batang zakar, batang pelir, batang konek semua adalah benda yang sama. Kemaluan lelaki. Batang Zakar terdiri dari banyak jenis. Ada batang zakar panjang ada batang zakar pendek. Ada batang zakar lurus ada batang zakar bengkok.
Rahsia Batin | SPA untuk lelaki
FB/Wechat/Instagram/Link: abeurut | wasap: http://abeurut.wasap.my

Home Top Ad

REMAJA SUKAR KAWAL TABIAT ONANI Soalan SAYA remaja berusia belasan tahun dan kerap beronani apabila terangsang dengan bahan lucah. Malah, sa...

Remaja sukar kawal tabiat melancap

REMAJA SUKAR KAWAL TABIAT ONANI
Soalan
carathan2SAYA remaja berusia belasan tahun dan kerap beronani apabila terangsang dengan bahan lucah. Malah, saya tidak mampu melihat wanita seksi dan melakukan onani sehingga berkali-kali sehari. Saya ingin tahu, adakah tumbesaran remaja belasan tahun seperti saya terjejas atau terbantut apabila kerap melakukan onani?

JOHNNY
Kuala Lumpur

Jawapan

Alam remaja sememangnya banyak cabaran kerana ia langkah memasuki alam dewasa. Sehubungan itu, mustahak untuk remaja seperti anda memahami perubahan yang berlaku kepada diri dan mengamalkan gaya hidup sihat serta perilaku yang boleh diterima masyarakat kerana ini membantu anda meneroka alam baru itu.

Satu perubahan di alam remaja ialah kesedaran mengenai naluri, nafsu dan syahwat. Ini fitrah selaku makhluk Tuhan. Di samping itu, anda diberi akal dan melaluinya anda dapat mengenali, mempelajari dan menggunakannya untuk kebaikan, bukan mengikut hawa nafsu seperti makhluk Tuhan yang tidak berakal (binatang).

Mengenali perasaan syahwat ibarat mengenali api. Jika tidak tahu cara mengawalnya, anda akan terbakar. Anda sedar anda mudah terangsang dengan gambar wanita seksi, tetapi anda ceburi pornografi dan anda legakannya dengan onani.

Bayangkan keletihan dan kelesuan yang anda alami selepas melakukan onani. Itu satu tekanan dan tentu memberi kesan negatif kepada tumbesaran tubuh anda. Jika anda ketagih perbuatan itu, anda seperti mereka yang ketagih dadah kerana kesannya anda sentiasa letih, tiada semangat, tidak dapat memberi tumpuan dan berisiko mengalami msalah seksual dengan pasangan.

0 comentários: