supaya kulit tidak menggerutu.
Ada juga cara lain seperti memotong kulit dan menampal kulit tanpa bulu roma boleh juga dilakukan, tetapi jika boleh dielakkan, lagi baik disebabkan jenis kulit yang berbeza selain kemungkinan kerosakan urat saraf.
SAYA ingin mengutarakan beberapa persoalan berkenaan amalan menggunakan minyak bayi. Adakah wujud kesan sampingan terhadap zakar jika kita m...
Urut Zakar guna Minyak Bayi
SAYA ingin mengutarakan beberapa persoalan berkenaan amalan menggunakan minyak bayi. Adakah wujud kesan sampingan terhadap zakar jika kita menggunakan minyak ini untuk tujuan membelai, mengurut zakar dan bersetubuh dengan isteri.
Jika minyak ini sesuai untuk kulit bayi, sudah pasti ia selamat untuk kulit zakar. Bolehkah saya menggunakan minyak ini untuk tujuan mengelak kekeringan di sekitar kulit zakar?
Putrajaya
Mungkin anda tidak tahu zakar tidak boleh diurut seperti mengurut otot badan kerana ia bukan otot.
Jadi amalan urutan yang dilakukan tukang urut boleh merosakkan zakar apabila ia dilakukan secara kasar dan ganas seperti menariknya dengan kuat atau memulasnya dengan kuat, kononnya untuk meningkatkan perjalanan darah.
Kesan buruk mengurut zakar hanya kelihatan beberapa bulan kemudian apabila wujud ketulan keras dalam otot zakar dan bentuk zakar mula berubah!
Tidak salah untuk membelai zakar secara erotik kerana dengan sentuhan erotik itu ia mudah terangsang dan ereksi padat untuk tujuan persetubuhan.
Untuk membelai zakar bagi tujuan itu, ia perlu dilakukan dengan menggunakan krim atau minyak yang sesuai dan yang mesra dengan kulit dan struktur dalaman zakar.
Minyak bayi seperti yang anda gunakan memang boleh digunakan untuk membelai anggota kelamin kerana ia mesra kulit dan tidak memudaratkan kulit anggota kelamin.
Bagaimanapun, apabila minyak itu digunakan untuk persetubuhan, ia meninggalkan bekas campuran minyak dengan cecair dalam faraj dan sukar dibersihkan, selain memberi tanda kepada pakaian dalam dan berbau.
Saya syorkan anda gunakan gel yang larut dalam air untuk kelicinan dan kelembapan. Ia juga mudah dibersihkan dan tidak meninggalkan bau atau tanda kepada pakaian.
Minyak lintah tidak sesuai kerana jika bahan mencairkan darah memasuki tisu zakar, ia boleh mengakibatkan pendarahan berpanjangan kerana proses kebekuan darah tergendala.
Begitu juga dengan minyak atau krim mengandungi gambir Sarawak yang meradang kulit dan menekan urat saraf kulit secara ketara sehingga kulit zakar hilang rasa dan tidak mudah mencapai klimaks.
Mustahak untuk lelaki gunakan minyak atau krim yang mesra kulit dan tidak merosakkan kulit sehalus kulit anggota kelamin lelaki atau perempuan.
Jangan mudah percaya dengan minyak atau krim yang mengarut tu, lebih-lebih lagi krim dan minyak yang tidak pernah diujii.
SAYA pernah ditanya, adakah demam kuat boleh menyebabkan lelaki menghadapi masalah tenaga batin? Secara saintifik, jarang masalah lemah tena...
Deman Kuat kesan Tenaga Batin
SAYA pernah ditanya, adakah demam kuat boleh menyebabkan lelaki menghadapi masalah tenaga batin? Secara saintifik, jarang masalah lemah tenaga batin berlaku akibat demam, tetapi kemungkinan ia berlaku secara kebetulan tetap ada.
Bayangkan keadaan seseorang yang demam. Mereka menjadi letih, lesu dan sudah pasti tidak mudah terangsang. Jadi, hubungan kelamin tidak dapat dilakukan untuk beberapa lama dan selepas pulih pula, perasaan lemah dan kurang tenaga masih wujud.
