batang zakar, batang pelir, batang konek semua adalah benda yang sama. Kemaluan lelaki. Batang Zakar terdiri dari banyak jenis. Ada batang zakar panjang ada batang zakar pendek. Ada batang zakar lurus ada batang zakar bengkok.
Rahsia Batin | SPA untuk lelaki
FB/Wechat/Instagram/Link: abeurut | wasap: http://abeurut.wasap.my

Home Top Ad

SAYA berusia 21 tahun dan berdepan masalah zakar mengalami keputihan seakan-akan kulat selain terasa gatal. Adakah ia satu daripada gejala j...

SAYA berusia 21 tahun dan berdepan masalah zakar mengalami keputihan seakan-akan kulat selain terasa gatal. Adakah ia satu daripada gejala jangkitan akibat seks walaupun saya tidak pernah melakukan hubungan seks? Adakah ubat untuk menghilangkan keputihan itu jika ia adalah kulat?


MADI
Kota Bharu, Kelantan

JAWAPAN

Penyakit jangkitan hubungan kelamin atau STI (Sexually Transmitted Infection) memberi maksud jelas bagaimana penyakit itu boleh dijangkiti dan anda yang tidak pernah melakukan hubungan seks tidak akan dapat jangkitan itu.

Bagaimanapun jangkitan kuman, kulat dan kuman virus boleh dijangkiti seperti memegang hujung zakar dengan tangan yang tersentuh lubang najis atau menyentuh mulut dan kebetulan menyentuh zakar yang mana kemungkinan ia berlaku sangat luar biasa.

Jika perubahan berlaku kepada penghujung zakar, iaitu kulit permukaannya kelihatan ada lapisan putih atau berbintik putih dan terasa gatal, kemungkinan ia simptom atau tanda gejala sesuatu penyakit seperti kulat.

Anda perlu rujuk kepada doktor untuk menjalani pemeriksaan dan mendapat rawatan sewajarnya. Jika kebetulan ia bukan jangkitan, hanya lapis kulit lama atau kulit menggelupas, itu bukan masalah.

Jika jangkitan itu kulat, anda perlu tahu yang kulat itu ada pelbagai jenis dan rawatan untuknya juga berbeza. Ubat mengandungi ‘exfoliant’ atau bahan yang mengupas kulit tidak sesuai digunakan kepada penghujung zakar walaupun ubat ini biasa disapu kepada kulit luar.

Kulit penghujung zakar bukan kulit, ia sebenarnya lapisan mukosa yang lembut dan mudah tercedera dan rosak apabila ubat kulit yang tidak sesuai digunakan. Jadi adalah dinasihatkan anda jangan gunakan apa apa krim kulit tanpa rujukan doktor.

Masalah anda alami bukan sesuatu perlu anda rasa malu kerana kebetulan ia berlaku dan perlu dirujuk doktor. Jadi cepat jumpa doktor dan dapat rawatan sebaiknya.

Halaman web minyak lintah http://minyaklintah.com Halaman web minyak lintah http://minyaklintah.com Halaman web minyak lintah http://minyakl...

Halaman web minyak lintah http://minyaklintah.com

Halaman web minyak lintah http://minyaklintah.com

Halaman web minyak lintah http://minyaklintah.com

Halaman web Minyak lintah http://minyaklintah.com Rahsia Rumah Tangga http://rahsiabatin.com

Halaman web Minyak lintah http://minyaklintah.com

Rahsia Rumah Tangga http://rahsiabatin.com

Menurut kitab Tajul Muluk dan Rawd-at-Tirr, mengurut menggunakan minyak urut yang khas boleh membantu lelaki bertahan lebih lama ketika bers...

Menurut kitab Tajul Muluk dan Rawd-at-Tirr, mengurut menggunakan minyak urut yang khas boleh membantu lelaki bertahan lebih lama ketika bersetubuh.

caratahanlamaCaranya ialah dengan mengurut sehala dari pangkal zakar menghala ke hujung zakar, berulang-ulang kali.

