Rasa pedih ketika kencing sering dialami lelaki dan perempuan dan ini ada kaitan dengan . Keradangan ini boleh berlaku akibat onani, geselan kepada anggota sulit, zakar untuk lelaki dan onani dalaman, iaitu mengesel bahagian atas faraj berdekatan salur kencing untuk perempuan. Apabila amalan tidak baik itu dihentikan, kelegaan akan berlaku. Rawatan yang doktor berikan adalah memadai dan tentu akan mengambil masa untuk dapat keselesaan.
Jika keradangan berkenaan sangat ketara. Jadi bersabar dan pada masa sama, cuba elak beronani kerana jika salur kencing tercedera ia akan menjadi sempit. Keadaan ini dikenali sebagai rethral stricture iaitu salur kencing menyempit akibat parutan.
Jika ini berlaku, tentu anda akan rasa sukar untuk buang air kecil dengan selesa. Lelehan yang keluar daripada salur kencing itu ialah hasil keradangan salur kencing.
Alat kelamin lelaki atau zakar mempunyai dua fungsi, iaitu sebagai anggota untuk saluran keluar kencing dan tujuan hubungan seksual. Bayangkan keadaan anggota seksual lelaki berbentuk kecil atau cacat, tentu fungsi utamanya terancam.
Justeru, mereka yang berdepan masalah itu perlu segera berjumpa doktor untuk rawatan.
Selain mempunyai dua fungsi, anggota seksual lelaki ada dua bahagian iaitu anggota seksual bahagian luar dan bahagian dalam. Anggota seksual bahagian luar membabitkan zakar, kerandut buah zakar dan kandungan dalam kerandut iaitu sepasang buah zakar.
Anggota seksual bahagian dalam pula membabitkan pundi prostate, pundi seminal, cowpers, liang otot bulbocavernosa dan spongiosa serta otot lantai pelvis yang menjadi benteng otot zakar.
Apabila lelaki terangsang, kemasukan darah ke dalam otot zakar meningkat dan ereksi berlaku. Zakar yang sebelum ereksi kelihatan kecil akan memanjang dan membesar apabila darah mula memasuki liang ototnya.
Tahap ereksi boleh ditingkatkan dengan mencengkam otot lantai pelvis (otot kemutan) yang menjadi benteng pangkal zakar. Dengan cara itu zakar menjadi padat dan keras serta sesuai dimasukkan ke dalam salur faraj ketika melakukan persetubuhan penetratif. Bagaimanapun, zakar yang tidak padat atau kecil bermasalah untuk disalurkan ke dalam faraj.
Keadaan zakar kecil dikenali sebagai icropenis. Saiz ketika ereksi bagi zakar seperti ini hanya enam sentimeter (sm) atau kurang. Namun, zakar berukuran kurang sembilan sm turut berdepan masalah kerana ia mudah terlucut atau terlepas ketika melakukan persetubuhan.
Dalam pada itu, zakar yang bengkok juga boleh menimbulkan masalah, walaupun ukurannya normal (10-14 sm/ukur lilit 9-13 sm). Masalah ini boleh berlaku akibat penyakit Peyronie, selaput pembalut otot zakar mengeras atau otot mengeras atau secara kebetulan zakar berkedudukan sebegitu apabila tumbesaran liang otot kavernosa kiri dan kanan tidak seimbang.
Ada juga zakar yang tertarik ke bawah akibat cantuman dan tarikan kulit antara zakar dan kerandut. Keaadan ini dikenali eb penis dan bagi melegakan tarikan itu ialah memotong kulit cantuman yang menarik zakar ke bawah.
Zakar dikategorikan cacat pula merujuk kepada zakar yang pembukaan lubang kencing tidak terbuka di penghujung zakar, tetapi di bawah (hypospadias) atau bahagian atas (epispadias). Ini membuatkan zakar kelihatan luar biasa dan sukar disalurkan ke dalam faraj.
Isu anggota kelamin yang bermasalah tidak akan selesai jika tidak merujuk kepada doktor. Kini ada rawatan moden dan selamat.
Jangan cuba rawatan berbahaya seperti mendapat suntikan silikon atau minyak cendana ke dalam kulit zakar yang dilakukan bagi orang yang tidak bertauliah kerana kaedah ini akan mencacatkan zakar apabila kulit mengeras dan menebal.
Segala pertanyaan boleh dirujuk.
Dr Riezwan
0 comentários:
Post a Comment