Tidak hairan jika seseorang lelaki itu mendapati dia tidak ‘bertenaga’ selepas diserang demam kuat’ manakala perjalanan darah dalam otot zakar juga kurang lancar.
Jika terangsang, ereksinya tidak mantap dan mudah mengalah. Malah, sesetengah lelaki mendapati sukar melakukan gerakan daripada satu posisi ke satu posisi lain ketika bersetubuh, mengakibatkan ereksi mengalah atau gagal.
Masalah menjadi lebih rumit jika tiada keyakinan dan kekuatan semangat, sekali gus akan memberatkan lagi pencapaian ereksi. Berdasarkan pengalaman saya, lelaki yang menghadapi masalah ereksi akan cepat panik.
Mereka cuba mengatasinya dalam tempoh secepat mungkin, termasuk tindakan yang membahayakan kesihatan seperti mengambil ubat tanpa berjumpa doktor atau mendapat rawatan tradisional seperti mengurut.
Sebenarnya kemantapan ereksi tertakluk kepada kemasukan darah yang mencukupi ke dalam otot zakar. Di samping itu, darah perlu kekal di dalam otot dan ini dipastikan oleh otot lantai pelvis atau otot kemutan yang sentiasa mantap dan dalam separa cengkam.
Selain itu, apabila ereksi berlaku, biasanya darah dalam salur vena zakar akan terperangkap. Apabila ia tidak berlaku, darah tidak kekal dalam otot dan ereksi kendur apabila darah terkeluar.
Kajian mendapati kemampuan ereksi tertakluk kepada tahap kesihatan yang mantap dan amalan gaya hidup sihat. Usia juga mempengaruhi kemampuan ereksi, selain kedudukan salur darah dan metabolisma lemak.
Kedua-dua itu pasti terganggu apabila seseorang lelaki melepasi usia 40 tahun. Penyakit yang ada kaitan dengan penuaan seperti kencing manis, koronari dan tekanan darah tinggi juga mempengaruhi syahwat.
Rawatan dengan ubat tertentu untuk penyakit darah tinggi dan kencing manis juga memberi kesan negatif secara tidak langsung kepada ereksi. Jika lelaki itu mengalami kelemahan otot kemut, senaman kemutan perlu dilakukan.
Ini boleh dilakukan dengan merapatkan kedua-dua paha dan mencengkam otot lubang najis dan lubang kencing serentak dan dilakukan sebanyak 50 kali sehari. Ketika mencengkam otot kemut, tahan nafas antara lima hingga 10 saat. Ini akan melangsingkan otot itu.
SAYA berusia awal 20-an dan sangat mudah terangsang apabila melihat kaki wanita, lebih-lebih lagi yang cantik dan gebu. Saya mengalami peras...
Terangsang dengan Kaki Wanita
SAYA berusia awal 20-an dan sangat mudah terangsang apabila melihat kaki wanita, lebih-lebih lagi yang cantik dan gebu.
Saya mengalami perasaan ini sejak sebelum akil baligh lagi. Namun saya tetap terangsang dengan alat sulit wanita yang lain. Adakah ini perkara ganjil atau kelebihan buat saya?
WAN
Gombak, Selangor
JAWAPAN
Syukur, anda mempunyai minat kepada perempuan dan anda mudah terangsang dengan kaki perempuan. Jadi, daripada aspek tubuh badan wanita yang sangat mengghairahkan anda, anda memilih kaki wanita yang gebu dan cantik, maka anda dikategorikan sebagai ‘leg man’.
Untuk lelaki lain yang sangat teruja dengan payudara, mereka digelar ‘breast man’ dan lelaki yang teruja dengan punggung perempuan digelar ‘buttocks man’.
Ada situasi yang mana lelaki itu hanya dapat klimaks dengan menyentuh kaki perempuan dan mereka dikatakan mengalami ‘fetishes’ kepada kaki perempuan.
Maksud saya, lelaki itu dapat mencapai ereksi dan klimaks apabila menyentuh dan meraba kaki perempuan. Anda pula hanya teruja dengan melihat kaki perempuan. Itu bukan ganjil dan ia pilihan sanubari anda daripada aspek perasaan syahwat anda.






Follow Us
Were this world an endless plain, and by sailing eastward we could for ever reach new distances