Tempatkan ibu jari di bahagian atas batang zakar, jari tengah di bahagian bawahnya.

Lakukan urutan selama 2 minit atau 99-kali hitungan.

Latihan ini boleh dilakukan pada bila-bila waktu lapang, kecuali pada waktu Zohor dan Maghrib.

Terdapat beberapa pendekatan serta tujuan mengurut zakar : 1. Bagi mengubati tanda-tanda awal penyakit mati pucuk dan lemah tenaga batin 2. ...

Terdapat beberapa pendekatan serta tujuan mengurut zakar :

cara-urut-zakar-untuk-panjang-dan-besar1. Bagi mengubati tanda-tanda awal penyakit mati pucuk dan lemah tenaga batin

2. ntuk mengatasi masalah pancutan awal atau ejakulasi pramatang

3. Tujuan membesarkan dan memanjangkan zakar. Menurut ilmu tabib Cina, zakar boleh ditambah saiz sehingga 1 hingga 2 inci.

Namun rawatan urut Melayu dan kitab-kitab Arab mencatat bahawa saiz boleh ditambah sehingga 4 inci. Malahan ahli Yoga India ada yang mampu memanjangkan zakar sehingga 14-inci !

Bagi meningkatkan keampuhan dan keupayaan zakar – supaya zakar menegak lebih tegar dan galak, condong ke atas dan timbul urat-urat zakar serta kepala zakar kembang dengan garang seperti singa apabila menghadapi isteri ketika persetubuhan mengurut zakar untuk meredakan gejolak nafsu – terutama kepada lelaki bujang atau suami yang berjauhan dari isteri [ tanpa menumpahkan air mani ] serta mengelak dari maksiat zina sebagai latihan untuk menghadapi situasi sebenar persetubuhan.

Urut zakar dengan latihan pernafasan tertentu boleh membantu suami mengawal kepala zakar untuk mengembang dan menguncup untuk kepuasan jimak pihak isteri. Sekaligus amalan urut ini berfungsi membantu ketahanan suami dalam senggama dan jimak.

SAYA berusia 31 tahun dan mempunyai seorang anak serta bakal menimang anak kedua pada November ini. Masalah saya sekarang adalah, setiap kal...

SAYA berusia 31 tahun dan mempunyai seorang anak serta bakal menimang anak kedua pada November ini. Masalah saya sekarang adalah, setiap kali mengadakan hubungan intim bersama isteri, kepala zakar saya terasa ngilu walaupun baru bermula.

Sudah bermacam ubat saya ambil dan berurut tapi masalahnya tetap sama. Apakah punca sebenarnya dan adakah cara terbaik tanpa perlu saya mengambil sebarang ubat untuk mengatasinya?

INGIN TAHU
Puchong

JAWAPAN

Kepala zakar atau ‘glans penis’ mengandungi banyak penghujung urat saraf atau ‘nerve ends’ yang membuatkan bahagian itu mudah terangsang untuk menyampai maklumat rangsangan itu kepada otak untuk mencetuskan klimaks.

Bagi sesetengah individu, perasaan sensitif itu ketara seperti yang anda alami.

Cara melegakan perasaan itu ialah menggunakan krim pelali atau pengebas atau ‘anaesthetic’ untuk disapukan ke kepala zakar.

Selepas beberapa minit apabila bahagian itu kebas dan rasa terkawal, ia boleh dibersihkan dan hubungan seks dilakukan tanpa mengalihkan perasaan kebas itu kepada isteri.

Anda juga boleh dapatkan krim itu melalui doktor anda kerana krim terbabit hanya boleh diberi melalui nasihat doktor. Jangan gunakan krim perosak urat saraf atau perosak mukosa kepala zakar seperti gambir Sarawak.

Gambir Sarawak sebenarnya boleh mendatangkan radang kulit, sekali gus merosakkan tisu dalaman dan sebab itu apa saja bahan sapu yang mengandunginya tidak boleh digunakan untuk tujuan hubungan kelamin kerana kesannya kepada kulit dan mukosa anggota kelamin.

Jika kulit dan mukosa anggota kelamin radang, ia tidak terlindung daripada jangkitan kuman, kulat atau virus, sebab itu hindarkan daripada menggunakan krim mengandungi gambir Sarawak.

TIDAK kira lelaki atau wanita, ramai sanggup membelanjakan ratusan ringgit sebulan semata-mata untuk menjaga penampilan, termasuk daripada s...

TIDAK kira lelaki atau wanita, ramai sanggup membelanjakan ratusan ringgit sebulan semata-mata untuk menjaga penampilan, termasuk daripada segi penjagaan wajah hingga kepada wangian dan pakaian membabitkan jenama mahal.

Perbuatan itu tidak salah dan digalakkan kerana bersih dan wangi bukan saja dapat meningkatkan tahap kita menjauhi virus dan penyakit, tetapi juga keyakinan diri seseorang.


Namun, penjagaan anggota kelamin sebenarnya juga penting dan perlu diberi perhatian kerana ramai antara kita sering terlupa dan lebih menjurus kepada penampilan luaran.

Saya menerima banyak soalan daripada lelaki dan wanita berkenaan senario kurang selesa akibat bau ‘kurang enak’ yang hadir daripada kemaluan pasangan mereka.

Buat pengetahuan semua, penjagaan anggota kelamin adalah penting, terutama bagi pasangan kelamin yang aktif dalam hubungan seksual.

Sebagai contoh, ada soalan dikemukakan seorang pembaca yang mengadu zakarnya seperti berkudis, menggelupas dan timbul seperti kulit kering setiap kali selepas bersetubuh.

Faraj isterinya pula kelihatan mengeluarkan keputihan dalam bentuk ketul-ketul kecil dan sering mengadu kepedihan di sekitar faraj setiap kali selepas bersetubuh.

Isterinya juga mengalami bintik kecil yang sangat gatal di sekitar paha sehingga ke mulut faraj selepas haid.

Dalam keadaan itu saya ingin mengingatkan, sebenarnya anggota sulit wanita mudah terdedah kepada kulat dan kuman berikutan ia terletak berdekatan dua lubang najis.

Sehubungan itu, tidak hairan jika wanita mudah mengalami ketidakselesaan ketika bersetubuh kerana dia sebenarnya terkena jangkitan yang menyerang mukosa faraj, menyebabkan berlaku radang faraj.

Bagi soalan di atas dan mana-mana wanita yang mengalami simptom sama, ada kemungkinan mereka terkena jangkitan kulat yis.

Ini kerana satu daripada simptomnya ialah pengeluaran cecair putih yang berketul dan kelihatan bintik merah pada permukaan faraj.

Kebetulan pula pengadu lelaki mengalami radang alat sulit kerana jangkitan daripada kulat yang menyerang pasangannya.

Nasihat saya ialah masalah ini mudah diselesaikan dengan rawatan moden, justeru segera berjumpa doktor kerana ia boleh menghalang kesuburan.

Masalah jangkitan pada anggota sulit bukan hanya dapat dielak dengan tidak mengamalkan seks bebas, malah penjagaan kebersihan dengan menggunakan bahan tertentu yang diiktiraf Kementerian Kesihatan penting untuk mengelak jangkitan.

SAYA baru berkahwin. Isteri saya rasa sakit sangat bila zakar dimasukkan ke dalam farajnya. Kami sudah cuba sapu minyak, namun sakit juga. A...

SAYA baru berkahwin. Isteri saya rasa sakit sangat bila zakar dimasukkan ke dalam farajnya. Kami sudah cuba sapu minyak, namun sakit juga. Apa petua atau ubat yang boleh mengurangkan sakit?

HAMID


Puchong Perdana

Untuk menjayakan hubungan seksual penetratif yang sempurna, pasangan itu perlu tahu memainkan peranan masing-masing.

Pertamanya, pasangan itu perlu tahu anggota kelamin masing-masing, terutama perempuan, kerana dia perlu ‘menyediakan’ dan melegakan pembukaan faraj supaya mudah untuk suami menyalurkan zakarnya ke dalam faraj.

Isteri perlu melegakan pembukaan faraj dengan tidak mengemut dan jika isteri menahan kemasukan ereksi suami dengan mengemut, sudah tentu ini menyakitkan dirinya dan juga suami.

Dalam keadaan seriau, perasaan ghairah dan teruja untuk isteri akan terencat dan anggota kelamin isteri akan hilang kegebuan dan menjadi kering.

Jadi sukar untuk suami meneruskan perjalanan ke dalam faraj. Mungkin dengan menggunakan pelicin seperti gel yang boleh beli daripada farmasi untuk disapu kepada penghujung ereksi dan di bahagian antara bibir kecil atau bahagian vestibule anggota kelamin perempuan, dapat memudahkan kemasukan ereksi suami ke dalam faraj.

Lagi mudah jika isteri tidak mengepit paha, malah meluaskannya dan melegakan kemut, atau jangan kemut.

Kajian yang pernah dijalankan oleh beberapa pakar seksologis perempuan menyatakan, masalah yang sering berlaku kepada perempuan dalam hubungan kelamin ialah kurang pengetahuan mengenai anggota kelamin mereka.

Suami juga perlu tahu mengenai struktur anggota kelamin isteri dan sama-sama berusaha menikmati hubungan kelamin yang lebih sempurna dan selesa. Jadi jangan ragu-ragu untuk menggunakan gel pelicin, bukan bahan berasaskan minyak!

Mengikut pertanyaan mengenai seorang lelaki yang mendakwa tidak boleh ereksi walaupun mendapat rangsangan daripada si isteri. Ingin saya nya...

Mengikut pertanyaan mengenai seorang lelaki yang mendakwa tidak boleh ereksi walaupun mendapat rangsangan daripada si isteri. Ingin saya nyatakan di sini bahawa ereksi dan kelelakian itu adalah sinonim.

Selain menjadi lambang kelelakian, ia menggambarkan anggota kelamin lelaki berfungsi normal. Malah secara purata, lelaki boleh menghayati ereksi sebanyak 20 kali sehari secara spontan dan pada bila-bila masa dan bukan saja ketika dalam tidur atau teruja.

ejacontrolHanya tahap dan kualiti ereksi berbeza, yang mana ereksi ketika dalam tidur lebih padat, yang juga berlaku apabila lelaki dalam keadaan sangat teruja seksual.

Kekerapan ereksi spontan tinggi ketika lelaki dalam peringkat kemuncak baligh iaitu antara umur 16 hingga 20 tahun dan lebih lagi jika lelaki itu suka berfantasi seksual, sama ada beronani atau membelai saja.

Apabila usia meningkat dan aktiviti berkhayal dan membelai alat sulit itu mula kurang atau jarang dilakukan, kekerapan ereksi juga kurang dan tahap ereksi menjadi sederhana serta tidak sepadat dulu, kecuali dalam keadaan sangat teruja.

Perubahan kepada kesihatan turut mempengaruhi ereksi. Jika kurang sihat, ereksi kurang atau tiada dan apabila keadaan kesihatan pulih, keadaan pencapaian ereksi menjadi seperti sedia kala.

Kecederaan anggota kelamin juga mempengaruhi kualiti ereksi, sebagai contoh jika anggota kelamin tertendang atau terkena bola. Apabila kecederaan pulih, fungsi ereksi muncul kembali.

Memandangkan ereksi dalam kawalan urat saraf dan sistem perjalanan darah yang lancar, apa-apa masalah yang berlaku kepada fungsi itu akan mempengaruhi kualiti ereksi.

Contohnya, menaiki basikal atau motosikal untuk jangka masa lama dengan tekanan kepada bahagian kelangkang dan pangkal anggota kelamin yang membuatkan perasaan kebas atau lenguh pada bahagian itu, sebenarnya memberi tekanan kepada urat saraf dan perjalanan darah kepada bahagian itu, akan membuatkan fungsi ereksi tergendala.

Tidak hairan jika sesetengah lelaki yang kerap menggunakan kenderaan itu mendapati ereksi mereka kurang tegap dan kualiti klimaks menurun.

Jika tidak sedar perkara itu disebabkan tekanan yang berlaku kepada pangkal anggota kelamin, sudah tentu lama kelamaan mereka mengalami masalah kepada ereksi dan mungkin mati pucuk.

Tahap hormon testosterone juga mempengaruhi kekuatan dan kualiti ereksi. Jika hormon tinggi, seperti dalam peringkat awal baligh, ereksi sangat kerap dan apabila tahap hormon menurun, ereksi kurang dan kadangkala tiada untuk jangka masa lama. Senaman dan amalan gaya hidup sihat mempengaruhi ereksi.

Penyakit kronik juga mempengaruhi keadaan ereksi. Penyakit seperti tekanan darah tinggi, peningkatan kolesterol, penyakit koronari dan penyakit kencing manis menjadi sebab utama lelaki mati pucuk.

Pada peringkat awal penyakit itu, fungsi ereksi tergendala dan lelaki yang waspada dan peka mengenai tahap kesihatannya akan berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.

Mereka juga harus mengelak mendapat ubat kuat atau jumpa tukang urut untuk memulihkan fungsi ereksinya kerana amalan itu hanya untuk sementara.

Sepatutnya mereka menjalani pemeriksaan kesihatan untuk mengesan masalah kesihatan supaya sesuatu yang tidak sempurna dapat diselesaikan dengan baik sehingga tahap kesihatan pulih dan fungsi ereksi kembali pulih.

Tidak dinafikan, ereksi lelaki kekal sehingga ke liang lahat dan itu pun mengikut tahap kesihatan dan kekuatan lelaki itu. Jika ereksi tidak menjadi dan hajat melakukan hubungan intim dengan pasangan tidak sampai, ini tidak semestinya dibiarkan begitu.

Kini dengan rawatan moden, kemampuan ereksi dapat dikekalkan dan yang mustahak ialah mendapatkan khidmat doktor.

Kini mati pucuk bukan masalah lagi jika anda mengamalkan gaya hidup sihat, henti merokok dan jumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan kesihatan secara berkala dan dapatkan rawatan moden jika mengalami mati pucuk. Jangan derita dalam sepi.

SAYA berkahwin lima tahun dan ada dua anak. Masalahnya sekarang, ketika bersama isteri, saya tidak rasa air mani memancut keluar dan isteri ...

SAYA berkahwin lima tahun dan ada dua anak. Masalahnya sekarang, ketika bersama isteri, saya tidak rasa air mani memancut keluar dan isteri juga selalu bertanya sama ada saya sudah klimaks atau sebaliknya kerana dia tidak terasa pancutan air mani. Harap doktor dapat memberi nasihat bagi menangani masalah ini.

ZAHIR


Bandar Baru Bangi

Sememangnya ketika ejakulasi berlaku, otot kemut atau otot lantai pelvis mencengkam dan otot lembut sistem salur ejakulatori juga mencengkam untuk memancut keluar air mani. Pancutan berputar daripada cengkaman otot kemut dan otot sistem salur ejakulatori yang membuatkan air mani terpancut keluar.

Apabila ejakulasi berlaku secara spontan dan lelaki itu menahannya, daya pancutan tergendala dan air mani keluar secara meleleh atau tanpa dirasa oleh individu itu dan oleh pasangannya.

Jadi elak menahan ejakulasi atau menyentap ejakulasi kerana mahu memanjangkan dayungan dalam faraj. Selain itu cara berkesan untuk memastikan ejakulasi berjaya, amalkan senaman kemut atau senaman ‘kegel’ iaitu mencengkam otot lantai pelvis atau otot kemut dan lakukannya seberapa banyak yang boleh dalam dua minit dan lakukannya empat hingga lima kali sehari.

Apabila cengkaman kuat lakukan cengkaman otot kemut sambil menahannya selama tiga saat dan tingkatkan penahanan otot kemut kepada lima hingga 10 saat sekali cengkam dan lakukannya dalam dua minit sekali,buat empat hingga lima kali sehari.

Lakukan gerakkan atau dayungan ereksi ke dalam faraj dengan mengemut sambil bergerak. Dalam keadaan begitu jika berlaku klimaks, ejakulas menjadi lebih berdaya dan pasangan dapat terasa semburan air mani dalam faraj seperti terasa perasaan kembang kuncup dan getaran kepala zakar dalam faraj.

SEJAK dua bulan kebelakangan ini saya mengalami masalah membuang air kecil tidak lawas dan kerap berasa tidak puas membuang air kecil. Untuk...

SEJAK dua bulan kebelakangan ini saya mengalami masalah membuang air kecil tidak lawas dan kerap berasa tidak puas membuang air kecil. Untuk pengetahuan doktor, saya berumur lingkungan 25 tahun dan belum berkahwin.

Mengenai masalah saya, setiap kali selepas membuang air kecil, akhirnya akan berwarna keruh seakan-akan air mazi manakala membuang air besar, air kencing keluar diakhiri dengan cecair pekat seperti air mani.


Adakah itu satu penyakit sindrom yang boleh menjadikan sperma tidak normal, mandul, mati pucuk atau radang? Adakah saya boleh rujuk dengan doktor biasa?

REMY

Kuantan, Pahang

Jarang kencing tidak lawas berlaku kepada lelaki muda. Ini boleh berlaku apabila pundi prostat mengalami keradangan dan ini ada kaitan dengan infeksi.

Namun sebilangan besar daripada masalah kencing tidak tus untuk lelaki muda disebabkan masalah disfungsi pundi kencing. Ini berlaku akibat amalan suka menahan kencing. Jadi apabila pundi kencing tertekan, ia meragam!

Jadi untuk permulaan, jangan tahan kencing berpanjangan. Elok kencing sebelum berjalan jauh atau henti kencing apabila terasa. Memang biasa untuk kencing kerap apabila minum lebih atau ketika cuaca atau alam sekitaran sejuk.

Jika sudah buat semua itu tapi tidak juga kurang, elok jumpa doktor untuk menjalani ujian air kencing kerana keradangan pundi kencing akibat infeksi juga boleh menyebabkannya berlaku!

Memang perkara biasa untuk kebanyakan lelaki mengeluarkan sedikit cecair keruh macam air mani atau air mazi pada akhir setiap kali meneran kencing dan cecair itu sebenarnya ialah cecair daripada pundi cowper.

Ia bukan penyakit dan tidak perlu buat apa-apa kerana cecair sama keluar ketika meneran membuang air besar juga cecair daripada pundi cowper.

Jika ia kelihatan kekuningan, mungkin ia campuran dengan cecair dari pundi seminal dan jika berwarna putih kelabu mungkin ada campuran cecair dari pundi prostat.

Kadangkala melurut zakar selepas selesai kencing juga akan ada cecair likat dan jernih di hujung zakar. Ini ialah cecair dari pundi yang ada dalam mukosa salur kencing.

Pundi ini memberi kelembapan dalam salur kencing. Jadi jangan urut zakar banyak kali selepas kencing, nanti air mazi keluar pula!

Dalam pandangan Islam, air mazi berkenaan ialah najis dan jika terkeluar ketika solat, sudah tentu air sembahyang terbatal.

Jadi jika hendak elak daripada solat menjadi tidak sah, seelok-eloknya jangan meneran ketika buang air besar atau air kecil sebelum ambil air sembahyang dan lebih elok membuang najis macam biasa dan selepas selesai dan rasa selesa serta tiada cecair keluar dari lubang kencing, baru ambil air sembahyang.